Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita menarik dengan korang tentang Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (PPZ-MAIWP). InsyaAllah dua hari lagi kita bakal sambut bulan Ramadhan dah kan, sebab tu PPZ-MAIWP dengan tema dan kempen Ibadah Zakat Pelangkap Ramadhan nie nak berkongsi tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan sepanjang bulan Ramadhan 2019 di samping keistimewaan dan kelebihan bayaran zakat di PPZ-MAIWP.
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap RamadhanSidang media Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan nie disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff. Selain dari tu di sidang media yang sama PPZ-MAIWP juga berkongsi tentang penjenamaan semula Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) kepada nama baru dan logo baru skim tersebut.
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Dengan moto PPZ-MAIWP iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" pelbagai saluran pembayaran zakat dah disediakan untuk tujuan memudahkan pembayar melalui penyediakan 10 kaunter PPZ-MAIWP sebanyak tujuh di Kuala Lumpur, dua di Putrajaya dan satu di Labuan. Beroperasi setiap hari bermula 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Pembayaran pula boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam.
Selain tu, perkhidmatan yang ditawarkan di PPZ-MAIWP ialah menaksir atau mengira zakat, membayar semua jenis zakat termasuk fitrah, memdapatkan salinan resit zakat, menyemak rekod bayaran zakat terdahulu dan mendapatkan borang kebenaran potongan gaji. Jadi korang tak payah risau bab nie semua tau. Semua ditanggung beres.
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Tentang bayaran pula, korang boleh buat bayaran melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my bila-bila masa dan dimana sahaja, 24 jam tau. Korang juga boleh bayar semua jenis zakat termasuk zakat harta dan firah. Korang juga boleh dapat resit terus dan buat semakan rekod bayaran zakat yang terdahulu. Haa.. senang kan semua dihujung jari aja sekarang nie.
Selain dari tu, korang juga boleh buat pembayaran melalui Kaunter Zakat Bergerak (KZB) PPZ-MAIWP yang ada ditempatkan di beberapa lokasi Wilayah Perseketuan dan setakat nie ada empat buah dah. Kemudahan yang disediakan sama seperti bayaran di kaunter PPZ-MAIWP juga. Korang juga boleh hubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP untuk ketahui lokasi KZB berada. Boleh juga buat tempahan untuk KZB ke premis atau syarikat korang tapi bergantung pada jadual lah kan dan korang boleh hubungi di nombor 1 300 88 5757
Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan
Keistimewaan dan Kelebihan Bayar di PPZ-MAIWP1. Cenderahati Khas Sempena Ramadhan
Bayar di kaunter PPZ-MAIWP
• Sampul raya - edaran bermula 1 Ramadhan
• Kit Ramadhan dan Syawal, terbitan Ekslusif PPZ-MAIWP berkongsi tentang persediaan Ramadhan. Amalan semasa berpuasa dan juga persediaan menyambut Syawal - edaran bermula 1 Ramadhan
• Produk Asnaf - serunding - bermula minggu tiga Ramadhan
*Selagi stok masih ada
Bayar menerusi portal PPZ-MAIWP
• Cenderahati khas untuk 1000 orang yang mengulangi bayaran mereka pada tahun ini. (mereka yang dah bayar di portal pada tahun sebelumnya)
Bayar menerusi Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP (KZB)
• Cenderahati khas dan sampul raya disediakan (bermula 1 Ramadhan) selagi stok masih ada
2. Perlindungan Menerusi Skim Kafalah Muzaki (Skim Khairat Kematian
• Setiap pembayar yang membayar zakat akan dilindungi dengan skim ini. PPZ-MAIWP akan menyumbang RM3000 kepada waris pembayar sekiranya pembayar zakat tersebut meninggal dunia
• Jumlah bayaran zakat minimum adalah RM50 setahun
• Setakat ini seramai 7 waris telah membuat permohonan dengan 2 waris telah diberi sumbangan. Baki 5 lagi sedang dalam proses. InsyaAllah akan diserahkan dalam masa terdekat
3. Slot Santai @ Ramadhan -Live di FB PPZ MAIWP
• Siaran langsung selama 30 minit setiap Jumaat
• Bicarakan persoalan zakat seperti kutipan dan agihan zakat juga pengisian kerohanian bersama ustaz-ustaz jemputan temtang Ramadhan dan Syawal
• Hanya perlu like FB PPZ-MAIWP untuk menontom slot tersebut.
Haa.. jelas dah kan tentang Kempen Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan nie ya. Untuk info sasaran dan kutipan Ramadhan PPZ-MAIWP tahun nie adalah sebanyak RM110 juta dan bilangan pembayar pula seramai 126,200 berbanding tahun lepas.
Pesan dari Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff jangan lepaskan peluang untuk merebut keberkatan Ramadhan dengan menunaikan zakat. Jangan bertangguh dan guna semua kemudahan yang dah disediakan. Macam-macam cara pembayaran zakat dah ada sekarang nie, nak bayar online boleh nak ke kaunter bergerak pun boleh. Selamat berzakat dan menyambut puasa korang. 'Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan'.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2019/05/kempen-ibadah-zakat-pelengkap-ramadhan.html