Kempen Derma Darah Anjuran Renora Clinic Di Aeon Maluri
hai assalammualaikum
Kempen Derma Darah Anjuran Renora Clinic Di Aeon Maluri - Tahukah anda yang 1 beg darah yang kita derma boleh selamatkan 3 nyawa? Jika korang berkelayakan untuk menderma silalah derma ya sebab bank darah kita semakin lama semakin menipis bekalan darah. Sabtu lepas, Renora Clinic bekerjasama dengan Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah di Aeon Maluri.
Alhamdulillah, nad tengok ramai yang hadir menderma darah pada hari itu. Renora Clinic terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. Nad teringin juga nak derma darah, berat pun dah ok, tapi apakan daya, nad ada masalah lain yang membuatkan nad tak boleh menderma darah. Takpe, mungkin lain kali kita boleh
Kalau korang nak tau, Renorac Clinic ni ialah Klinik Aesthetic yang dapat merawat masalah kulit korang merangkumi seluruh badan dari atas kepala sampai hujung kaki. Renorac Clinic merupakan klinik aesthetic yang bertauliah semestinya telah diluluskan oleh KKM
Nad pernah buat rawatan di Renora Clinic ni
Boleh baca : Buat rawatan muka 4 in 1 whitening laser di Renora Clinic
Kempen Derma Darah Anjuran Renora Clinic Di Aeon Maluri
Renora Clinic menganjurkan Kempen Derma Darah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, dan menyokong pihak Pusat Darah Negara dalam membantu pesakit yang memerlukan
Nak menderma darah ni ada kriteria dia tau, antara kretiria untuk menderma darah adalah- Berumur 17 tahun sehingga 70 tahun- Sihat tubuh badan- Berat badan 45kg ke atas- Tidak mengambil ubat-ubatan - Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan yang lepas- Penderma wanita tidak mengandung, tidak menyusukan anak, tidak period
Nad tak boleh menderma darah sebab nad datang bulan..hehehe. Kalau tak mesti boleh dan itu mesti jadi pengalaman pertama nad menderma darah
Seronok tengok orang yang datang menderma darah. Alhamdulillah, mereka sama-sama, membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan
Ni la suasana kempen derma darah yang berlangsung di Aeon Maluri tingkat 3
Sebelum derma darah, memangla ada langkah-langkah dia, bukan datang terus derma darah ye. pertama sekali mestilah daftar dahulu
Kemudian timbang berat badan korang. Hah, ni nad timbang berat badan nad, nak tau berat ok ke tak untuk derma darah. Berat 48kg, memang sesuai dah untuk menderma darah.
Lepas tu, buat ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah dan akhir sekali pemeriksaan dengan pegawai perubatan. Kalau korang boleh menderma, boleh terus ke kerusi yang disediakan dan ikut arahan yang diberi
Apa yang nad tau, lepas derma darah, penderma perlu berehat seketika dalam 10 hingga 15 minit. Lepas tu makan makanan yang disediakan. Takut ada yang pitam nanti
Menderma darah adalah satu amalan yang mulia, ia dapat membantu mereka yang memerlukan dan menyelamatkan nyawa seseorang. Korang yang menderma memang terbaik dan merupakan hero negara. Kalau dulu, takut dengan jarumnya yang besar, tapi sejak berkawan dengan kawan yang suka derma darah, hati nad rasa nak juga menderma. Insyallah, suatu hari nanti nad akan jadi penderma.
Skin Analysis Secara Percuma
Pada hari itu juga, sebagai tambahan kepada Kempen Derma Darah, Renora Clinic menawarkan Skin Analysis secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang ada datang ke Aeon Maluri. Bukan setakat skin analysis tapi dapat consultant daripada doktor pakar Renora Clinic.
Selain menyedarkan korang tentang derma darah, Renora Clinic juga ingin menyedarkan tentang penjagaan kulit muka kita. Doktor pakar kulit Renora sendiri akan memberikan cadangan rawatan terbaik untuk kulit kita. Hah, rugi tau siapa tak datang haritu. Percuma sahaja skin analysis ni
Macam nad, tak dapat derma darah, tapi nad buat skin analysis. Tak semestinya yang derma darah baru buat skin analysis, yang tak derma darah pun boleh buat skin analysis tu. Tak lepaskan peluang, nad pun buatla. Dapatla nad tau masalah kulit nad dan rawatan yang sesuai untuk pulihkan skin ni
Dapat jumpa Dr Ruhil, doktor yang merawat kulit nad masa nad datang ke klinik mereka
Balik tu, dapatla goodies daripada Renora Clinic sebagai tanda penghargaan kita menyokong apa yang mereka buat. Terima kasih Renora Clinic
Untuk tau lebih lanjut, boleh layari
Renora Clinic Bandar Sri PermaisuriAlamat: Lot R-UG-17, Kompleks Permaisuri Q, No 6, Jalan Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala LumpurWaktu operasi : Isnin - Ahad ( Selasa tutup ) 9 pagi -7 petang Website : https://www.renoraclinic.com/Facebook : https://www.facebook.com/renoraclinicInstagram : https://www.instagram.com/renora_clinicLinktree : https://linktr.ee/renoraContact : 0116 098 8315
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2023/05/kempen-derma-darah-anjuran-renora-clinic.html