Kempen Calon Lawan Banyak Guna Dana Di Mana Akta Kesalahan Pilihanraya




 
Penggunaan dana yang berleluasa oleh calon lawan terutamanya saingan Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu menjadi salah satu punca sokongan beralih kepada pembangkang di beberapa negeri.
Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, pengiklanan di media sosial oleh parti lawan misalnya boleh dipertikaikan perbelanjaannya dan mungkin melebihi had yang dibenarkan untuk sesebuah DUN, iaitu sekitar RM100,000.
Katanya, calon BN mengikut peraturan dalam hal had perbelanjaan kempen namun pihak PN didakwa berbelanja lebih besar.
“Saya nak tekan Akta Kesalahan Pilihanraya. Kemungkin kekalahan yang memeranjatkan ini terjadi lebih kepada elemen platform digital advertising. Kita tahu Akta SPR Seksyen 19, Ahli Parlimen hanya boleh belanja RM200,000, ADUN RM100,000. Dia kena senaraikan dalam borang selepas pilihanraya.
“Seksyen 30, kalau langgar syarat itu kemenangan boleh dinafikan.
“Tetapi hari ini kalau lihat apa yang berlaku, satu masa dalam PRU dulu, dan sekarang PRN berlaku lagi, di mana perkembangan digital yang menawarkan parti politik (mengiklan) pada kos begitu besar,” katanya dalam forum atas talian bertajuk “Analisa PRN 2023: Di Mana Silapnya?”, malam tadi.
Azalina mengakui UMNO masih belum biasa dengan penggunaan teknologi digital sepenuhnya untuk berkempen dalam pilihanraya, lebih lebih lagi sebagaimana dilakukan oleh PN yang katanya, seolah olah berkempen untuk menjual produk perniagaan yang mengutamakan keuntungan semata mata.
Menteri Undang undang itu turut membentangkan kos yang terpaksa dibayar untuk membuat iklan di media sosial bagi membandingkan dengan had perbelanjaan yang dibenarkan.
“Kadang kita buka Youtube, ada iklan yang kita boleh skip dan yang tidak boleh. Sekali 15 saat iklan itu kosnya RM46,000. Katakan satu hari 10 kali dimainkan. Katakan untuk 14 hari, kita darabkan.
“Kemudian iklan yang boleh skip kalau target 1 juta orang, RM100,000 untuk 5 saat. Kalau main satu hari 10 kali, jadi maknanya Seksyen 19 ini, had RM200,000 untuk Ahli Parlimen tak terpakai lagi.
“Iklan TikTok kalau pergi ke 10 juta penerima, RM30,000 untuk 7 hari. Saya nak tanya adakah itu fair play dalam makna pilihanraya? Kita gunakan platform pilihanraya seperti platform perniagaan.
“Sebenanrya kita tawarkan calon itu untuk berkhidmat 5 tahun, bukan nak branding menjual sesuatu brand,” katanya sinis.
Mengenai kritikan yang mengatakan UMNO lemah kerana menang terlalu sedikit kerusi di Pulau Pinang dan Selangor serta tiada kerusi di Kedah dan Terengganu, Azalina berkata, Kerajaan Perpaduan yang disertai UMNO masih baharu dan gabungan politik itu masih perlu menyesuaikan diri di peringkat akar umbi dan jentera.
Keadaan akan menjadi lebih baik, katanya, dalam tahun tahun akan datang.
“(Yang penting) status quo (mendapat kembali 3 negeri) bagi saya sesuatu yang penting. Kalau kita melihat ia sebagai definisi kekalahan mungkin itu satu pentafsiran yang sempit.
“Kemudian (kita tengok) ada yang membuat data dari 108 DUN BN bertanding, Undi BN dalam 50 DUN meningkat. Dalam 137 kerusi PH bertanding undi PH di 94 DUN meningkat,” katanya.
Tegas Azalina, UMNO perlu tekankan kejayaan bersama dan selepas ini boleh bersama mentadbir 3 negeri yang mana sebelum ini mereka tidak terlibat dengan Kerajaan Negeri. Cara itu, katanya, kekuatan UMNO boleh dibina kembali pada masa hadapan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/kempen-calon-lawan-banyak-guna-dana-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Bantu Kempen Calon Pn Jeram

Kj Bantu Kempen Calon Pn Jeram

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 133 hits
Khairy Jamaluddin berkempen untuk calon Perikatan Nasional DUN Jeram Harisson Hassan di Puncak Alam dalam satu video tular PETALING JAYA Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hadir berkempen untuk calon Perikatan Nasional DUN Jeram Hari...
Ulasan Madani Anwar Lawan Islam Versi Hadi Yang Mana Akan Menang

Ulasan Madani Anwar Lawan Islam Versi Hadi Yang Mana Akan Menang

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comULASAN Ketika para pengundi dari beberapa negeri pulang mengundi isu ekonomi terkini dan isu mata pencarian bermain di minda mereka Namun yang akan menentukan pilihan undi para pengundi adalah kaum dan agama Dua pilihan inil...
Kartel Dadah Guna Kenderaan Perang Lawan Polis Upah Bekas Tentera Elit

Kartel Dadah Guna Kenderaan Perang Lawan Polis Upah Bekas Tentera Elit

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 287 hits
Kartel dadah guna kenderaan perang lawan Polis upah bekas tentera elit Kartel kartel dadah di Mexico menggunakan trak raksasa dilengkapi perisai dan senjata seperti meriam mesingan dalam salah satu taktik mereka untuk melawan kumpulan seter...
Mudahnya Hanya Guna 2 Bahan Buat Sendiri Jer Air Freshner Baju Wangi Almari Pun Tak Berkulat

Mudahnya Hanya Guna 2 Bahan Buat Sendiri Jer Air Freshner Baju Wangi Almari Pun Tak Berkulat

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 241 hits
Mudahnya Hanya guna 2 bahan buat sendiri jer air freshner baju wangi almari pun tak berkulatBIASANYA almari pakaian mengalami masalah timbul kulat pada bahagian dinding serta barangan di dalamnya Jika pakaian terperuk terlalu lama masalah t...
Bantu Anak Buat 14 Bucu Bintang Bendera Malaysia Cara Pantas Mudah Guna Salotape Je

Bantu Anak Buat 14 Bucu Bintang Bendera Malaysia Cara Pantas Mudah Guna Salotape Je

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 329 hits
Masuk sahaja bulan Merdeka ramai mak mak mula tercari cari pelbagai idea kreatif Bukan sahaja untuk mempersiapkan anak dengan tema Merdeka bahkan tak kurang juga hasil kreatif mewarna tema merdeka Macam mana nak melukis 14 bucu bintang pada...
Apa Beza Guna Sebelum Baik Sebelum Pada Label Makanan Atau Minuman

Apa Beza Guna Sebelum Baik Sebelum Pada Label Makanan Atau Minuman

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 206 hits
Perasan tak kalau korang beli barangan makanan atau minuman di bahagian belakang bawah atau atas sesuatu produk mesti akan tertera label GUNA SEBELUM USE BY atau BAIK SEBELUM BEST BY Dan selalunya orang ramai hanya akan melihat kepada tarik...
Baju Putih Anak Terkena Warna Confirm Putih Bersih Rendam Guna Bahan Ni

Baju Putih Anak Terkena Warna Confirm Putih Bersih Rendam Guna Bahan Ni

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 253 hits
Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh rasa kecewanya bukan main lagi Terus rasa down Tak gitu mama Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna...
Cadang Guna Tema Dan Logo Berbeza Khianati Prinsip Federalisme

Cadang Guna Tema Dan Logo Berbeza Khianati Prinsip Federalisme

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 182 hits
Mujibu Abd Muis menyeru kemungkinan guna tema dan logo berbeza di Perlis Kedah Kelantan dan Terengganu dipertimbang kerana mampu renggang hubungan kerajaan pusat KUALA LUMPUR Cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari meng...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever