Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes Usa


Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA | Assalamualaikum semua.. Selama ni sis makan kentang sebab sedap tapi tak tahu pula yang kentang boleh membantu para atlet untuk diet seharian mereka. Tapi lepas event bersama Potatoes USA baru la sis tau tentang kelebihan kentang A.S (Potatoes USA) ni. Kebetulan pula memang sis selalu beli kentang A.S. Asalnya sebab sis suka rasanya yang lebih enak dan gebu tapi korang tahu tak yang kentang ni walaupun bersaiz kecil tapi membekalkan khasiat pemakanan yang besar. Ya, benar wakk.


Bertempat di Menara KL (KL Tower) baru-baru ini, Potatoes USA telah mengadakan majlis pelancaran "Real Food, Real Performance 2019" dan juga telah mendidik orang ramai tentang pemakanan bagi prestasi tinggi untuk gaya hidup yang bertenaga. Ha, masa ni la kami semua diberitahu yang kentang membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C. Lagi satu kentang membekalkan tenaga lebih tinggi berbanding sayur-sayuran lain dan juga kandungan kalium berbanding pisang


Fakta penting kebaikan kentang :

620 miligram kalium - dengan kandungan lebih banyak kalium daripada pisang saiz sederhana, kentang amat sesuai untuk membantu otot, jantung dan sistem saraf berfungsi dalam acara jarak jauh jangka panjang
26 gram karbohidrat - kentang ialah karbohidrat berkualiti yang padat dengan nutrien penting untuk prestasi fizikal dan mental optimumdan menjadi sumber khasiat utama bagi otak dan sumber tenaga utama bagi otot. Oleh kerana simpanan karbohidrat badan terhad dan mungkin menyusut walaupun dengan hanya satu sesi senaman yang berat dan berpanjangan, kita harus menggantikannya semula

110 kalori untuk tenaga - Mudah dihadam dan lebih padat dari segi tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan pelari maraton


Potatoes USA kini bekerjasama dengan beberapa orang atlet terkenal di Amerika Syarikat dan juga negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan juga Malaysia. Semasa di KL Tower tempoh hari 3 orang atlet telah dijemput untuk berkongsi mengenai kepentingan pemakanan semulajadi penting untuk prestasi tinggi terutama untuk golongan yang aktif bersukan. Atlet tersebut adalah :
🏃 Pelari Menara No 2 Dunia & No 1 Asia - Soh Wai Ching🏃 Pelari Veteran No 1 Malaysia - Jeffrey Ross🏃 Juara Ultra-Marathon - Tahira Najmunisaa

Ketiga-tiga atlet ini perlu beradu tenaga untuk berlari dan memanjat ke puncak Menara Kuala Lumpur yang mempunyai 2,058 anak tangga. Mereka juga perlu berusaha untuk memperbaiki masa terbaik masing-masing. So, sebelum acara bermula ketiga-tiga pelari tersebut mengambil U.S Potato Flex Energy Bar (Snek Penambah Tenaga Kentang A.S) sebagai pembekal tenaga. Kami pula diminta untuk meneka berapa lama masa yang diambil untuk peserta sampai ke atas. So, korang agak berapa?? Jujur sis cakap sis tak tahu langsung rekod mereka sebelum ni berapa jadi sis main teka je 40 minit. Sekali nahhhh, rupanya jawapan sis memang kelaut. Mereka hanya ambil masa 8-10 minit sahaja untuk sampai ke atas. Perghhh, dahsyat tuuu.. hebat..


Selepas larian, mereka diberi minuman Smoothies Kentang A.S. bagi menggantikan simpanan glikogen yang telah hilang masa berlari. Setelah itu baru lah mereka berkongsi mengenai amalan latihan dan juga pemakanan masing-masing bagi mengekalkan prestasi mereka. Rata-rata mereka memilih kentang A.S sebagai salah satu bahan dalam pemakanan kerana kentang memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk membekalkan tenaga yang tinggi bagi seorang atlet


Bila dengar perkongsian mereka terus sis rasa nak makan kentang hari-hari tapi terfikir gak menu apa yang best. Lagipun takkan nak masak kari atau sup hari-hari kan. Jadi bagi mempelbagaikan menu berasaskan kentang, Pakar Diet Sukan / Pakar Pemakanan yang juga peminat lumba lari Ms Adele Wong dan juga Chef Janice Lee telah berkongsi beberapa resepi yang sesuai untuk para atlet. Nah, sis kongsikan resepinya :


Resepi Frittata Kentang A.S Penuh Bertenaga Dengan Bayam
Bahan-bahan :6 biji telur50 gm keju parmesan1 biji bawang besar (potong dadu)65 gm bayam halus 1/2 biji lada benggala merah (potong dadu)350 gm kentang russet segar A.S45 gm susu30 gm mentega1 sudu besar minyak zaitun5 gm garam3 gm lada hitam
Cara masak :

1. Kupas dan potong kentang russet segar A.S jadi dadu kecil. Rebus dalam air mendidih selama 10-15 minit bergantung kepada saiznya2. Panaskan mentega dalam kuali tidak lekat dan tumis bawang besar, bayam, lada benggala merah, kentang rebus dan tambah secubit garam dan lada hitam sebagai perasa. masak di atas api sederhana dan ketepikan
3. Campur telur, keju parmesan, susu dan perasa dalam mangkuk besar. Kacau hingga rata
4. Masukkan sayuran tumis goreng ke dalam mangkuk besar. kacau hingga rata
5. Tuang campuran ke dalam kuali berukuran 10 inchi yang disapu minyak dan masak di atas api sederhana. Kacau perlahan-lahan dengan garfu hingga hampir membeku. Tutp selama 3-4 minit di atas api sederhana untuk membolehkan telur betul-betul masak. 6. Angkat dan hidangkan


Resepi Krepe Kentang A.S Matahari Terbit
Bahan-bahan :
200 gm kentang russet segar A.S30 gm krim putar15 gm mentega56 gm tepung serba guna2 batang taim
Inti :
Krim masamKucai
Perasa :
4 gm garam3 gm lada hitam1 cubit gula
Cara masak :
1. Kupas dan potong kentang russets segar A.S jadi dadu kecil. Rebus dalam air mendidih selama 10-15 minit bergantung kepada saiz2. Panaskan krim, mentega, kucai dan bahan perasa dalam kuali leper hingga mentega cair
3. Lenyek kentang dalam pemproses makanan ataupun garfu. 4. Campur kentang lenyek dengan mentega cair secara perlahan-lahan untuk membentuk doh5. Letak doh dalam peti sejuk untuk selama kira-kira 30 minit6. Sebaik sahaja sejuk, gaul tepung dengan doh dan uli perlahan-lahan. Biarkan rehat selama kira-kira 10 minit7. Bahagi doh ke dalam 3 bahagian. Tabur sedikit tepung di atas kepingan kertas minyak dan gelek doh menjadi bulatan nipis dengan menggunakan penggelek/pencanai8. Panaskan kuali leper dan letakkan doh yang digelek terus diatanya. Masak kedua-dua permukaan hingga perang sedikit9. hidangkan dengan krim masam dan kucai cincang

Ha, senang kan resepi ni. Boleh la buat nanti. Tapi pastikan ye kentang yang digunakan adalah kentang A.S kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman nya yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan yang terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S antara kentang yang terbaik di dunia


Dari segi kos pula kentang A.S boleh membekalkan nutrien penting pada harga yang berbaloi. Satu hidangan kentang (5.3 auns) berharga RM1.50 sahaja. Bayangkan kentang yang mempunyai kandungan kalium, serat,protien, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap wang yang digunakan mengatasi sayuran lain. So, jom la beli kentang A.S.

Info lanjut boleh rujuk :https://www.potatoesusa.com/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/11/makanan-sebenar-prestasi-sebenar-potatoes-usa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potatoes Usa Lancar Kempen Makanan Pelari Juara Tawan Menara Kl Daripada Kentang

Potatoes Usa Lancar Kempen Makanan Pelari Juara Tawan Menara Kl Daripada Kentang

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 226 hits
Semua sedia maklum bahawa kentang yang bersaiz kecil itu dapat membekalkan khasiat yang sangat besar Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan kentang ini sangat bagus untuk seseorang athlet Kentang juga membekalkan karbohidrat ko...
Pelancaran Kempen Real Food Real Performance 2019 Anjuran Potatoes Usa

Pelancaran Kempen Real Food Real Performance 2019 Anjuran Potatoes Usa

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 395 hits
Hi Korang Siapa yang tak suka akan kentang kan even kak lily kalau makan kentang rebus pun dah bahagia dah sebab sedap kot dan cepat kenyang No wonderlah orang kalau nak berdiet masukkan kentang dalam menu list diorang ni Kentang membekalka...
Potatoes Usa Makanan Sihat Yang Bagus Untuk Diet Atlet Juara

Potatoes Usa Makanan Sihat Yang Bagus Untuk Diet Atlet Juara

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 339 hits
Kempen Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019 Bersama Potatoes USA Berlokasi di Menara KL baru baru ini U S Potatoes telah mengadakan satu majlis pelancaran Real Food Real Performance 2019 dan juga telah mendidik orang ramai tentang pemakana...
Fam Kerjasama Dengan Efa Lancar Kempen Respect Untuk Musim 2019 20

Fam Kerjasama Dengan Efa Lancar Kempen Respect Untuk Musim 2019 20

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 239 hits
Persatuan Bola Sepak Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris yang akan menyaksikan badan pentadbir bola sepak Malaysia melancarkan dua kempen Respect untuk musim 2019 20 Kerjasama baharu ini telah menyaksikan EFA...
Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019

Skop Tugas Pembantu Operasi N11 Yang Sebenar 2019

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 2839 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dah lama saya tak update pasal skop tugas ni kan Tak sempat nak karang buat ayat elok elok beberapa bulan ni Busy sikit dengan projek sekarang dh habis projek boleh la fokus kejap pada blog dan travel ber...
5462 Aktiviti Program Demonstrasi Makanan Sihat Oleh Saudara Muhammad Shuaib Al Madyan Huee Ppim 06 11 2019

5462 Aktiviti Program Demonstrasi Makanan Sihat Oleh Saudara Muhammad Shuaib Al Madyan Huee Ppim 06 11 2019

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 418 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi menghadiri program Demonstrasi Makanan Sihat yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Shuaib Al Madyan Huee di Brainy Bunch Cyberjaya Program disertai oleh pelajar pelajar sekolah Brainy Bunch Internation...
Kreativiti Kanak Kanak Menyediakan Makanan Di Ayam Brand Suku Suku Separuh Healthy Festival 2019

Kreativiti Kanak Kanak Menyediakan Makanan Di Ayam Brand Suku Suku Separuh Healthy Festival 2019

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 527 hits
Khamis lepas 14hb November 2019 ana berkesempatan menghadiri satu program CSR Ayam Brand Memandangkan sebelum ini ana banyak terlibat dengan pelbagai kolaborasi dengan Ayam Brand dan ini merupakan tahun kedua ana bersama Ayam Brand dalam pr...
Prestasi Menteri Sri Mulyani Hingga Diganjar Penghargaan Statepersons Awards 2019

Prestasi Menteri Sri Mulyani Hingga Diganjar Penghargaan Statepersons Awards 2019

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 199 hits
Penghargaan ini merupakan penghargaan global yang diterima Menteri Sri Mulyani karena menghadirkan berbagai instrumen kebijakan untuk memperkuat perekonomian di Indonesia Selain itu dia juga dianggap mampu melewati krisis ekonomi di Asia Te...
World Zakat Forum International Conference 2019

World Zakat Forum International Conference 2019

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 259 hits
PPZ MAIWP sekali lagi diundang ke World Zakat Forum International Conference 2019 yang diadakan di Bandung Indonesia pada 5 hingga 7 November 2019 World Zakat Forum kali ke 8 ini dirasmikan oleh Wakil Presiden KH Ma ruf Amin Menteri Agama F...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025