Buang Tisu Ada Siap Meludah Lagi Tukang Sapu Dedah Perangai Biadap Segelintir Pelajar Universiti


Arus pemodenan yang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia hari ini boleh dilihat melalui pelbagai benda. Daripada pembinaan bangunan-bangunan yang moden sehinggalah peningkatan taraf hidup yang kini dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Walaupun begitu, masih terdapat sebilangan kecil rakyat Malaysia yang masih lagi mempunyai tampuk pemikiran yang tidak selari dengan arus pemodenan yang telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia.
Antara pemikiran yang tidak maju serta boleh dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia ialah buang sampah merata-rata, tidak membersihkan meja makanan selepas makan di restoran makanan segera, meludah merata-rata dan banyak lagi.
Jika hendak dibandingkan negara Jepun yang telah lama kecapi status negara maju, pasti kita jauh ketinggalan. Ini kerana segelintir sikap rakyat Malaysia yang selalu mahu mengambil mudah tentang perkara-perkara remeh sebegini.
Secara tidak langsungnya, perbuatan tersebut boleh mencerminkan tentang budaya serta pemikiran rakyat Malaysia masih lagi tidak maju selari dengan kemajuan yang dikecapi oleh negara Malaysia yang membangun ini.
Menurut perkongsian yang dikongsi oleh Mohamad Reza ini, beliau berasa amat kesal atas sebilangan rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan segelintir rakyat Malaysia ini.
Perkongsiannya telah mendapat ulasan yang banyak di akaun Facebooknya. Ikuti perkongsian Mohamad Reza berkenaan dengan masalah pemikiran di takuk lama yang masih lagi diamalkan segelintir rakyat Malaysia.
Semalam saya pulang awal ke kolej kediaman universiti, memandangkan masih ada urusan yang perlu diselesaikan, walaupun pelajar lain masih bercuti, peperiksaan akhir semester bermula minggu depan. Ketibaan saya disambut oleh polis kampus. Parkir kosong. Blok sunyi.
Pagi tadi selepas pulang dari bersarapan di pekan, saya bertemu dengan kontraktor pembersihan yang sedang menyapu lantai di sekitar koridor blok asrama.
“Awal masuk kerja bang, orang lain cuti lagi”. Saya sapa dengan senyuman. Membuka perbualan.
“Haah dah kerja dik, dari hari ahad lagi”. Beliau hanya mengangkat kepala sedikit tanpa tangannya berhenti menyapu.
Saya senyum. Dikala orang masih cuti beraya, beliau sudah mula bekerja. Saya guna peluang waktu lapang yang ada untuk berbual dan bertanya khabar. Sejujurnya, itulah kali pertama saya sempat berbual dengan beliau. Kebiasaannya hanya sempat memberi salam ketika bertembung hendak ke kelas waktu pagi.
Beliau masih menyapu lantai. Matanya tertumpu pada bulu-bulu penyapu yang bergerak menolak habuk dan sesawang, alat dia mencari rezeki. Saya memandang penuh minat. Minat pada orang yang berhati cekal.
“Bang, selama abang kerja sini, ramai tak pelajar yang ucap terima kasih dekat abang?”. Saya bertanya spontan.
Kali ini tangannya berhenti menyapu. Beliau mengangkat kepala memandang saya. Tampak bibirnya sedikit muncung, tanda jawapan kepada soalan saya. Matanya tersenyum. Saya diam.
“Adik perasan tak ramai pekerja baru?” beliau mengaju soalan pada saya. Saya hanya menggeleng.
“Ramai yang berhenti sebab tak tahan. Kebanyakkan sebab sikap pelajar sendiri”. Beliau membuka cerita. Saya hanya mendengar penuh perhatian.
Dari perkongsian beliau, sepanjang bekerja, hanya dua atau tiga orang pelajar yang menegur atau berterima kasih kepada pekerja kontraktor pembersihan sepertinya jika bertembung. Selebihnya hanya bermasam muka dan cercaan.
Sudah beberapa kali ketika menyapu lantai, pelajar yang lalu berhampiran akan mencampakkan pembalut gula-gula atau tisu ke lantai, isyarat untuk pekerja pembersihan menyapu sampah tersebut.
Ada pelajar yang ketika hendak lalu di koridor yang sedang beliau bekerja, beliau akan berhenti menyapu untuk memberi laluan. Sebaik melepasi beliau, pelajar tersebut berpaling dan meludah ke lantai, dekat dengan penyapu beliau. Pada awalnya beliau ada menegur, namun lama-kelamaan dibiarkan saja. “Masing-masing dah besar dik”, jawab dia ringkas. Bermakna perkara ini bukan baru terjadi. Iya, ini dilakukan oleh pelajar universiti.
Sambung beliau, dua bulan lepas ada kakak yang juga kontraktor pembersihan berhenti bekerja. Kesnya ketika dia sedang menyapu lantai di blok asrama, ada pelajar perempuan meludah dekat dengan dia. Ditegur penuh hemah. Kesannya dia dimaki oleh pelajar tersebut. Iya, pelajar universiti. Perempuan.
Katanya lagi, makian dan cercaan tu sudah biasa. Ada pelajar yang simpan sampah dalam rumah (kolej kediaman seperti apartmen), selepas dua tiga hari baru dikeluarkan. Akibatnya sampah sudah membusuk dan berair. Mereka, pekerja pembersihan yang disalahkan.
Ramai pelajar yang membuang lebihan lauk atau ais ke dalam tong sampah, bukan ke dalam sinki. Bila ais mencair, bercampur dengan lauk dan sisa makanan lain, bau busuk memenuhi blok. Jika ada yang tumpah ke lantai, esok mereka akan dipanggil oleh penyelia asrama, diberi amaran atas aduan pelajar, pekerja pembersihan tak pandai buat kerja.
Saya bertanya pada beliau, siapa pelajar ini?
“Sama je semua dik, Melayu, Cina, India. Baik jahat ni tak tengok bangsa dengan agama, dia atas diri sendiri”. Ringkas jawapan beliau.
“Nak kerja macam ni hati kena kental dik. Kami bukan nak pujian pun, cukup lah kalau orang buat macam kami ni wujud. Beliau sambung bekerja. Saya diam, termenung. Seakan tidak percaya.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula di universiti, institusi pengajian tertinggi dalam negara, tempat para ilmuan dan para sarjana menuntut ilmu. Bagaimana mungkin orang berilmu berperilaku sedemikian? Apa makna pada sijil diploma dan sarjana jika tiada keluhuran budi pekerti dan adab?
Akan datang, pelajar universiti ini akan bercampur dengan masyarakat, jadi cikgu, ketua masyarakat, akan jadi ketua-ketua jabatan, pegawai di pelbagai agensi, bekerja di kementerian, bahkan mungkin ada yang akan jadi menteri. Bagaimana nasib generasi akan datang jika negara ditadbir mereka yang tiada adab?
Kita tidak maju bukan kerana salah parti politik atau para politikus. Tapi kita tidak maju kerana masyarakat masih mempunyai pemikiran yang mundur, jiwanya tidak merdeka, akalnya sempit. Tiada makna segala kemajuan infrastruktur dan ekonomi yang kukuh jika kita masih hidup berkasta.
Sumber: FB Mohamad Reeza

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/15/buang-tisu-ada-siap-meludah-lagi-tukang-sapu-dedah-perangai-biadap-segelintir-pelajar-universiti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Maki Ludah Atas Lantai Yang Tengah Disapu Hina Sangat Ke Status Cleaner Di Mata Pelajar Universiti

Kena Maki Ludah Atas Lantai Yang Tengah Disapu Hina Sangat Ke Status Cleaner Di Mata Pelajar Universiti

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 349 hits
Tidak semua beruntung mendapat pendidikan dan pekerjaan yang baik Ada yang terpaksa melakukan apa pun pekerjaan halal asalkan dapat menampung kelangsungan hidup Walau apa pun pangkat yang membezakan kita sebagai sesama manusia harus belajar...
Jawapan Dia Memang Takde Orang Boleh Fight Aaron Aziz Dedah Perangai Orang Rumah Sendiri

Jawapan Dia Memang Takde Orang Boleh Fight Aaron Aziz Dedah Perangai Orang Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 426 hits
Please follow and like us 0 Pelakon Datuk Aaron Aziz ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz telah berkongsi momen ketika dia dan keluarga menyambut hari raya a...
Nggak Cuma Tisu Stop Buang 12 Benda Ini Ke Dalam Kloset Banyak Mudaratnya

Nggak Cuma Tisu Stop Buang 12 Benda Ini Ke Dalam Kloset Banyak Mudaratnya

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 221 hits
Nggak banyak yang sadar kalau limbah di saluran pembuangan bisa jadi segunung karena nggak terurai Serem banget
Mulut Tak Boleh Tutup Air Liur Meleleh Sampai Tak Cukup Tisu Tolong Buang Pokok Beracun Ni Kalau Nak Anak Selamat

Mulut Tak Boleh Tutup Air Liur Meleleh Sampai Tak Cukup Tisu Tolong Buang Pokok Beracun Ni Kalau Nak Anak Selamat

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1618 hits
Hanya pegang dan gigit sikit namun kesannya hingga mengalami kekejangan sampi terpaksa dikejarkan ke hospital Begitulah yang dialami oleh seorang kanak kanak setelah bermain dengan pokok keladi yang sering dijadikan hiasan di rumah rumah Mu...
Tips Mohon Latihan Industri Pelajar Universiti Di Malaysia

Tips Mohon Latihan Industri Pelajar Universiti Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 423 hits
Apakah tips mohon latihan industri buat pelajar Universiti Awam dan Swasta di Malaysia Latihan di tempat kerja penting buat anda untuk biasakan diri bila bekerja nanti Kali ini Panduan Kini The post appeared first on
Dedah Segera Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh

Dedah Segera Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 595 hits
ULASAN KHASSungai Aring yang diambil mengguna droneseperti dilapirkan oleh NST 3 Mac 2019KEJADIAN yang menimba masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh Gua Musang yang dilaporkan telah meragut 13 nyawa perlu dipandang serius Tidak bole...
Penderaan Seksual Bekas Jurulatih Dihumban Ke Penjara Selepas Perangai Sebenar Terbongkar

Penderaan Seksual Bekas Jurulatih Dihumban Ke Penjara Selepas Perangai Sebenar Terbongkar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 486 hits
Higgins dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun 3 bulan BEKAS jurulatih bola sepak dipenjara 24 tahun tiga bulan selepas aktiviti sebenarnya terbongkar Bob Higgins 66 dari Southampton dijatuhi hukuman penjara selepas hampir 25 tahun melaku...
Perangai Pkr Dah Pandai Menunggang Agama Pula

Perangai Pkr Dah Pandai Menunggang Agama Pula

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 611 hits
Realiti perangai puak PKR bila dah terhantuk baru tergadah Dahulu tak pandai guna agama sebagai benteng sebab nak bagi nampak parti mereka begitu harmoni Hari ini bila dah kena diri sendiri baru mereka sedar Allah itu sentiasa ada memerhati...
Ingat Dia Baik Tapi Perangai Lagi Teruk Daripada Bin Tang

Ingat Dia Baik Tapi Perangai Lagi Teruk Daripada Bin Tang

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 370 hits
PERANGAI lagi teruk daripada bina tang begitulah antara komen berhubung video sekumpulan lelaki yang dilihat menga niayai dua ekor monyet Ingat dia baik tapi perangai lagi teruk daripada bin tang
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

Cave Cartography Mapping The Hidden Worlds Beneath Our Feet

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut

Huawei Freebuds 6


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Dalam Kepala Anak Ada Air

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Editing Tools For Drawing