03 Jalan Terus Salah Apabila Kau Hanya Memendam Rasa




Semalam ditinggalkan dan hari ini muncul lagi.

Di kafetaria. Waktu rehat dan waktu untuk makan tengah hari.

Aku duduk menyandar malas di kerusi menghadap teman sekerja Siti. Meja kami agak jauh ke belakang. Aku memang suka begini. Tidak sesak dengan orang yang lalu lalang dan ada sedikit privacy.

Sekali sekala kami berbual basi-basi tentang hal diri sendiri, berhenti untuk menyuakan hidangan nasi ke mulut dan kemudian menelaah bunyi-bunyian yang terhasil dari kunyahan barisan gigi sendiri. Hari ini kami berdua tidak ke warung makan di seberang jalan seperti rutin kebiasaan kami.

"Sakitnya otak baca jurnal", aku mengomel sambil jari menggaru-garu di atas pundak tudung kepala. Siti diam membisu. Aku memerhatikan dia memegang gelas, diangkat sedikit dan dialihkan ke tepi bucu pinggan lalu dihirup air yang tidak berwarna di dalam gelas kaca tersebut melalui hujung straw yang ditekan sedikit menggunakan dua anak jari. Air itu ditelan.

"Kau memang suka study ek? Degree dah habislah", balas Siti dengan bibirnya sedikit meleret. Kelihatan ada lekuk di sebelah pipi kiri. Menambahkan manis orangnya. Dialah teman yang setiap hari tanpa pernah gagal menemani aku ketika perut minta diisi.

"Iyalah, buat research mestilah study jurnal. Lagi-lagi bidang virologi ini bukan aku study detail pun masa di universiti, banyak kena belajar lagi. Lagi sakit kepala bila semua dalam bahasa Inggeris. Aku ini bukan pandai sangat bahasa Inggeris", keluhku minta difahami.

Itulah hakikatnya. Apa yang dipelajari di universiti belum cukup memahirkan diri di alam pekerjaan. Walaupun asas ilmu yang diperolehi banyak membantu dari segi teori untuk memahami konsep, namun sebagai lepasan universiti yang baru terjun ke alam dunia penyelidikan sebenar, ternyata banyak lagi ilmu yang perlu digali.

"Kau pandang siapa? Aku membebel seoranglah tadi, huh". Sambil mendengus halus, aku menolehkan muka ke belakang ke arah pintu masuk utama kafetaria.

Mataku terpacak pada batang tubuh seseorang. Batang tubuh itu sedang berjalan menuju ke arah kaunter bayaran. Raut wajahnya dan penampilannya berbeza hari ini. Tidak seperti petang semalam.

"Glurpp". Jantungku berdenyut dan mengepam darah semakin laju. Kalaulah diletakkan mikrofon, aku pasti seluruh kafetaria dapat mendengar bunyi 'dup-dap-dup-dap' yang bertalu-talu diruang rusuk atas kiri dada aku.

"Eh, macam dia tahu pula aku pandang dia, huh". Aku cepat-cepat memalingkan muka dan menghadap Siti semula, sekilas menjeling ke arah Siti kemudian merendahkan pandangan.

"Aduh! Bertembung lagi hari ini". Getusku dalam diam . Petang semalam, dialah orangnya yang bertembung denganku di anak tangga pejabat. Hampir-hampir dilanggarnya badan aku yang kecil molek ini.

"Tapi hari ini jambangnya sudah tiada. Handsomekan kalau kemas begitu. Tetapi kenapa dia senyum-senyum, berjalan seorang diri pun boleh senyum-senyum. Hrmmm...pelik betul doktor seorang ini", bisikku kepada diri sendiri.

Aku mengangkat kepala memandang raut wajah Siti. Aku lihat ada garisan halus nipis di dahi Siti. Mungkin dia tertanya-tanya mengapa kelakuan aku seperti cacing kepanasan sebentar tadi. Aku mengharapkan Siti tidak dapat meneka perkara apa yang sedang berlegar-legar dan bersarang dalam fikiran aku.

Siti tidak bertanya lanjut, jadi aku pun mendiamkan diri. Maka dapatlah aku menghembuskan nafas lega dan bersandar di kerusi dengan tenang.

Hakikatnya kelegaan yang tertonjol adalah lakonan pada pandangan mata zahir.

"Kenapa dengan dia petang semalam?"

"Nampak dia gembira hari ini"

"Asalkan dia bahagia ... ". Monolog itu berpanjangan. Rasa itu dibiarkan terpendam dan tersimpan di penjuru sudut hati. Akal menganalis, menjustifikasi tetapi kemudian menafikan kewujudannya.

"Jom", tiba-tiba aku terdengar suara Siti. Aku faham dan akur. Kami bingkas bangun. Aku angkat sedikit dan letakkan kerusi ke bawah meja dan berpaling mengekori Siti.

Aku singgah di surau untuk menunaikan solat yang difardukan ke atasku sementara Siti meneruskan langkahnya ke makmal dan juga pejabat kami.

#PART2
#kisahdarihati
#sekolahpenulisanramadan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jurnalepalhijau.blogspot.com/2020/06/03-jalan-terus-salah-apabila-kau-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambe Tak Mampu Nak Menyekat Kecuali Hanya Menegur Pu Syed Jelaskan Lathi Challenge Adalah Haram

Ambe Tak Mampu Nak Menyekat Kecuali Hanya Menegur Pu Syed Jelaskan Lathi Challenge Adalah Haram

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 428 hits
Baru baru ini telah trending satu challenge di media sosial iaitu Lathi Challenge yang asalnya dari Indonesia Dalam challenge berkenaan menunjukkan gelagat seorang wanita tanpa makeup pada mulanya sehingga bertukar menjadi seorang yang mena...
Terkini Kematian Pertama Selepas 13 Hari Dan Hanya 19 Kes Baharu Hari Ini

Terkini Kematian Pertama Selepas 13 Hari Dan Hanya 19 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 352 hits
Sebanyak 19 kes positif jangkitan baharu Covid 19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8 266 kes setakat Jumaat jam 12 tengahari Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah oleh itu jumlah kes ...
Sibuk Sop Pru Musim Covid 19 Najib Hanya Utamakan Kuasa

Sibuk Sop Pru Musim Covid 19 Najib Hanya Utamakan Kuasa

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 336 hits
Desakan bekas Presiden Umno Najib Razak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mewujudkan SOP untuk pilihan raya ke 15 dalam musim Covid 19 yang belum berakhir amat dikesali Bagi Fahmi Fadzil ahli parlimen Lembah Pantai kenyataan Najib itu memba...
Hanya 50 Sen Sebiji Penggantung Plag Ini Buat Kabel Kabel Di Dapur Korang Nampak Kemas

Hanya 50 Sen Sebiji Penggantung Plag Ini Buat Kabel Kabel Di Dapur Korang Nampak Kemas

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 625 hits
Siapa saja yang tidak sakit mata bila rumah tetap bersepah walaupun berkali kali kemas Korang mesti stress kan Tambah tambah lagi kalau tengok wayar berselirat di lantai atau di kabinet dapur Ye silap hari bulan boleh tersadung dek kerana t...
Saya Tak Ada Masalah Dengan Anwar Hanya Saya Tak Nak Dia Jadi Pm Ini Yang Sebenarnya

Saya Tak Ada Masalah Dengan Anwar Hanya Saya Tak Nak Dia Jadi Pm Ini Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 378 hits
Hari ini Mahathir cuba mengalih krisis antara PH dengan PH kepada Anwar Ibrahim Kalau baca tajuk Sinar Harian pula Mungkin Anwar ada masalah dengan saya Tun M Dia pass bola kepada Anwar biar Anwar menjawab Atok daripada awal memang tak nak ...
Protokol Kesehatan Utbk Di Universitas Jember Dibatasi Hanya 20 Peserta Per Sesi

Protokol Kesehatan Utbk Di Universitas Jember Dibatasi Hanya 20 Peserta Per Sesi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 234 hits
Sejumlah persiapan telah dilakukan oleh kampus negeri penyelenggara UTBK untuk menyesuaikan pelaksanaan ujian dengan protokol kesehatan pencegahan Covid 19
Hyunbin Kalah Peminat Pertikai Crash Landing On You Raih Hanya Satu Trofi Di 56th Baeksang Arts Awards

Hyunbin Kalah Peminat Pertikai Crash Landing On You Raih Hanya Satu Trofi Di 56th Baeksang Arts Awards

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 502 hits
Semalam telah berlangsung anugerah berprestij iaitu 56th Baeksang Arts Awards yang hanya diadakan setahun sekali bagi meraikan pelbagai naskhah hebat yang dikeluarkan oleh industri drama filem bahkan pementasan teater di Korea Pada akhir an...
Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

While Most Politicians Are Fighting For Survival Syed Saddiq Is Doing What

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Easy Tonkotsu Ramen Recipe

Layan Roti Canai Di Pagi Minggu

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Pulau Gili Noko


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keria Gula Melaka

Berapa Kos Sebenar Untuk Buat Hibah Amanah Di Malaysia

Warga Indonesia Usaha Tunai Haji Secara Haram Berakhirnya Meninggal Dunia Di Gurun

Ydp Agong Titah Pemimpin Usah Bermain Politik Atas Isu Sensitif Seru Rakyat Bersatu

Hiburan Wanita Ini Mohon Nafkah Bulanan Rm8k Hakim Putuskan Hanya Layak Rm4 Sebulan

Jangan Marah Lagi