Kemunculan Brendan Gan Dalam Sesi Latihan Beri Petanda Positif


Semangat yang harus dicontohi. Ayuh laung sokongan buat Brendan Gan.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Gigih Jalani Pemulihan Kanser, Semangat Brendan Gan Layak Dijadikan Contoh Dalam satu hantaran di laman rasmi pasukan Selangor FC hari ini memaparkan kemunculan kapten pasukan, Brendan Gan kini mengembalikan semula kegembiraan para penyokong yang sudah lama merindui akan aksi pemain tersebut di atas padang.

Sebelum ini, pemain berusia 33 tahun itu terpaksa disisihkan oleh pasukan selepas beliau disahkan menghidap kanser yang menyebabkan beliau perlu menjalani rawatan pemulihan.


Sungguhpun begitu, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh jeneral tengah Harimau Malaya ini untuk terus kembali ke tahap terbaiknya sekaligus membuka peluang untuk beraksi kembali.

Beliau dilihat gigih melakukan rawatan pemulihan yang dikendalikan oleh jurulatih kecergasan pasukan Selangor dalam usaha untuk memastikan pemain ini dapat semula beraksi bersama pasukan.

Namun begitu, apa yang lebih menggembirakan para penyokong adalah dengan melihat kelibat beliau yang turut serta bersama pasukan menjalani sesi latihan terakhir sebelum bersambungnya perlawanan Piala Malaysia yang ditangguhkan untuk memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan.


Brendan dilihat sedang tekun mendengar arahan daripada barisan kejurulatihan pasukan Selangor yang sedang berusaha sebaik mungkin untuk membuat persiapan yang bakal turun menetang Kuching City FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Sabtu.

Pemain kelahiran Australia-Malaysia ini juga kelihatan bersemangat sambil menunjukkan isyarat ‘bagus’ ke arah kamera.

Walaupun status kecergasan beliau masih tid dapat dipastikan, namun hantaran tersebut disertakan dengan tanda pagar yang menunjukkan bahawa beliau masih dalam proses untuk cergas sepenuhnya. ini pastinya memberi petanda positif terutamanya buat persediaan pasukan kebangsaan menghadapi Piala Suzuki AFF Disember ini.


Pemain bola sepak negara yang juga kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan seperti yang diketahui menghidap kanser testis sekaligus menyebabkan beliau berehat panjang dari aksi bola sepak.


Walaupun diuji dengan dugaan yang berat, namun Brendan tetap optimis dan positif bahawa beliau akan terus mewarnai kancah bola sepak Malaysia.


Brendan, 33 merupakan pemain kacukan Australia-Malaysia dan beliau juga menjadi salah seorang tonggak penting bagi Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Baru-baru ini, Brendan Gan dilihat sudah mula menjalani latihan ringan dengan berimej botak.

View this post on Instagram A post shared by Khairulanwar Md Isa (@fi8nst.official)

Video yang dimuat naik di laman instagram oleh jurulatih kecergasan pasukan Selangor FC, Khairulanwar Md Isa ternyata menampakkan kegigihan pemain itu untuk menjalani pemulihan.


Untuk rekod, Brendan Gan sempat bermain 11 perlawanan untuk pasukan Selangor FC musim ini dan menghasilkan 4 bantuan gol. Perlawanan terakhir beliau adalah pada 15 Jun yang lepas ketika Harimau Malaya menewaskan Thailand 1-0 dalam Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.

Brendan Gan adalah individu yang pernah bertarung dengan masalah kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebanyak dua kali dalam kariernya.

Kecederaan ACL pertamanya ialah pada 2015 ketika mewakili Kelantan dan kecederaan ACL kedua yang ditanggung Brendan adalah ketika menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia pada tahun 2016.

Lebih memeritkan lagi, segala tanggungan proses pemulihan beliau ketika itu menggunakan duit poket sendiri.


Jatuh dan terus jatuh itu adalah putus asa tetapi tidak bagi Brendan Gan, beliau jatuh dan mahu terus bangkit sesegera mungkin.

Semangat juang tinggi yang dimiliki Brendan Gan layak dicontohi oleh kita semua agar tidak mudah berputus asa walaupun berdepan dengan dugaan yang berat.

