Kemunculan Dajjal Apabila Surut Airnya


Berdasarkan Sahih Muslim, terdapat sebuah kisah sahabat Rasulullah SAW bernama Tamim Ad-Dari yang berlayar bersama kumpulannya sebelum tersesat dan terdampar di sebuah pulau.
Sebaik tiba di pulau asing itu, Tamim dan sahabatnya terjumpa sebuah gua. Sebaik memasuki gua tersebut, mereka bertemu sejenis makhluk gergasi yang sedang dirantai kaki dan tangannya.

Tamim dan para sahabatnya lantas bersoal jawab dengan makhluk gergasi tersebut yang masih terbaring. Makhluk gergasi itu bertanya Tamim adakah Tasik Tiberia masih dipenuhi air?

Jawab Tamim dan sahabatnya, "Ya, masih dipenuhi air."
Lantas makhluk itu menjawab, "Tidak lama lagi airnya akan kering."

Pada akhir soal jawab itu, makhluk gergasi itu memperkenalkan dirinya kepada Tamim, "Akulah Dajjal!"
Dajjal memberitahu dia akan keluar dari gua persembunyian setelah tiba masanya kelak apabila tasik itu kering kontang.

Ya, Tasik Tiberia yang dinyatakan dalam kisah ini sebenarnya merujuk kepada Tasik Galilee berdekatan Bukit Golan, yang terletak dalam wilayah Israel.

Keluasan tasik itu terbentang sehingga 166 kilometer manakala kedalamannya pula mencecah sehingga 42 meter. Pada paras 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan merupakan kawasan terendah di muka bumi ini.

Kerana keistimewaan itulah, sejak zaman berzaman, tasik ini sering menjadi rebutan. Akhirnya, usaha kaum Yahudi sejak sekian lama untuk merebut tasik ini dari genggaman orang Islam, berjaya.

Sebenarnya, kisah keringnya air tasik ini sudah dinyatakan sejak sekian dahulu. Dan kini, fenomena itu sudah mula berlaku. Malah, kisah pengeringan Tasik Galilee juga ada disebut dalam hadis yang mengaitkan tentang Yakjuj dan Makjuj.

Saat akan tiba keringnya Tasik Galilee, petanda bermulalah era Dajjal laknatullah. Ketika itu juga bermakna disusuli dengan kedatangan Nabi Isa dan Imam Mahadi sebagai penyelamat akhir zaman.

Sejak tahun 2000, paras airnya turun dengan pantas. Malah terdapat beberapa kawasan yang satu ketika dahulu dipenuhi air, kini telah mula kering kontang dan ditumbuhi rumput dan semak samun.

Sewaktu airnya kering sehingga ke dasarnya, sudah pasti perkhabaran besar seperti yang disebut Allah dan Rasulullah tentang ketibaan Dajjal pasti akan berlaku.

Sabda Rasulullah SAW, "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak penciptaan Adam yang melebihi fitnah Dajjal. Dan bahawasanya, tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir. Ingatlah, tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti akan datang di kalangan kamu." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Jadi, adakah kita hanya sekadar merenung paras air di tasik ini yang kian pantas tahap pengeringannya?
Atau, kita hendaklah beribadat sebanyak-banyaknya sebelum tibanya Dajjal dan kemusnahan hari Kiamat!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lembu-gemuk.blogspot.com/2020/02/kemunculan-dajjal-apabila-surut-airnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Dekatnya Kemunculan Dajjal Ustaz Wadi Annuar

Tanda Dekatnya Kemunculan Dajjal Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 560 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada sahabat sahabat semua Jom kita berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad semoga kelak kita semua akan mendapat syafaat Baginda Nabi Muhammad Hari ini penghulu hari iaitu Hari Jumaat yang barokah Pakat b...
Ww Apabila Mengantuk

Ww Apabila Mengantuk

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 354 hits
Sangat masalah apabila mengantuk kat office now waktu rehat SA xde nak buat apa so layan la apps kat instagram hp dah rasa macam budak budak plak hahahaha sesekali main benda alah ni macam seronok plak Jangan tiru macam SA ye kang ada yang ...
03 Jalan Terus Salah Apabila Kau Hanya Memendam Rasa

03 Jalan Terus Salah Apabila Kau Hanya Memendam Rasa

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 1323 hits
Semalam ditinggalkan dan hari ini muncul lagi Di kafetaria Waktu rehat dan waktu untuk makan tengah hari Aku duduk menyandar malas di kerusi menghadap teman sekerja Siti Meja kami agak jauh ke belakang Aku memang suka begini Tidak sesak den...
15 Situasi Malaysia Apabila Pkp Pemulihan Diumumkan Bermula 10 Jun

15 Situasi Malaysia Apabila Pkp Pemulihan Diumumkan Bermula 10 Jun

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 904 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan satu berita yang agak melegakan kepada semua masyarakat Menurut beliau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Per...
Hiburan Reaksi Bapa Kilafairy Apabila Tahu Anak Sudah Berhijab Sentuh Hati Netizen

Hiburan Reaksi Bapa Kilafairy Apabila Tahu Anak Sudah Berhijab Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 548 hits
Syukur dipanjatkan kepada Ilahi apabila pelakon yang terkenal dengan imej menggiurkan Kilafairy telah membuat keputusan untuk berhijab penuh semenjak 11 Syawal lepas Pilihan itu dibuat bukan atas paksaan sesiapa malah hati wanita itu yang t...
Lelaki Cenderung Kepada Nafsu Apabila Melihat Wanita Seksi

Lelaki Cenderung Kepada Nafsu Apabila Melihat Wanita Seksi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 1511 hits
Mata lelaki cenderung tak berkelip semasa dihadapkan tubuh wanita dalam balutan baju ketat kecil atau terbuka Mereka mudah tergoda dengan penampilan seksi wanita Tapi tunggu dulu Tergoda bukan bererti mereka tertarik untuk berhubungan seriu...
Jurgen Klopp Risau Apabila Ada Cadangan Mahu Batalkan Musim Epl

Jurgen Klopp Risau Apabila Ada Cadangan Mahu Batalkan Musim Epl

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 405 hits
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mengakui yang beliau mempunyai kerisauan apabila terdapat beberapa pihak yang mahu musim Premier League kali ini dibatalkan atau null and void Bercakap kepada media menjelang aksi Mersyeside Derby menentang E...
Kemunculan Dan Pengakhiran Ketua Eksekutif Pnb Penuh Misteri

Kemunculan Dan Pengakhiran Ketua Eksekutif Pnb Penuh Misteri

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 793 hits
Kemunculan Jalil sebagai Ketua Eksekutif PNB penuh misteri apabila Tun Dr Mahathir selaku PM dan pengerusi kepada Yayasan yang memantau PNB seolah tidak termaklum dengan pengisian jawatan yang sungguh penting dalam pembangunan ekonomi Bumip...
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Si Kecil Diserang Asthma


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk