Kemiskinan Mutlak Meningkat Dalam Tempoh 2019 2022 Covid 19 Rencat Semua Pencapaian Terdahulu Kri



Kemiskinan mutlak meningkat dalam tempoh 2019 hingga 2022 terutama dalam kalangan isi rumah bandar.
(BH) – Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dalam laporan ‘Keadaan Isi Rumah 2024: Isi Rumah dan Pandemik 2019-2022’, mendapati kemiskinan mutlak menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini, pandemik COVID-19 telah merencatkan semua pencapaian terdahulu yang dibuat bagi mengurangkan kemiskinan.
“Pandemik secara tidak seimbang menjejaskan pendapatan isi rumah berpendapatan rendah,” menurut KRI.
Menurut laporan berkenaan, Kuala Lumpur menjadi kawasan dengan peningkatan isi rumah tertinggi iaitu 6,774 isi rumah, diikuti Kuala Muda (5,229) dan Kota Kinabalu (5,117).
KRI melaporkan, isi rumah berpendapatan RM3,000, RM5,000, RM11,000 dan ke atas, masing-masing tumbuh 2 peratus, 5.1 peratus serta 6.6 peratus pada 2022, manakala mereka dalam kategori berpendapatan rendah turun serendah 40.9 peratus.
“Kawasan dengan isi rumah yang agak tinggi dalam kemiskinan mutlak mempunyai akses yang lebih rendah kepada kemudahan asas, menunjukkan kaitan yang rapat di antara miskin kewangan dan bukan kewangan,” katanya.
Oleh itu, laporan berkenaan mencadangkan sasaran dan dasar pembangunan ekonomi yang inklusif bagi mengurangkan jurang setempat, meningkatkan akses kepada kemudahan asas serta menyokong pertumbuhan pendapatan.
Selain itu, pengeluaran dana daripada Pertubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkaitan COVID-19 telah meluaskan jurang pendapatan secara mendadak, menjejaskan pencarum berpendapatan rendah secara tidak seimbang.
Individu berpendapatan rendah mengeluarkan hampir semua simpanan (sehingga 98 peratus dalam kumpulan umur 30 dan ke bawah serta kumpulan umur 30-54), berbanding kadar jauh lebih rendah dalam kumpulan berpendapatan lebih tinggi.
Menurut KRI, secara nasional, perbelanjaan isi rumah sebagai peratusan pendapatan terus meningkat, dengan isi rumah bandar menyaksikan pertumbuhan lebih tinggi (5.6 peratus) berbanding luar bandar (3.6 peratus) dari 2014 hingga 2022.
Laporan itu menyebut, secara amnya, isi rumah memperuntukkan bahagian terbesar perbelanjaan bulanan kepada tiga keperluan asas.
Tiga keperluan itu adalah perumahan dan utiliti (23.2 peratus), makanan di rumah (16.3 peratus), makan di luar (15.3 peratus) dan pengangkutan (11.3 peratus).
“Makan di luar dengan pantas menggantikan makanan di rumah, dengan isi rumah Malaysia membelanjakan hampir separuh atau 48 peratus daripada perbelanjaan makanan mereka untuk makanan di luar rumah selepas wabak,” katanya.
Penyelidikan KRI juga mendapati bahawa akses serta penggunaan digital telah melonjak semasa wabak, tetapi kekal seimbang selepas pandemik, terutamanya dalam perbankan internet dan kesihatan digital.
“Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat kesihatan dan membuat temu janji kesihatan dalam talian menurun selepas 2021, lebih ketara pada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
“Lonjakan yang didorong oleh pandemik dalam penggunaan kesihatan digital ini menyerlahkan potensi manfaat pendigitalan penjagaan kesihatan dan juga cabaran kepada pelaksanaannya,” menurut laporan itu.
Proses pendigitalan penjagaan kesihatan selama sedekad telah menghadapi cabaran dalam menaik taraf infrastruktur warisan dan melaksanakan penyepaduan data merentasi sektor awam dan swasta.
“Dalam menangani halangan ini, negara telah beralih kepada pendekatan yang lebih ringan, mudah alih dan berasaskan awan. Sistem kesihatan digital kalis masa depan di seluruh negara perlu inklusif, berpusatkan pesakit serta ditadbir dengan baik.
“Peraturan data khusus dalam data kesihatan termasuk peningkatan pelaburan dalam pendigitalan asas penjagaan kesihatan adalah penting dalam mencapai matlamat ini,” menurut laporan itu lagi.
The post Kemiskinan mutlak meningkat dalam tempoh 2019-2022, COVID-19 rencat semua pencapaian terdahulu – KRI appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/09/26/kemiskinan-mutlak-meningkat-dalam-tempoh-2019-2022-covid-19-rencat-semua-pencapaian-terdahulu-kri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putri Ariani Senyumannya Tutupi Semua Lelah Chord

Putri Ariani Senyumannya Tutupi Semua Lelah Chord

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 118 hits
B E B E B F E B Telah jauh ia berjalan lewati semua B F Seorang anak manusia E B jiwa yang selalu bertanya E B Gelisah yang melanda C m B hari yang tak selalu indah E B C m E Dia selalu tahu cara tuk hadapi semua B F E Senyumannya tutupi se...
Hiburan Mohon Doa Semua Pihak Supaya Segala Kekusutan Ini Terlerai Keadilan Dapat Ditegakkan Gisbh

Hiburan Mohon Doa Semua Pihak Supaya Segala Kekusutan Ini Terlerai Keadilan Dapat Ditegakkan Gisbh

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 112 hits
Melalui laporan Global Ikhwan Services and Business Holdings mengesahkan pengerusi yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa pemimpin ditahan oleh pihak polis semalam GISBH memaklumkan pihaknya hormat dengan tugas yang dijala...
Televisyen Peti Ais Semua Hanyut Dipukul Ombak

Televisyen Peti Ais Semua Hanyut Dipukul Ombak

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 83 hits
MUHAMMAD ZIKRITALIB bersama isterinya Yulis serta anak Farid Ramadhani melihat tapak rumah mereka yang roboh dibadai ombak besar di Kampung Pontian Besar Pontian malam Selasa lalu PONTIAN Sebuah keluarga nelayan tinggal sehelai sepinggang a...
Sultan Selangor Titah Semua Rumah Sekolah Gisbh Ditutup Segera

Sultan Selangor Titah Semua Rumah Sekolah Gisbh Ditutup Segera

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 133 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua rumah amal dan sekolah islam dibawah kawalan GISB Holding Sdn Bhd diarah tutup segera dan tidak dibenarkan beroperasi di negeri ini
Nirwana Band Semua Tak Berarti Chord

Nirwana Band Semua Tak Berarti Chord

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 174 hits
D E C m F m Bm C m D Bm C m E A E F m Aku tahu aku hanya orang biasa Bm E Aku tahu aku bukan orang kaya C m Hingga seenaknya F Bm Kau Bandingkan aku dengan dia D Apa kau tak melihat A Dm A perasaanku D E Sudah ku lakukan yang C m F terbaik ...
Prk Mahkota Semua Kaunter Imigresen Dibuka Jumaat Sabtu Ini

Prk Mahkota Semua Kaunter Imigresen Dibuka Jumaat Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 139 hits
Oleh Syeikh Baran Semua kaunter di dua pintu masuk negara di Tambak Johor dan Linkedua akan dibuka sepenuhnya bagi memudahkan pengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota yang bekerja atau tinggal di Singapura pulang mengundi S...
Kenapa Mat Bodoh Semua Melayu Soalan Oleh Sam The Ceo

Kenapa Mat Bodoh Semua Melayu Soalan Oleh Sam The Ceo

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 148 hits
Yang berikut ini adalah sedikit ulasan oleh sahabat saya Sam The CEO mengenai berita berikut Sila baca komen saya sendiri selepas ini Ulasan oleh Sam The CEO Mat BodosI ve asked this question before Why are only Malay boys involved in this ...
Semua Makhluk Tiada Beza Disisi Allah

Semua Makhluk Tiada Beza Disisi Allah

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 126 hits
Semua makhluk tiada beza disisi Allah Manusia je suka dan sengaja membeza bezakan cantik atau tidak sihat atau tidak baka baik atau cuma kucen kampung sahaja jangan menilai begitu Sakit hati tengok gambar atas ni walaupun ia cuma lakaran ka...
Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Drama Cinta Bukan Milik Kita Lakonan

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Pm Cannot Pass The Buck Over Rosmah S Acquittal Ngos

Zahid Grateful For Rosmah S Acquittal Discharge

Cops Probe Hadi Over Statement On Batu Puteh


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pekerja Kilang Terbabas Maut Dilanggar Motosikal Lain

Content Marketing For New Business

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Calpis Soda One In A Million