Kemungkinan Gelombang Hijau Landa P Pinang Dalam Prn


malaysiakini.com
Ng Xiang Yi
Diterbitkan: Dec 9, 2022 6:26 PM
Kemenangan besar PN di Padang Serai membangkitkan kebimbangan pada PH Pulau Pinang - yang terletak bersebelahan - terhadap "gelombang hijau" yang tidak menunjukkan petanda akan mereda.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meramalkan PH boleh hilang enam atau tujuh kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, berdasarkan trend yang dilihat dalam PRU15.

Walaupun ia tidak menjejaskan penguasaan PH di Pulau Pinang, Chow dilaporkan berkata pengaruh gabungan itu di negeri itu tidak akan menjadi sekuat dulu.
Chow Kon YeowPada PRU15, PN menang 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah. Di Pulau Pinang, dua kubu kuat BN, iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor, juga dirampas gabungan itu.

Namun kekalahan paling mengejutkan adalah di Permatang Pauh, apabila Nurul Izzah Anwar tewas di tangan calon PN Fawwaz Md Jan. Kerusi itu dipegang keluarga Anwar sejak 1982.

Tiga kerusi ini adalah kerusi separa bandar dengan orang Melayu merangkumi 70 peratus pengundinya.

Jika trend semasa beterusan, tidak mustahil PN akan menang di kerusi-kerusi majoriti Melayu dalam PRN akan datang.

Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat September lalu menunjukkan 26 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang adalah kerusi campuran di mana Melayu bukan majoriti pengundi, manakala 14 kerusi lagi memiliki sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi Melayu.

Daripada 14 DUN tersebut, 11 terletak di Seberang Perai.
Guna Tiktok

Dua wakil rakyat Pulau Pinang menggsa PH negeri itu untuk lebih agresif dan giat dalam meningkatkan strategi propaganda dan komunikasi bagi melawan sentimen kaum dan agama yang dibangkitkan PN.

Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik mendakwa PN cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan dakwan golongan anti-Melayu, anti-Islam dan malah komunis akan mengawal Malaysia.
Muhammad BakhtiarIni propaganda mereka. Jika anda dengar ceramah (Pengerusi PN) Muhyiddin Yassin, (Presiden PAS) Abdul Hadi Awang atau Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, tiada apa selain mencetuskan ketakutan," katanya yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang kepada Malaysiakini.

Oleh itu, Bakhtiar menegaskan PH perlu menambah baik strategi komunikasi, terutama di platform seperti TikTok, untuk melawan naratif yang dibawa PN.

"Ketika saya masuk ke kampung semasa kempen, saya lihat golongan muda sentiasa menonton video TikTok di telefon mereka. Kita perlu kerja keras dalam hal ini.

"Tentulah kita tak boleh haramkan TikTok tetapi kita perlu mengawal kandungan di dalamnya, terutama yang menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu," katanya lagi.

Beberapa hari lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata dia sedang melihat langkah untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menambah baik kawalan terhadap kandungan media sosial yang provokatif dan ekstrem, namun pada masa sama tidak menjejaskan prinsip kebebasan bersuara.

Katanya, ketika pertemuan dengan wakil TikTok, dia ditunjukkan data tentang berapa banyak video provokatif yang dipadam secara automatik oleh sistem media sosial tersebut ketika dan selepas PRU15.

Antara 12 hingga 18 November, TikTok telah memadam 857 video, sementara 1,126 video lagi dipadam antara 20 hingga 26 November.

Tambah baik publisiti

Sementara itu, Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil turut membidas PN kerana menurutnya telah mengapi-apikan sentimen kaum dan agama serta menyebarkan maklumat yang salah ketika kempen.

"Tuduhan komunis, ejen Israel dan sebagainya tidak diasaskan pada fakta dan lebih kepada persepsi bohong yang dibina.
Faiz Fadzil"Kerajaan Pulau Pienang perlu ambil serius kempen sebegini jika mahu kekalkan majoriti besar di kerana sasaran kempen PN adalah DAP yang menjadi tunggak kepada kerajaan PH di negeri ini," katanya.

