Kementerian Pertimbang Permohonan Had Beri Lesen Kontraktor Baharu


 
Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya akan membuat kertas cadangan berhubung mengehadkan pemberian lesen kontraktor baharu kepada Jemaah Menteri. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mempertimbangkan permohonan mengehadkan pemberian lesen baharu kepada kontraktor pelbagai kelas susulan rungutan disuarakan beberapa pihak dan persatuan kontraktor ketika ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Abdul Rahman Mohamad, berkata rungutan antaranya dikeluarkan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) terbukti berasas kerana persaingan sedia ada dalam kalangan pemain industri pembinaan ketika ini sudah terlalu banyak.
“Satu daripada tuntutan mereka minta kerajaan hadkan kembali pemberian lesen buat masa ini atau hentikan permohonan kerana lambakan terlalu banyak yang menyebabkan ada antara mereka tidak mendapat peluang kerja dalam sektor pembinaan.
Ads by Kiosked“Perkara ini saya akan bawa ke pihak atasan supaya suara akar umbi ini didengar sekali gus memastikan pengukuhan kerajaan Madani itu sendiri. Insya-Allah perdana menteri (Anwar Ibrahim) akan mendengar rintihan seperti ini supaya boleh diambil tindakan,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Terengganu kali ke-47 yang turut dihadiri Presiden PKMM Mohamed Fadzill Hassan, di Kuala Terengganu.
Rahman berkata, beliau akan membawa cadangan permohonan itu kepada Jemaah Menteri memandangkan perkara berkenaan bawah seliaan KKR menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
“KKR akan buat kertas cadangan untuk dibangkitkan dalam Jemaah Menteri dan kalau kita nak buat perkara ini, ia tidak perlu untuk dibawa ke Parlimen…melainkan kalau ada mana-mana Ahli Parlimen yang tanya, kita akan jawab dalam dewan,” katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan kebimbangan PKMM mengenai lambakan kontraktor pelbagai kelas yang diluluskan CIDB telah memberikan tekanan kepada kontraktor sedia ada dalam mendapatkan projek pembinaan.
Berdasarkan statistik bulan lalu, jumlah keseluruhan kontraktor kelas G1 hingga G7 bertambah sekali ganda apabila mencatatkan 136,000 lesen baharu dan sedia ada, berbanding 60,000 lesen pada 2019.
Ads by KioskedSementara itu, beliau berkata, prihatin terhadap beban dihadapi kontraktor ketika ini berhubung kenaikan harga bahan pembinaan, kerajaan pada Mac meluluskan Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan terkini bagi menggantikan Jadual Kadar Harga yang menurutnya sudah tidak lagi relevan.
“Misalnya, dahulu sewaktu di kementerian lama, saya perjuangkan seperti pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berharga RM60,000 sebuah. Tapi tiada kontraktor yang sanggup bina.
“Jadi, kita dah naikkan kepada RM75,000 mengikut jadual kadar kerja yang baharu bagi sebuah rumah PPRT…maka sudah ada beberapa peratus kenaikan supaya kontraktor lebih selesa untuk membina dengan baik kerja yang diperoleh,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/kementerian-pertimbang-permohonan-had.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Renew Lesen Memandu 10 Tahun Secara Online

Renew Lesen Memandu 10 Tahun Secara Online

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 381 hits
Rakyat Malaysia kini boleh perbaharui lesen memandu sehingga maksimum 10 tahun dan nikmati diskaun 10 peratus Artikel ini telah diterbitkan di blog
Dukung Mobilitas Kontraktor Tambang Beli Helikopter Berteknologi Canggih

Dukung Mobilitas Kontraktor Tambang Beli Helikopter Berteknologi Canggih

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 221 hits
Perusahaan jasa kontraktor tambang PT Putra Perkasa Abadi berkomitmen memastikan semua project mendapatkan perhatian yang sama di mana pun sulitnya area operasinya dari jangkauan infrastruktur transportasi
Tangani Pengambilan Penempatan Guru Baharu Guna Ai Pensyarah

Tangani Pengambilan Penempatan Guru Baharu Guna Ai Pensyarah

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 531 hits
Imej hiasanPengambilan dan penempatan guru baharu di sekolah menjadi faktor kritikal dalam menentukan taraf pendidikan di negara ini Tidak hairanlah isu calon guru melebihi pengambilan dan kelewatan menjadi guru turut mendapat laporan media...
Hiburan Kes Pengasuh Dera Bayi Taska Rupanya Belum Dapat Lesen Jkm Tutup Operasi Serta Merta

Hiburan Kes Pengasuh Dera Bayi Taska Rupanya Belum Dapat Lesen Jkm Tutup Operasi Serta Merta

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 266 hits
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menutup operasi sebuah taska yang dipercayai terlibat dalam kes penderaan dua bayi di Mutiara Rini Skudai Johor Bahru Menurut laporan Buletin TV3 taska berkenaan juga disahkan tidak mempunyai lesen untuk b...
Bantuan Lesen Percuma Malaysia Madani

Bantuan Lesen Percuma Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 306 hits
Bantuan Lesen Percuma Malaysia Madani Kini semua rakyat Malaysia diberikan peluang untuk memperoleh ujian memandu secara percuma Bajet 2023 telah dilancarkan dengan tema Malaysia Madani yang terdiri daripada enam aspek penting iaitu Kemampa...
Cara Perbaharui Cukai Jalan Lkm Dan Lesen Memandu Atas Talian Jpj

Cara Perbaharui Cukai Jalan Lkm Dan Lesen Memandu Atas Talian Jpj

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 506 hits
Mulai 10 Februari 2023 pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital dan LMM Digital melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis Jadi selaras dengan ...
Sanggup Bahayakan Diri Penunggang Motosikal Lari Akibat Gelabah Anggota Jpj Nak Tengok Lesen

Sanggup Bahayakan Diri Penunggang Motosikal Lari Akibat Gelabah Anggota Jpj Nak Tengok Lesen

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 258 hits
Seorang penunggang motosikal bertindak melarikan diri apabila didekati oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengankutan Jalan ingin memeriksa lesen motosikalnya di Kuantan Pahang pada Isnin lalu Insiden itu dirakam oleh kamera Go Pro yang dipa...
James Cameron Sedang Menghasilkan Filem Baharu Terminator Akan Diinspirasikan Dari Teknologi Ai

James Cameron Sedang Menghasilkan Filem Baharu Terminator Akan Diinspirasikan Dari Teknologi Ai

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 339 hits
James Cameron sedang membangunkan filem baharu Terminator Bagaimanapun pengarah itu merancang untuk membiarkan dunia AI berkembang terlebih dahulu sebelum menyiapkannya Bercakap semasa kemunculannya di Persidangan Dell Tech World Cameron me...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik