Bantu Anak Buat 14 Bucu Bintang Bendera Malaysia Cara Pantas Mudah Guna Salotape Je
Masuk sahaja bulan Merdeka, ramai mak-mak mula tercari-cari pelbagai idea kreatif. Bukan sahaja untuk mempersiapkan anak dengan tema Merdeka bahkan tak kurang juga hasil kreatif mewarna tema merdeka.
Macam mana nak melukis 14 bucu bintang pada bendera Malaysia dengan cara paling pantas? Jangan bimbang! Ada cara mudah tau nak dapatkan bintang 14 bucu yang sama saiz dan bentuknya cantik seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @herbbymall.
“Zaman sekolah dulu, korang lukis bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahi bintang?,” tulis muat naik perkongsian tersebut.
Barang-barang yang diperlukan untuk melukis bintang tersebut sangatlah mudah. Antara barang utama yang digunakan adalah selotaip sebagai pengukur utama selain pensel, pembaris dan pemadam.
Lukis bulatan besar sebagai tanda panduan untuk diameter luar bintang yang akan dilukis nanti.
Kemudian lukis bulatan kecil menggunakan sellotape kecil atau penutup botol yang disediakan sebelum melukis tadi. Hasil lukisan dua bentuk bulatan tadi akan menghasilkan bentuk seperti donut.
Langkah seterusnya, buat garisan lurus di tengah-tengah bulatan serta tandakan X di tengah-tengah bulatan.
Kini anda boleh garis buat segi tiga bucu bintang di bulatan tengah yang kecil tadi sebagai penanda awal.
Selepas sudah dapat dua bucu, tambahkan enam lagi bucu di setiap sisi bulatan yang masih kosong. Enam bucu sebelah kiri dan enam bucu di sebelah kanan.
Pastikan setiap kali tanda bucu garisan, anda ikut titik pusat di tengah- tengah bulatan tersebut. Proses itu dibuat supaya bila sedang lukis, anda akan dapat bucu yang seimbang kiri dan kanan.
Selepas dapat titik yang ditanda sebagai bucu, anda boleh mula buat garisan segi tiga untuk setiap bucu. Cantumkan garisan di setiap bucu sehingga dapat bilangan 14 bucu seperti pada bendera Malaysia.
Apabila bintang sudah siap, kini anda boleh padam tanda-tanda yang dibuat bagi memudahkan proses melukis bintang tersebut.
Untuk buat bulan pula, anda juga boleh menggunakan sellotape besar tadi. Hanya perlu lukis separuh daripada sellotape besar tadi, ikuti langkah berkenaan sebanyak dua kali.
Bintang dan bulan sabit anda sudah siap.
@herbbymall Zaman Sekolah dulu,korang lukis Bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahiii bintang? sebenarnya mudah je, kalau nak guna jangka lukis pun lagi mudah. Share dekat anak-anak, kawan-kawan dan Cikgu sekolah korang 🤭 👉 Cara lukis Bintang bucu 14 benders Malaysia 🇲🇾 Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang ke-66 #malaysiamerdeka🇲🇾 #merdeka2023 #tutoriallukisbenderamalaysia #bintangbucu14 ♬ original sound – Song lyrics
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Nak lindungi anak, mama kena sihat dulu kan? Jom, sama -sama belajar jadi ibu terbaik! Pendaftaran PERCUMA, dapat goodies best dan berpeluang menang lucky draw. Daftar sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/nak-lindungi-anak-mama-perlu-sihat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bantu Anak Buat 14 Bucu Bintang Bendera Malaysia Cara Pantas, Mudah Guna Salotape Je! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bantu-anak-buat-14-bucu-bintang-bendera-malaysia-cara-pantas-mudah-guna-salotape-je/