Gian Nak Bohong Lagi Kah
Aku rasa 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 ni 𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴 agaknya. Sehari tak berbohong, mungkin dia 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶𝗴𝗶𝗹 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻. Masalahnya dia ingat kita bodoh? Walabod, walaun, walajib bagai tu boleh la dia 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻.



Mahathir kata DS Anwar nak 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 terhadap dirinya. Katanya, itu berikutan 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 daripada dia kepada DS Anwar. Katanya lagi, 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮, kerajaan dah runtuh.
𝗣𝗲𝗿𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮, DS Anwar nak membalas dendam. Yang kita nampak sekarang, Mahathir yang 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Yang dok meratib burukkan kerajaan dan DS Anwar tu dia.
Manakala DS Anwar, jarang-jarang sekali nak sentuh tentang Mahathir. Kalau sentuh pun sebab 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝘁𝗮𝘄𝗮𝗻. Tak ada pun DS Anwar dengan sengaja jaja cerita buruk pasal Mahathir ni.
Soal anak-anaknya 𝗱𝗶𝘀𝗼𝗮𝗹-𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗦𝗣𝗥𝗠, itu di bawah bidang kuasa SPRM. Setakat ni seingat aku 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶. Tak macam masa dia 22 bulan dulu. Belum habis siasatan dah dakwa Najib.
𝗣𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮, bila dia kata tak sempat nak serah kuasa, kerajaan dah runtuh. Seolah-olah bukan salahnya. Siap cakap, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. Konon-konon dia nak serah la. Tapi kerajaan runtuh, nak buat macamana?
Dia ingat kita ni nyanyuk macam dia ke? Kerajaan PH 1.0 runtuh 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗶𝗮 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻! Kalau dia tak letak jawatan, boleh je peralihan kuasa berlaku. Tapi dia letak jawatan. Sebab? 𝗧𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮!
Mahathir punya perancangan, lepas dia letak jawatan, dia dipilih sekali lagi jadi PM. Tapi dengan 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮, bukan PH je. Jadi dia 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 kepada janji peralihan kuasa tu. Malangnya dia 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴.
Boleh nampak perancangan Mahathir. Terutamanya bila dia 𝘁𝗶𝗯𝗮-𝘁𝗶𝗯𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 wang sebanyak RM400 juta. 𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 itu salah satu usaha nak pikat pimpinan PAS untuk menyokongnya. Kita pun tahu pemimpin PAS 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹𝗶.
Tapi itulah tipikal Mahathir. Kerjanya memutar-belit kenyataan. Setiap masa dia je betul. Yang lain semua salah kononnya. Tapi rakyat sekarang dah cerdik. Lagi dia belit, lagi dia yang 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁.
Lepas tu dia kata, DS Anwar 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗰𝗲𝗯𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 dengan Najib. Dia nak kata DS Anwar ni korup macam Najib. Dia lupa Najib tu 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗮? Dia juga yang 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗷𝗮-𝗸𝗶𝗻𝗷𝗮 nak Najib jadi PM dulu. Lupa?
Dan Najib juga serupa perangainya, 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁 ke atas DS Anwar. Habis musuh politiknya didakwa. Kalau nak kata Mahathir dan Najib ni 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗸 pun orang percaya. Ingat Mahathir, ingat Najib!
Dah hujung usia dah Mahathir oi. Allah dah beri bonus umur tu banyak dah. Cukup-cukuplah membohong tu. Cukuplah memfitnah. Bertaubatlah pulak. Kalau rasa sombong, tak nak taubat pun, diam je lebih baik. Tak usah 𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 dengan berbohong begini. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/05/gian-nak-bohong-lagi-kah.html