Kena Maki Ludah Atas Lantai Yang Tengah Disapu Hina Sangat Ke Status Cleaner Di Mata Pelajar Universiti


Tidak semua beruntung mendapat pendidikan dan pekerjaan yang baik. Ada yang terpaksa melakukan apa pun pekerjaan halal asalkan dapat menampung kelangsungan hidup. Walau apa pun pangkat yang membezakan, kita sebagai sesama manusia harus belajar menghormati semua tanpa memandang rendah kepada orang lain.
Seperti perkongsian kisah mengenai seorang pekerja pembersihan oleh Mohamad Reza yang menyentuh hati ramai ini. Nampak biasa tugas mereka membersihkan kawasan, namun tidak siapa tahu di dalam hati terpaksa menyimpan perasaan sedih yang mendalam. Pernah dimaki, malah diludah mungkin kerana tidak setaraf dengan mereka yang berpendidikan.
Moga secebis kisah ini dapat membuka mata dan merubah persepsi semua agar lebih menghargai pekerjaan seperti yang dilakukan oleh seorang ‘cleaner’ di mana-mana kawasan sekalipun. Belajarlah untuk menghormati kerana ianya adab yang perlu ada dalam diri setiap individu.
Semalam saya pulang awal ke kolej kediaman universiti, memandangkan masih ada urusan yang perlu diselesaikan, walaupun pelajar lain masih bercuti, peperiksaan akhir semester bermula minggu depan. Ketibaan saya disambut oleh polis kampus. Parkir kosong. Blok sunyi.
Pagi tadi selepas pulang dari bersarapan di pekan, saya bertemu dengan kontraktor pembersihan yang sedang menyapu lantai di sekitar koridor blok asrama.
Gambar : Mohamad Reeza “Awal masuk kerja bang, orang lain cuti lagi”. Saya sapa dengan senyuman. Membuka perbualan.
“Haah dah kerja dik, dari hari ahad lagi”. Beliau hanya mengangkat kepala sedikit tanpa tangannya berhenti menyapu.
Saya senyum. Dikala orang masih cuti beraya, beliau sudah mula bekerja. Saya guna peluang waktu lapang yang ada untuk berbual dan bertanya khabar. Sejujurnya, itulah kali pertama saya sempat berbual dengan beliau. Kebiasaannya hanya sempat memberi salam ketika bertembung hendak ke kelas waktu waktu pagi.
Beliau masih menyapu lantai. Matanya tertumpu pada bulu-bulu penyapu yang bergerak menolak habuk dan sesawang, alat dia mencari rezeki. Saya memandang penuh minat. Minat pada orang yang berhati cekal.
“Bang, selama abang kerja sini, ramai tak pelajar yang ucap terima kasih dekat abang?”. Saya bertanya spontan.
Kali ini tangannya berhenti menyapu. Beliau mengangkat kepala memandang saya. Tampak bibirnya sedikit muncung, tanda jawapan kepada soalan saya. Matanya tersenyum. Saya diam.
“Adik perasan tak ramai pekerja baru?” beliau mengaju soalan pada saya. Saya hanya menggeleng.
“Ramai yang berhenti sebab tak tahan. Kebanyakkan sebab sikap pelajar sendiri”. Beliau membuka cerita. Saya hanya mendengar penuh perhatian.
Dari perkongsian beliau, sepanjang bekerja, hanya dua atau tiga orang pelajar yang menegur atau berterima kasih kepada pekerja kontraktor pembersihan sepertinya jika bertembung. Selebihnya hanya bermasam muka dan cercaan.
Sudah beberapa kali ketika menyapu lantai, pelajar yang lalu berhampiran akan mencampakkan pembalut gula-gula atau tisu ke lantai, isyarat untuk pekerja pembersihan menyapu sampah tersebut.
Gambar sekadar hiasan Ada pelajar yang ketika hendak lalu di koridor yang sedang beliau bekerja, beliau akan berhenti menyapu untuk memberi laluan. Sebaik melepasi beliau, pelajar tersebut berpaling dan meludah ke lantai, dekat dengan penyapu beliau. Pada awalnya beliau ada menegur, namun lama-kelamaan dibiarkan saja. “Masing-masing dah besar dik”, jawab dia ringkas. Bermakna perkara ini bukan baru terjadi. Iya, ini dilakukan oleh pelajar universiti.
Sambung beliau, dua bulan lepas ada kakak yang juga kontraktor pembersihan berhenti bekerja. Kesnya ketika dia sedang menyapu lantai di blok asrama, ada pelajar perempuan meludah dekat dengan dia. Ditegur penuh hemah. Kesannya dia dimaki oleh pelajar tersebut. Iya, pelajar universiti. Perempuan.
Katanya lagi, makian dan cercaan tu sudah biasa. Ada pelajar yang simpan sampah dalam rumah (kolej kediaman seperti apartmen), selepas dua tiga hari baru dikeluarkan. Akibatnya sampah sudah membusuk dan berair. Mereka, pekerja pembersihan yang disalahkan.
Ramai pelajar yang membuang lebihan lauk atau ais ke dalam tong sampah, bukan ke dalam sinki. Bila ais mencair, bercampur dengan lauk dan sisa makanan lain, bau busuk memenuhi blok. Jika ada yang tumpah ke lantai, esok mereka akan dipanggil oleh penyelia asrama, diberi amaran atas aduan pelajar, pekerja pembersihan tak pandai buat kerja.
Saya bertanya pada beliau, siapa pelajar ini?
“Sama je semua dik, Melayu, Cina, India. Baik jahat ni tak tengok bangsa dengan agama, dia atas diri sendiri”. Ringkas jawapan beliau.
“Nak kerja macam ni hati kena kental dik. Kami bukan nak pujian pun, cukup lah kalau orang buat macam kami ni wujud”. Beliau sambung bekerja. Saya diam, termenung. Seakan tidak percaya.
Gambar sekadar hiasan Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula di universiti, institusi pengajian tertinggi dalam negara, tempat para ilmuan dan para sarjana menuntut ilmu. Bagaimana mungkin orang berilmu berperilaku sedemikian? Apa makna pada sijil diploma dan sarjana jika tiada keluhuran budi pekerti dan adab?
Akan datang, pelajar universiti ini akan bercampur dengan masyarakat, jadi cikgu, ketua masyarakat, akan jadi ketua-ketua jabatan, pegawai di pelbagai agensi, bekerja di kementerian, bahkan mungkin ada yang akan jadi menteri. Bagaimana nasib generasi akan datang jika negara ditadbir mereka yang tiada adab?
Kita tidak maju bukan kerana salah parti politik atau para politikus. Tapi kita tidak maju kerana masyarakat masih mempunyai pemikiran yang mundur, jiwanya tidak merdeka, akalnya sempit. Tiada makna segala kemajuan infrastruktur dan ekonomi yang kukuh jika kita masih hidup berkasta.
Sumber : Mohamad Reeza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/15/kena-maki-ludah-atas-lantai-yang-tengah-disapu-hina-sangat-ke-status-cleaner-di-mata-pelajar-universiti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Tisu Ada Siap Meludah Lagi Tukang Sapu Dedah Perangai Biadap Segelintir Pelajar Universiti