Dia menggesa PH Pulau Pinang untuk menambah baik jentera publisiti dan mencadangkan agar turut menggunakan video pendek untuk mempromosikan dasar dan tindakan, terutama untuk orang Melayu di negeri itu.

"Naratif politik pula perlu dibaiki dari sudut kandungan dan penyampaian.

"Perlu lebih ramai tokoh agama membuat penjelasan kepada rakyat tentang sentimen perkauman yang dimainkan itu adalah fitnah," katanya lagi.

Selain menarik sokongan pengundi muda, Faiz juga berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap penceramah agama yang membangkitkan sentimen kaum dan agama di Pulau Pinang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/kemungkinan-gelombang-hijau-landa-p.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usai Pru 15 Gelombang Perpaduan Landa Negara

Usai Pru 15 Gelombang Perpaduan Landa Negara

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 127 hits
pic by MALAYMAIL Hari Anggara Usai PRU 15 gelombang perpaduan landa negaraPosted By on December 07 2022Pasca Pilihan Raya Umum ke 15 rakyat perlu melupakan tsunami Melayu pada 19 November tetapi berlapang dada terhadap gelombang perpaduan s...
Sekolah Pondok Dengan Gelombang Hijau

Sekolah Pondok Dengan Gelombang Hijau

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 130 hits
Mohsin AbdullahArtikel ini ditulis mengambil kira sedikit keputusan pilihan raya Parlimen Padang Serai 7 Dis lalu Saya katakan sedikit kerana walaupun Padang Serai kini milik Perikatan Nasional ia dimenangi Bersatu dan bukan PAS rakannya da...
Lim Hanya Dasar Reformasi Mampu Kekang Gelombang Hijau

Lim Hanya Dasar Reformasi Mampu Kekang Gelombang Hijau

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 124 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 9 2022 4 40 PMKerajaan harus melaksanakan dasar dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam gelombang hijau PAS kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang Katan...
Menjelang Prn Ph Adakan Jelajah 6 Negeri

Menjelang Prn Ph Adakan Jelajah 6 Negeri

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 111 hits
BernamaALOR GAJAH Pakatan Harapan akan melaksanakan program jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri masing masing Ketua Setiausaha PH Saif...
Pakatan Laksana Jelajah Di 6 Negeri Sebagai Persediaan Prn

Pakatan Laksana Jelajah Di 6 Negeri Sebagai Persediaan Prn

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 103 hits
PAKATAN Harapan akan melaksanakan program nbsp jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri masing masing Ketua Setiausaha PH Senator Saif
Belum Prn Ph Bn Dah Goyang

Belum Prn Ph Bn Dah Goyang

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 92 hits
satuberita myBy December 13 2022Oleh TOK CHEYAPABILA kerajaan Perpaduan Anwar Zahid memulakan tugas mereka sering kedengaran laungan supaya kepimpinan itu perlu mengetepikan perbezaan prinsip dan terus bergerak ke depan untuk memulihkan eko...
Pulau Pinang Akan Terus Bincang Bekalan Air Dengan Perak

Pulau Pinang Akan Terus Bincang Bekalan Air Dengan Perak

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 184 hits
PULAU Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak bagi mengimport air mentah dari negeri jiran Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata k...
Prn Pn Negeri Sembilan Sasar Menang 19 Kerusi

Prn Pn Negeri Sembilan Sasar Menang 19 Kerusi

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 414 hits
SEREMBAN nbsp PERIKATAN NASIONAL Negeri Sembilan menyasarkan memenangi sekurang kurangnya 19 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang sekali gus membolehkan PN membentuk kerajaan n
Ph N9 Yakin Pertahan Kemenangan Pada Prn Tahun Depan Kata Aminuddin

Ph N9 Yakin Pertahan Kemenangan Pada Prn Tahun Depan Kata Aminuddin

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 137 hits
freemalaysiatoday com December 14 2022 6 13 PMAminuddin Harun yakin kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim kali ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menambah keyakinan rakyat untuk terus memberi menyokong PH SEREMBA...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100