Kemuncak Ujian Hidup Pada Usia Berapa
Usia 30 tahun hingga usia 39 tahun adalah waktu kemuncak ujian hidup
Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri
Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family
Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:- Kereta mula meragam- Rumah mula nak bocor sana sini- Yuran sekolah anak makin naik- Mula banyak orang benci kita- Hubungan dengan mertua- Isteri mula merungut tak cukup makan- Suami stress gaji kena potong- Rumahtangga mula goyang- Badan mula sakit sana sakit sini- Badan dah tak fit- Bawa kereta cepat mengantuk- Hutang keliling pinggang- Ah Long mula kejar- Hubungan adik-beradik mula renggang
Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya
Kemuncak ujian hidup pada usia berapa?
Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun
Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”
Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik
Pandanglah ujian itu sebagai rahmat dan kasih sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita syurga
Bertenanglah wahai jiwa yang diuji
Kredit : Hassan Adli
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2023/01/kemuncak-ujian-hidup-pada-usia-berapa.html