Buang Tisu Ada Siap Meludah Lagi Tukang Sapu Dedah Perangai Biadap Segelintir Pelajar Universiti

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 342 hits
Arus pemodenan yang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia hari ini boleh dilihat melalui pelbagai benda Daripada pembinaan bangunan bangunan yang moden sehinggalah peningkatan taraf hidup yang kini dapat dinikmati oleh rakyat Malay...
Kucing Mati Dibiarkan Sehingga Mereput Atas Lantai Tindakan Pusat Jagaan Kucing Ini Dikecam Netizen

Kucing Mati Dibiarkan Sehingga Mereput Atas Lantai Tindakan Pusat Jagaan Kucing Ini Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 807 hits
Bagi pencinta kucing si bulu telah dianggap seperti ahli keluarga sendiri dan disayangi sama seperti seorang manusia Namun ada kalanya sebahagian daripada terpaksa berpisah buat sementara waktu atau selama lamanya Jadi bagi mengelakkan kuci...
Peristiwa Terhempas Ke Atas Lantai Terlantar Di Atas Katil

Peristiwa Terhempas Ke Atas Lantai Terlantar Di Atas Katil

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 225 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Matrikulasi Merit Saja Tak Cukup Status Sosioekonomi Keluarga Pelajar Juga Penting

Matrikulasi Merit Saja Tak Cukup Status Sosioekonomi Keluarga Pelajar Juga Penting

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 301 hits
Pada 2 jun i 2019Mantan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018 kini cuba menjadi wira kaum dalam isu matrikulasi dan STPM dengan memutarbelitkan pendirian DAP Kata Na...
Bra Spender Bersepah Pantyliners Dia Buang Atas Lantai Je Pemilik Rumah Sewa Terkejut Tengok Bilik Penyewa Perempuan

Bra Spender Bersepah Pantyliners Dia Buang Atas Lantai Je Pemilik Rumah Sewa Terkejut Tengok Bilik Penyewa Perempuan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 1064 hits
The ReporterAlangkah terkejutnya pemilik rumah apabila mendapati bilik yang disewakan kepada seorang penyewa wanita ini berselerak dan kotor Di luaran orangnya nampak bergaya makeup lawa lawa wangi bagai tetapi apabila melihat keadaan rumah...
Pelukis Mengumpul Batu Dan Melukis Mata Padanya Hasilnya Sangat Memukau Dan Nampak Seperti Mata Sebenar

Pelukis Mengumpul Batu Dan Melukis Mata Padanya Hasilnya Sangat Memukau Dan Nampak Seperti Mata Sebenar

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 468 hits
Setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri Ada orang yang mahir dalam seni sehingga membolehkan mereka mencipta apa sahaja dengan hanya menggunakan barang barang terpakai Bagi kita mungkin surat khabar lama atau tin tin kosong hanya l...
Tips Mohon Latihan Industri Pelajar Universiti Di Malaysia

Tips Mohon Latihan Industri Pelajar Universiti Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 374 hits
Apakah tips mohon latihan industri buat pelajar Universiti Awam dan Swasta di Malaysia Latihan di tempat kerja penting buat anda untuk biasakan diri bila bekerja nanti Kali ini Panduan Kini The post appeared first on
Begini Dedikasi Tenaga Kesehatan Untuk Indonesia Kenapa Kesejahteraannya Masih Jauh Di Mata

Begini Dedikasi Tenaga Kesehatan Untuk Indonesia Kenapa Kesejahteraannya Masih Jauh Di Mata

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 344 hits
Senyumperawat com Tak sedikit wilayah di Indonesia yang masih terkendala infrastruktur tak terkecuali di Kalimantan Tengah Pada sekitar pukul 09 00 WIB Rabu tenaga kesehatan dari Pusat Kesehatan Masyarakat Kecamatan Arut Utara Kabupaten Kot...
Mata Jadi Merah Karena Berenang Ini Penyebab Utamanya

Mata Jadi Merah Karena Berenang Ini Penyebab Utamanya

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 266 hits
Menurut Centers for Disease Control and Prevention Amerika Serikat salah satu penyebabnya mungkin karena hal hal yang ada pada orang yang sedang berenang Air kencing sisa tinja keringat debu deodoran serta makeup bisa bercampur dengan air d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp