Kena Ni Jadi Trauma Suri Rumah Menggigil Paip Gas Bocor Sampai Keluar Api
Dapur sudah semestinya menjadi ‘medan’ yang terpenting bagi wanita untuk menyediakan juadah kepada ahli keluarga. Namun, aspek keselamatan juga seharusnya perlu sentiasa dititiberatkan agar tidak berlaku kejadiaan yang tidak diinginkan.
Selain pandai memasak, wanita juga perlu mengetahui mengenai gas yang boleh menjadi alat paling bahaya jika tidak diuruskan dengan betul.
Keadaan ini dialami oleh seorang suri rumah, Suziana Ismail yang panik apabila paip gas di dapurnya bocor dan mengeluarkan api.
Hari ni saya sangat bersyukur pada Allah..
Sebab gerak kan hati saya duduk lama dekat dapur tunggu air mengelegak nak rebus spagheti.. Ni Kuah bolognaise dah siap masa ni..
Sebelum ni memang ada bau gas.. Tp pikir sebab api terpadam ke apa.. dan kepala gas dekat dapur tu tadi tak tercabut.. Sebab suami kena buka guna handrill utk tukar yg baru tadi.. Dekat sini paip gas ni kebocoran..Biasa saya duk depan sementara tunggu air mengelegak.. Anak pulak jenis suka mengulang pergi dapur.. Tadi rasa lain sangat.. dan duduk pulak menghadap dapur gas.. Biasa saya akan membelakangkan dapur sebab nk kena kipas di depan..
Tiba2 tadi bunyi berdesing siap pakej api keluar…Saya dah panik sangat2.. Dah lari pergi depan.. Saya pikir tak boleh jadi ni.. Lari ke dapur balik sambil suruh anak kecik 2 orang pergi duduk luar.. Saya terus off kepala dapur gas.. dan automatik api padam dan tetap lari pergi depan.. Dengan berdebar dan gigil…. Allah sahaja la tahu… Telefon suami bagitahu..nasib la rumah jenis dapur udara banyak dan dapur depan tingkap.. Kalau tak.. Boleh jangka kalau terlewat atau duduk di depan.. Lagi pun dapur saya tu dinding awning dan cuaca tgh panas tadi..
Hati2 semua… Saya dah kena ni jadi trauma pulak.. Beringat-ingat selepas ni… Terkhilaf tak cek kepala gas dan tukar.. Dah kena macam ni lagi kerap saya cek…
Menaip pun masih mengigil… Hilang selera nak makan..
Edit:
Kejadian ni mengingatkan saya 3 minggu lepas bila masuk zon merah HTJ melawat pekerja suami kebetulan saluran gas tercabut dan mengeluarkan api semasa buat kerja welding dan mengalami lecuran sedikit dan kebetulan juga baru masuk zon merah masa tu perempuan vietnam terbakar seluruh muka dan paha kerana dapur gas meletup ketika memasak…
Sumber: Suziana Binti Ismail via MAHN
The post “Kena Ni Jadi Trauma,” Suri Rumah ‘Menggigil’ Paip Gas Bocor Sampai Keluar Api appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/03/06/kena-ni-jadi-trauma-suri-rumah-menggigil-paip-gas-bocor-sampai-keluar-api/