Kena Tahu Apa Sop Pkpb Di Semua Negeri Di Malaysia


Hai semua.. Nampaknya disebabkan trend Covid yang semakin meningkat naik sekali lagi Malaysia kena hadapi PKPB Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau CMCO untuk semua Negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dari 9 November Hingga 6 Disember 2020 . Mesti ramai tercari cari apa SOP PKPB ok jom kita baca di bawah. Saya juga sedang mencari info SOP PKPB untuk Majikan dan Pekerja serta Masa Berkerja dan juga Arahan Berkerja Dari Rumah (Work From Home) WFH. Ada info nanti saya update disini ya! 






Berikut adalah senarai SOP PKPB yang perlu diikuti


1. Dua orang sahaja yang dibenarkan keluar rumah bagi mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain. Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan awam.







2. Perjalanan rentas negeri dan rentas daerah dari/ke kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau kematian. Perlu mendapat permohonan pergerakan daripada PDRM terlebih dahulu.




3. Para pekerja dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah dengan syarat mengemukakan pas pekerja yang sah dengan butiran terperinci atau surat kebenaran daripasa majikan.




Pekerja yang mana tempat tinggal dan tempat bekerja berada di daerah yang saya tidak perlu mengemukakan pas pekerja atau surat majikan.




Kerajaan bagaimanapun menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.




4. Bagi mereka yang perlu merentas negeri Selangor atau Kuala Lumpur walaupun menggunakan lebuh raya (contohnya dari Johor ke Kedah) perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi mengelakkan kesulitan ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya di negeri-negeri yang sedang menjalani PKPB.




5. Penumpang-penumpang udara yang mana menggunakan lapangan terbang Subang atau KLIA/klia2, perlu mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu bagi mengelakkan kesulitan.




6. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.




7. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.




8. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bungkus sahaja. Walaubagaimanapun makan dipremis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.




9. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.




10. Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.




11. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari




12. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja.




Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.




13. Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)




14. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.




15. Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.




16. Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.




17. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.




18. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.




19. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentasdaerah dan negeri.




20. Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.




21. Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.




22. Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.




23. Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan slam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.




Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan. Keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.




24. Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.




25. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.




26. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.




27. Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.




28. Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.




29. Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.




Bagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.




30. Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.




31. Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.




32. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.




33. Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.enyabdullah.com/2020/11/SOP-PKPB.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Sop Pkpb Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri Negeri Semenanjung Yang Terlibat Bermula 9 November

Ini Sop Pkpb Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri Negeri Semenanjung Yang Terlibat Bermula 9 November

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 610 hits
Memandangkan kerajaan Malaysia bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Malaysia kecuali tiga negeri iaitu Perlis Pahang dan Kelantan yang bermula pada 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020 Tempoh perlaksanaa...
Pkpb Rentas Negeri Ke Sarawak Tidak Dibenarkan

Pkpb Rentas Negeri Ke Sarawak Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 397 hits
M Update 10 11 2020 Penduduk negeri yang tidak berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak boleh merentas negeri ke Sarawak Ketika ini tiga negeri Pahang Perlis dan Kelantan sahaja yang masih mengekal status Perintah Kawalan Pe...
Pkpb Contoh Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah Dan Negeri

Pkpb Contoh Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah Dan Negeri

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 5510 hits
Salam PKPB Day 1 Ramai yang mesti tertanya tanya dan menacari format Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah dan Negeri kan Simple sahaja formatnya Korang boleh ikut draft surat di bawah atau boleh guna ayat sendiri ya Format Surat Kebe...
Pkpb Permit Rentas Negeri Bagi Pasangan Suami Isteri Pjj

Pkpb Permit Rentas Negeri Bagi Pasangan Suami Isteri Pjj

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 1744 hits
Mesti tahu saya dan suami dah lama PJJ Suami saya di Ipoh manakala saya di Jitra Kedah Atas tuntutan kerja kami sama sama redha duduk jauh selama berkahwin ni Semasa tempoh PKP selama dekat 3 bulan tempohnya hari tu agak terseksa juga lah s...
3 Buah Restoran Tawar Gro Langgar Sop Pkpb

3 Buah Restoran Tawar Gro Langgar Sop Pkpb

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 353 hits
SERDANG Sedang negara berhempas pulas memerangi wabak Covid 19 Ada lagi yang bersikap pentingkan diri sendiri tidak hiraukan prosedur operasi standard SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Buktinya 3 buah restoran di Bandar Puteri Pucho...
Pkpb Di Semenanjung Ini Sop Yang Perlu Anda Tahu

Pkpb Di Semenanjung Ini Sop Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 477 hits
mykmu netPenduduk di Kedah Pulau Pinang Perak Negeri Sembilan Melaka Johor dan Terengganu pastinya terkejut selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri negeri tersebut Menurut Menteri Kanan Perta...
Sop Deepavali Tiada Pergerakan Rentas Kawasan Pkpb Pkpd Dibenarkan

Sop Deepavali Tiada Pergerakan Rentas Kawasan Pkpb Pkpd Dibenarkan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 430 hits
M Update 6 11 2020 Tiada pergerakan rentas mukim daerah atau negeri dibenarkan bagi mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan untuk tujuan balik kampung bersempena Deep...
Sop Baharu Pkpp Pkpb Dijangka Diumum Sabtu Ini Ismail Sabri

Sop Baharu Pkpp Pkpb Dijangka Diumum Sabtu Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 385 hits
Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang baharu pada Sabtu ini Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Kesela...
Apa Perlunya Negeri Terlalu Rendah Kes Covid 19 Pun Kena Pkpb

Apa Perlunya Negeri Terlalu Rendah Kes Covid 19 Pun Kena Pkpb

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 355 hits
PROF DATUK DR LOKMAN HAKIM SULAIMANSaya tidak faham mengapa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diam...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof