Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak
"Meru Klang ke ayah" tanya anak-anak
"eh, kalau Meru Klang, tak perlu kita cari homestay, kita balik hari je. Tu ayah tu nak bagi cantik gigi" kata umi pulak sebelum si ayah sempat nak kata apa-apa. Speechless sekejap si ayah

Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke MeruSebenarnya, bukan tujuan asal nak ke klinik gigi tapi sebab ada majlis perkahwinan cucu saudara yang kami ingin hadiri di Seri Manjung. Jadinya, alang-alang nak ke arah sana, habibi pun rangka jadual ke klinik gigi, nak lunch kat Pokok Belacan, nak memancing di Teluk Senangin dan lain-lain tu mestilah aktiviti makan dan makan

Perjalanan ke Meru sebenarnya hanya lebih kurang 2 jam tapi banyak pulak kenderaan sebab ramai yang ambil peluang bercuti sebab hari Isnin tu hari cuti sempena Hari Wesak
Habibi ni kalau nak bermusafir ni akan tengok waze dulu dan rangka perjalanan supaya tak terjebak dengan jem.
Kami bertolak lebih kurang jam 9.30 pagi, ikut Jalan Gombak - Selayang - Rawang - Batang Kali - Ulu Yam - Kerling kemudian masuk ke highway melalui Slim River. Memang banyak kereta, perjalanan pun perlahan tapi tidaklah sampai tersekat.
Kami sampai ke klinik pergigian Dr Fadzli tu jam 1.30 petang, sempat ambil nombor dahulu walau cuak tengok punyalah ramai orang masih menunggu. Kata pembantuk klinik tu dalam 3.30 boleh la datang lagi
Jadi kami cadang, isi perut dulu kat kedai makan yang terletak di sebelah klinik. Cadangan untuk makan di Restoran Pokok Belacan tak kesampaian sebab bimbang terlewat pulak nak kembali ke klinik walau kedai makan tu

Selesai makan, kami singgah ke klink, kotlah dah surut sikit orang tapi nombor masih tidak berubah, jadi kami putuskan untuk daftar masuk ke homestay. Ok, nanti umi kongsi pasal homestay
Sampai homestay, kami rehat sekejap, solat dan Cik Meya ingatkan untuk kami pergi awal takut nanti terlepas nombor pulak. Dia pulak nak stay kat homestay sebab nak rehat. Amboii, macam dia tu yang drive kan.
Sampai Ke Klinik Pergigian Dr Fadzli
Jarak dari homestay ke klinik tu tak sampai 10 minit. Dalam klinik masih ramai dan nombor yang tertera dah bertukar ke no 25. Uishh lama lagi tu nak sampai ke nombor 52 dan 53 ni. Tapi kami tunggu jer. Tunggu kat luar sebab kat bahagian klinik masih ramai dan tiada ruang kosong

Kami duduk di kerusi luar klinik sambil layan busker kat kerusi sebelah sesambil layan hujan yang turun. Agak lebat, jadi tidaklah panas sangat

Sambil lmenunggu tu umi layan tengok deko kat siling klinik, ada doremon, hello kitty, kapal terbang yang berlampu, mungkin bagi menarik minat kanak-kanak tapi rata-rata dalam klinik adalah orang dewasa
Lebih kurang jam 5.45, ada kekosongan kat dalam klinik, jadi kami ambil tempat sesambil tengok minah dari seberang buat video call dengan kawan. Aduhh cukup annoying sebab kita boleh dengar apa yang diborakkan. Patutnya dalam klinik tu kita hormati orang lain, kalau nak bercakap pergi keluar dan kalau nak dengar muzik tu tolonglah pakai earbud atau earphone
Rasa kesian kat Cik Meya yang keseorangan kat homestay, jadi habibi decide untuk jemput ke klinik. Duduk sorang-sorang kat rumah yang bukan rumah sendiri dan sunyi tu buat kita rasa risau. Lagipun fikir klinik mungkin nombor kami akan naik tak lama lagi
Akhirnya Nombor Kami Dipanggil
Lebih kurang jam 8.15 malam, nombor kami naik. Alhamdulillah, kiranya nombor 52 tertera, tapi kami masuk berdua sebab lepas 52 tu no 53, no umi. Selepas kami tu ada no akhir, nombor 54 kepunyaan wanita yang bervoice call dengan kawan dia
Lama kan? tak per lah alang-alang dah sampai, kita tunggu jer dan alang-alang habibi ada keberanian nak jumpa doktor gigi, kita layankan juga
Habibi Pasang VeneerMemang tak lengah dah, doktor Fadzli check gigi habibi dan bagi saranan yang mana memang habibi fikir nak buat lepas tengok video tiktok
Hasilnya habibi pasang 2 veneer di bahagian atas.

Sambil membuat rawatan tu rancak betul Dr Fadzli berborak sambil tanya itu ini. Borak macam udah lama kenal.
Ada review kata dia ni sombong, tapi tidak pulak pada kami. Mungkin masa tu dia penat atau patient yang tanya tu cerewet atau sombong, entahlah
Kos untuk sebatang veneer kat sini RM700 dan hanguslah RM1.400 untuk 2 batang.

Selesai rawatan gigi untuk habibi, tiba untuk tampal gigi umi. Ingatkan kena tampal 2 atau 3 tapi 1 jer yang berlubang.
Tau tak kos tampal ni hanya RM30 sahaja. Giler murah

Nilah dia Dr Fadzli, yang pior loghat peraknya. Gambar akhir tu selepas patient terakhirnya selesai buat check up braces
Sejujurnya, doktor ni friendly tapi yang tak sanggup tu kena tunggu lama untuk dapatkan rawatan.
Sempat dia ajak kami untuk ngopi tapi tak dapat nak join sebab adik ipar dah hampir sampai ke homestay dan kami nak keluar dinner
Kita sambung di lain entri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2025/05/singgah-meru-untuk-buat-rawatan-veneer.html