Kena Sengat Lebah Apa Perlu Buat Dan Rawatan Yang Diperlukan


Selain daripada menghasilkan madu yang manis dan berkhasiat, lebah juga dikenali sebagai serangga yang boleh menyengat manusia.
Sengatan daripada serangga ini juga boleh jadi sangat menyakitkan. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi yang teruk bagi individu yang mempunyai alahan kepada sengatan lebah.
Sumber : GoodRX Gejala Sengatan Lebah Adalah penting untuk anda ketahui perbezaan sengatan lebah dan gigitan serangga lain.
Racun atau toksin yang menyengat akan memberikan tindak balas yang berbeza kepada tubuh.
Antara gejala sengatan lebah yang boleh dikenalpasti adalah seperti berikut :
Bengkak, kemerahan, sakit dan gatal di tempat sengatan. Kesakitan yang hilang segera, namun bengkaknya boleh bertahan selama lebih 1 hari. Sumber : Medical News Today Di samping itu, seseorang juga boleh alami tindak balas sistemik atau alahan pada sengatan lebah. Antara ciri-ciri alahan yang boleh dikenalpasti adalah :
Benjolan pada permukaan kulit serta gatal-gatal seluruh badan Bengkak pada mulut atau tekak atau kedua-duanya Pernafasan yang berbunyi ‘ wheezing’ Sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas Loya dan muntah Keresahan Sakit dada Dalam kes yang lebih teruk, sesetengah individu boleh alami kesukaran bernafas yang serius sehingga tidak sedarkan diri. Bahkan, ia boleh membawa maut.
Apa Perlu Buat Bila Kena Sengat Lebah? Sumber : Australian Pacific Training Langkah pertama yang anda perlu lakukan bila kena sengat lebah adalah mencabut penyengat yang ditinggalkan oleh serangga tersebut di tempat sengatan.
Penyengat perlu dikeluarkan secepat mungkin. Sekiranya ia lewat dikeluarkan walaupun hanya beberapa saat, ia boleh mengakibatkan lebih banyal racun disuntik masuk.
Tips Cabut Penyengat
Cari lokasi sengatan.  Biasanya anda akan merasa sakit dan panas di tempat sengatan. Buang sengat secara dengan mencubit atau mengkikis. Anda juga boleh gunakan bantuan kad kredit atau penyepit kecil. Kemudian tekapkan ais pada bahagian yang disengat selama 20 minit. Anda boleh ulanginya hingga bengkak reda. Cara ini dapat mengurangkan sakit serta bengkak yang dialami.
Anda boleh sapukan krim Calamine atau Hydrocort sekiranya ada di rumah. Anda juga boleh ambil ubat antihistamine jika ada.
Sumber : Public Health Malaysia Rehat dan tinggalkan anggota badan yang terkena sengat. Bahagian yang disengat mungkin akan terasa sakit untuk beberapa jam.
Bengkak serta gatal akibat disengat juga mungkin akan berterusan selama seminggu.
Elakkan daripada menggaru kerana ia hanya akan meningkatkan lagi rasa bengkak dan gatal.
Rawatan Susulan Anda dinasihatkan untuk dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin. 2% individu yang disengat lebah boleh menjdapat kejutan anafilatik akibat tindakbalas protein tertentu dalam racun sengatan.
Dalam kes ini rawatan kecemasan diperlukan kerana ia boleh mengancam nyawa.
Individu yang mengalami tindakbalas renjatan atau ‘shock’ memerlukan satu suntikan adrenaline.
Risiko untuk alami sesak nafas adalah lebih tinggi jika individu pernah terkena lebih daripada 10 kali sengatan atau terkena sengatan di bahagian tertentu iaitu dalam hidung, mulut atau tekak.
Sekiranya gejala bengkak, gatal atau sakit semakin teruk, dapatkan rawatan segera.
Sekiranya kali terakhir anda mendapat suntikan tetanus adalah 10 tahun lalu, suntikan vaksin tetanus juga mungkin diperlukan.
Sumber : myhealth.gov.my, Public Health Malaysia
Baca Juga : Fakta Tentang Semut Charlie Yang Ramai Tak Tahu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kena-sengat-lebah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kena-sengat-lebah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cacar Air Gejala Penyebab Rawatan Yang Sesuai

Cacar Air Gejala Penyebab Rawatan Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 227 hits
Apakah punca timbul cacar air di badan Bagaimanakah pula cara untuk merawatnya Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah cacar air di badan dan cara menghilangkannya yang perlu anda tahu Baca juga Apa it...
Rawatan Pico Laser Astria Clinic Bangsar

Rawatan Pico Laser Astria Clinic Bangsar

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 226 hits
Sebelum raya mummy dah awal awal pi buat treatment muka di ASTRIA Clinic di Bangsar Biasanya kalau beraya di kampung ni mummy lebih suka wajah tanpa ber make up Naked face gitulah Jadi tak mahulah nampak kulit muka tidak bermaya sangat Jadi...
Lirik Lagu Luka Awie Riez

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Panduan Lengkap Bina Jenama Sendiri Dalam Bisnes Makanan Delivery

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Auto Fabrica S K100 Is Inspired By Bmw S Iconic Concept Cars

Kadang Kadang Pilihan Terbaik Adalah Menerima

Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Ayam Keledek Bakar Resipi Sihat Paling Mengenyangkan Menakjubkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Brand Kita Kalah Dari China Jawabannya Ada Di Roas 3

The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Tahukah Anda Air Liur

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Kedudukan Terkini Kumpulan F Dalam Kelayakan Piala Asia 2027