SOURCE: Makan Bola

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/10/kemunculan-brendan-gan-dalam-sesi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kim Jongkook Beri Sesi Latihan Fizikal Buat Somi Di Gym Jong Kook

Kim Jongkook Beri Sesi Latihan Fizikal Buat Somi Di Gym Jong Kook

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 259 hits
Salah seorang ahli Running Man iaitu Kim Jong kook telah memberi Jeon So mi sesi latihan fizikal di saluran YouTubenya Episod yang ditayangkan pada 28 Oktober di saluran YouTube Gym Jong Kook Jong kook telah menuju ke The Black Label untuk ...
Majlis Sosial Punca 49 Individu Positif Covid 19

Majlis Sosial Punca 49 Individu Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 210 hits
PUTRAJAYA Seramai 49 daripada 58 individu yang disaring dalam kluster Kimolohing disahkan positif Covid 19 Menerusi data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia kluster tersebut tercetus daripada penganjuran majlis sosial yang diada...
6 Afirmasi Positif Untuk Suami Istri Yang Sedang Hilang Arah Wajib Coba

6 Afirmasi Positif Untuk Suami Istri Yang Sedang Hilang Arah Wajib Coba

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 265 hits
Afirmasi positif ini berlaku untuk suami istri yang sedang berada di titik terendah dalam hidup Bisa dicoba
Hiburan Vaksin Mungkin Sebab Saya Tak Alami Gejala Teruk Zaquan Adha Positif Covid 19

Hiburan Vaksin Mungkin Sebab Saya Tak Alami Gejala Teruk Zaquan Adha Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 282 hits
Pemain bola sepak Malaysia Zaquan Adha mengakui tidak mengalami gejala teruk selepas disahkan positif Covid 19 Menerusi live di Instagram miliknya Zaquan turut menasihati orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin ARTIKEL BERKAITAN Advert...
Perempuan Ini Sembuh Setelah 335 Hari Positif Covid 19

Perempuan Ini Sembuh Setelah 335 Hari Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 243 hits
Total 334 hari ia didiagnosis dengan Covid 19 hingga dijuluki seseorang dengan infeksi Covid 19 terlama di dunia
Yuk Jadilah Generasi Muda Yang Menginspirasi Lewat Konten Konten Positif

Yuk Jadilah Generasi Muda Yang Menginspirasi Lewat Konten Konten Positif

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 321 hits
Yuk bagikan konten positif yang menginspirasi lewat berbagai platform dan menangkan hadiahnya
Tidak Alami Gej4la Tervk Walaupun Positif C0vldl9 Zaquan Adha Nasihatkan Orang Ramai Ambil V4ks1n

Tidak Alami Gej4la Tervk Walaupun Positif C0vldl9 Zaquan Adha Nasihatkan Orang Ramai Ambil V4ks1n

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 258 hits
Kapten Negeri Sembilan FC Zaquan Adha Abdul Radzak mengakui tidak mengalami gej4la tervk selepas disahkan positif C0vldl9 tiga hari lalu Zaquan menerusi Instagram live malam tadi turut menasihati orang ramai supaya mengambil svntik4n v4ks1n...
Hiburan Jangan Percaya Ujian Saliva Atau Antigen Pada Awalnya Negatif Rupa Rupanya Positif Shahrulezad

Hiburan Jangan Percaya Ujian Saliva Atau Antigen Pada Awalnya Negatif Rupa Rupanya Positif Shahrulezad

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 281 hits
Pada mulanya rasa tidak sedap badan pada hari Isnin pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin berasa lega apabila ujian calitan kali kedua menunjukkkan dirinya positif COVID 19 ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut pengarah drama popula...
Kerjasama Pas Pn Beri Imej Positif Kepada Parti Politik Melayu Islam Nirwandy

Kerjasama Pas Pn Beri Imej Positif Kepada Parti Politik Melayu Islam Nirwandy

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 256 hits
satuberita myBy November 2 2021 KEPUTUSAN penggunaan lambang Perikatan Nasional oleh PAS tentunya akan menampakkan bentuk kerjasama yang lebih padu dalam kalangan parti pada Pilihan Raya Negeri Melaka sekali gus menarik pengundi Penganalisi...
Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Euro Dibawah Tekanan

Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

One Way To Get To Know The Locals In Britain Stay In A Pub

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kids Diy Pizza Pulai Spring Resort

Time For A Harmony Committee To Deal With Racial Religious Issues

Zakir Had Perlis Mufti S Permission To Give Ceramah

Malaysia Health Ministry Orders Supplier To Replace Substandard Fabric Likened To Shrouds For Nurse Uniforms

Loji Solar Danau Tok Uban

Kari Ikan Sedap Kebabom