Kementerian Kesihatan Terima 100 000 Kit Ujian Dari China


PUTRAJAYA, 28 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menerima 100,000 kit ujian COVID-19 dari China, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata kit ujian itu telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan diberi jaminan oleh Duta Besar China di Malaysia.
“Saya telah diberi jaminan oleh duta bahawa yang ini lebih tepat berbanding yang kami uji,” katanya dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Beliau berkata KKM juga menerima kit ujian dari Korea Selatan malam semalam, bagaimanapun pasukannya masih menilai kit ujian itu dan belum menerima apa-apa laporan lagi.
Mengulas mengenai persediaan menghadapi bulan Ramadan, Dr Noor Hisham berkata terlalu awal untuk meramalkan perkembangan kes Covid-19, pada ketika ini.
Beliau sekali lagi menegaskan adalah penting dalam tempoh dua minggu ini, rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian penularan wabak itu tercapai.
“Agak terlalu awal untuk kami ulas, jika anda mahu ramalkan berdasarkan (laporan) JP Morgan pada pertengahan April bahawa kemungkinan kita akan mempunyai kes puncak sehingga mencecah 6,300 kes.
“Jika kita lihat laporan Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), ramalan mereka lebih tinggi iaitu 8,900 kes. Semuanya bergantung kepada kita dan orang ramai sekarang, jika kita boleh bekerjasama dan berganding bahu dan memahami mesej itu, semua orang mempunyai peranan untuk dilakukan seperti yang saya katakan.
“Jika anda boleh duduk di rumah dan putuskan rantaian jangkitan serta mengurangkan jangkitan mungkin keadaan kita lebih baik daripada ramalan JP Morgan atau MIER,” katanya.
Ditanya mengenai ketepatan kajian yang dilakukan JP Morgan dan MIER, beliau berkata hanya masa yang dapat menentukannya, bagaimanapun, apa yang paling penting rakyat Malaysia harus berganding bahu untuk mengurangkan kes Covid-19.
“Masa yang akan menentukannya, tetapi saya fikir, kami telah cuba melakukan yang terbaik untuk menurunkan kes ini, semua orang di KKM, kami bekerja sepanjang masa untuk memastikan kami dapat menyampaikan dan mengurangkan kes serta mungkin dapat membuktikan ramalan itu tidak benar,” katanya.
Sementara itu mengulas mengenai kes bunuh diri melibatkan seorang pesakit di sebuah hospital, Dr Noor Hisham mengesahkan individu itu bukan pesakit Covid-19.
“Sesiapa yang masuk ke ICU (Unit Rawatan Rapi) memang pihak hospital akan ambil ujian untuk Covid-19, mungkin ada penyakit lain atau sebagainya…ujian yang dilakukan adalah negatif, jadi bukan pesakit Covid-19. Memang ada kes bunuh diri tapi bukan pesakit Covid-19,” katanya.
Sementara itu Dr Noor Hisham berkata KKM juga turut menggesa 5,084 jemaah yang hadir perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan Covid-19.
“Kami perlu mencari 5,084 individu ini, mereka masih belum diperiksa. Harap kami dapat menguji mereka. Kami bekerja rapat dengan polis untuk menggalakkan mereka datang ke klinik kami dan kami dapat melakukan ujian ke atas mereka,” katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/kementerian-kesihatan-terima-100000-kit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Ujian Covid 19 Yang Dijual Myeg Adalah Palsu Menurut Kementerian Kesihatan

Kit Ujian Covid 19 Yang Dijual Myeg Adalah Palsu Menurut Kementerian Kesihatan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 259 hits
Beberapa hari yang lalu MyEg mula menawarkan kit ujian Covid 19 di rumah pada harga bermula RM99 sebuah Pengumuman mereka ini mendapat perhatian ramai di mana pelbagai negara di seluruh dunia mengalami masalah mendapatkan kita ujian di hosp...
Alhamdulillah China Sumbang 100 000 Topeng Muka

Alhamdulillah China Sumbang 100 000 Topeng Muka

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 324 hits
MENTERI Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan kerajaan China telah menghantar bantuan 100 000 topeng muka kepada Malaysia Alhamdulillah more good news Saya baru dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China Raja Nushirwan ...
5834 Kwsp Sudah Terima 85 000 Permohonan Harian Metro 02 04 2020

5834 Kwsp Sudah Terima 85 000 Permohonan Harian Metro 02 04 2020

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 400 hits
SEJUMLAH 85 000 permohonan pengeluaran i Lestari diterima Kumpulan Wang Simpanan Pekerja setakat jam 4 petang tadi Sumber berkata jumlah itu agak tinggi dan pihaknya menasihatkan pemohon agar tidak menyerbu kaunter sebaliknya menggunakan pe...
As Kurang Bekalan Perubatan Peralatan Ketika Kes Lebih 100 000

As Kurang Bekalan Perubatan Peralatan Ketika Kes Lebih 100 000

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 231 hits
NEW YORK Doktor dan jururawat yang menjadi barisan hadapan Amerika Syarikat mendepani COVID 19 memerlukan lebih banyak pakaian perlindungan diri dan keperluan perubatan bagi merawat jumlah pesakit ramai yang kini melebihi 100 000 orang deng...
Virus Baru Dari Tikus Hantavirus Ragut 1 Nyawa Di China Saringan Kesihatan Mula Dilakukan

Virus Baru Dari Tikus Hantavirus Ragut 1 Nyawa Di China Saringan Kesihatan Mula Dilakukan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 308 hits
Ketika penularan pandemik COVID 19 menurun di China seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China Th...
Edar Baki Topeng Percuma Dari China Kepada Orang Awam Cadang Kit Siang

Edar Baki Topeng Percuma Dari China Kepada Orang Awam Cadang Kit Siang

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 286 hits
MALAYSIAKINI KORONAVIRUS Lim Kit Siang hari ini meminta kerajaan mengedarkan 10 juta penutup hidung dan mulut yang diberikan Beijing secara percuma itu kepada rakyat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada petugas barisan hadapan yang s...
Kaunter Pandu Lalu Bagi Ujian Pengesanan Covid 19 Di Klinik Kesihatan Tanglin Adalah Palsu

Kaunter Pandu Lalu Bagi Ujian Pengesanan Covid 19 Di Klinik Kesihatan Tanglin Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 597 hits
SEBENARNYA Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia Tiada perkhidmatan kaunter pandu lalu untuk ujian pengesanan COVID 19 Ini adalah berita PALSU SUMBER Twitter Rasmi KKM MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya a
Kit Ujian Pantas Covid 19 Igg Igm

Kit Ujian Pantas Covid 19 Igg Igm

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 199 hits
Oleh Ts Dr Mohd Hamzah B Mohd Nasir Kulliyah Sains Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan Ramai terkeliru dengan COVID 19 IgG Kit Ujian Pantas IgM Ada juga yang memanggilnya vaksin Untuk menggelakkan kekeliruan kit tersebut b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip