Belum Prn Ph Bn Dah Goyang


satuberita.my
By Admin
-December 13, 2022
Oleh TOK CHEY
APABILA kerajaan Perpaduan Anwar-Zahid memulakan tugas mereka, sering kedengaran laungan supaya kepimpinan itu perlu mengetepikan perbezaan prinsip dan terus bergerak ke depan untuk memulihkan ekonomi negara.

Ada juga yang mengatakan bahawa kerajaan PH-BN ini perlu diberi peluang untuk memimpin dan menunaikan janji-janji mereka serta pada masa sama isu politik yang menjadi persoalan rakyat perlu diketepikan demi kepentingan negara.

Terdapat kalangan menteri yang bersemangat mahu mengasingkan antara tugas rasmi sebagai menteri dan pemimpin politik apabila mereka tidak mahu menjawab soalan-soalan pemberita berkaitan politik semasa program rasmi kerajaan.

Baguslah kalau begitu kerana PRU15 sudah pun berlalu dan rakyat mahu lihat apa tindakan kerajaan baru ini untuk membela nasib rakyat yang sedang terhimpit dengan pelbagai cabaran akibat kos sara hidup yang tinggi.

Tetapi apabila Tok Chey membaca kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang mengumumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan jelajah enam negeri bagi menghadapi pilihan raya negeri dengan mengatakan ia adalah tugas ‘maha mustahak’, maka ia menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Adakah benar kerajaan ini terlalu bimbang dengan kebangkitan Perikatan Nasional (PN) hinggakan terlalu awal memukul gong pilihan raya negeri sedangkan kita semua baru saja selesai menghadapi PRU15?

Jawapannya sudah tentu Ya! Jika kita teliti kepada keputusan PRU15, tidak dapat dinafikan bahawa sokongan terhadap PN meningkat dengan drastik sekali walaupun serangan terhadap gabungan itu datang daripada pelbagai penjuru.

Bahkan, sesuatu yang tidak dijangka apabila anak-anak muda yang pertama kali mengundi, tanpa sebarang paksaan turut menyokong PN kerana mereka yakin dengan agenda yang dibawa kepimpinan parti itu.

Bayangkan apa berlaku kepada keputusan undian semasa PRU15 apabila BN dan PH mengumumkan yang mereka akan bekerjasama membentuk kerajaan kerana dalam keadaan kedua-dua gabungan itu menyembunyikan hubungan sulit mereka pun undi Melayu sudah banyak beralih kepada PN.

Oleh sebab itu, wujud kebimbangan oleh BN-PH mereka akan kehilangan sokongan pada PRN akan datang hingga terpaksa mengadakan jelajah untuk meyakinkan rakyat untuk menyokong kerajaan yang dibentuk hasil pakatan yang tidak dijangka oleh pengundi.

Tok Chey berpandangan adalah sukar bagi PH dan BN untuk menghalang gelombang sokongan rakyat terhadap PN di enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun depan.

Ini kerana dua keputusan pilihan raya baru-baru ini iaitu Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman telah memberikan petunjuk awal tahap sokongan rakyat ketika ini.

Di kerusi Parlimen Padang Serai misalnya, PN merampas kerusi itu daripada PH apabila calon PN, Azman Nasrudin memenangi kerusi itu dengan majoriti lebih 16,000 undi.

Begitu juga signal di DUN Tioman apabila BN hanya mampu mengekalkan kerusi DUN itu dengan hanya 500 undi sahaja, satu kemorosotan yang ketara berbanding PRU14 apabila memperolehi kira-kira 11,000 undi.

Oleh itu, walau apa pendekatan diguna sekalipun untuk berkempen pada PRN akan datang, Tok Chey rasa adalah sukar bagi PH dan BN untuk meraih sokongan rakyat kerana pengundi sudah serik dipermainkan pada PRU15 yang lalu.

Mereka tidak akan lupa segala pembohongan yang telah dilakukan dan akan disematkan hingga bila-bila kerana ini adalah bukan kali pertama penyokong akar umbi ditipu oleh pemimpin atasan.

Jika tidak percaya, singgahlah lihat komen-komen rakyat di media sosial bagaimana mereka terluka dengan penipuan semasa PRU15 dan tidak lagi akan membenarkan diri mereka menjadi mangsa penipuan yang seterusnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/belum-prn-ph-bn-dah-goyang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph N9 Yakin Pertahan Kemenangan Pada Prn Tahun Depan Kata Aminuddin

Ph N9 Yakin Pertahan Kemenangan Pada Prn Tahun Depan Kata Aminuddin

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 148 hits
freemalaysiatoday com December 14 2022 6 13 PMAminuddin Harun yakin kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim kali ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menambah keyakinan rakyat untuk terus memberi menyokong PH SEREMBA...
Umno Dap Bakal Bekerjasama Hadapi Prn 6 Negeri Tahun Depan

Umno Dap Bakal Bekerjasama Hadapi Prn 6 Negeri Tahun Depan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 191 hits
agendaily com14 12 2022UMNO kini bekerjasama dengan DAP di dalam PH Pakatan Harapan yang turut disertai DAP tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional khususnya UMNO bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri akan datang Se...
Menjelang Prn Ph Adakan Jelajah 6 Negeri

Menjelang Prn Ph Adakan Jelajah 6 Negeri

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 128 hits
BernamaALOR GAJAH Pakatan Harapan akan melaksanakan program jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri masing masing Ketua Setiausaha PH Saif...
4 Tahun Kes Rosmah Belum Dibicarakan Hakim Tegur Peguam Rosmah

4 Tahun Kes Rosmah Belum Dibicarakan Hakim Tegur Peguam Rosmah

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 139 hits
Hakim Mahkamah Tinggi mengingatkan peguam Datin Seri Rosmah Mansor supaya memberi keutamaan kepada kes pengubahan wang haram dan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dihadapi isteri bekas perdana mente...
Marak Jasa Unlock Imei Pakar Belum Ada Dasar Hukum Spesifik

Marak Jasa Unlock Imei Pakar Belum Ada Dasar Hukum Spesifik

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 95 hits
Sejak 15 September 2020 pemerintah telah memberlakukan pengaturan pengendalian International Mobile Equipment Identity untuk menekan penggunaan ponsel ilegal di Indonesia Namun belakangan ini marak bermunculan jasa unlock IMEI di sejumlah e...
Belum Terlewat Untuk Cebur Kerjaya Politik Makan Tak Habis

Belum Terlewat Untuk Cebur Kerjaya Politik Makan Tak Habis

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 246 hits
Best kalau anak beranak turut diangkut bersama Dalam keadaan seperti tikus jatuh ke beras masih ada yang tamak haloba untuk terus korup sangat jijik dan Hina
10 Tahun Bercinta Jung Kyungho Akui Belum Bincang Secara Terperinci Soal Kahwin Dengan Sooyoung

10 Tahun Bercinta Jung Kyungho Akui Belum Bincang Secara Terperinci Soal Kahwin Dengan Sooyoung

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 133 hits
Umum pasti mengetahui bahawa pasangan Choi Soo young dan Jung Kyung ho telah pun menjalinkan hubungan hampir 10 tahun ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Jung Kyung ho telah terlibat dengan temu bual untuk filemnya akan datang Men of Plastic di mana ...
Pakatan Laksana Jelajah Di 6 Negeri Sebagai Persediaan Prn

Pakatan Laksana Jelajah Di 6 Negeri Sebagai Persediaan Prn

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 114 hits
PAKATAN Harapan akan melaksanakan program nbsp jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri masing masing Ketua Setiausaha PH Senator Saif
Prn Pn Negeri Sembilan Sasar Menang 19 Kerusi

Prn Pn Negeri Sembilan Sasar Menang 19 Kerusi

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 445 hits
SEREMBAN nbsp PERIKATAN NASIONAL Negeri Sembilan menyasarkan memenangi sekurang kurangnya 19 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang sekali gus membolehkan PN membentuk kerajaan n
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia