Kementerian Akan Perkenal Sistem Gred Air Nasional


 
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mekanisme penggredan air membolehkan kerajaan negeri yang menjaga alam sekitar mendapat hasil daripada penjualan air bersih.KANGAR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan memperkenalkan sistem Gred Air Nasional bagi menyelesaikan masalah berkaitan air di negara ini, kata menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, sistem itu akan membantu KASA melihat secara keseluruhan isu berbangkit sistem air, termasuk dalam menentukan gred air mentah.
“Buat masa ini, air mentah dijual secara purata (penjualan antara kerajaan negeri)…gred air mentah sekarang dijual pada harga sama, kita melihat perlunya satu ‘grading’ (penggredan) air dibuat pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Azlan Man, Ketua Setiausaha KASA Dr Zaini Ujang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Azman Mohd Yusof.
Tuan Ibrahim berkata, sebagai contoh, air mentah bersih dijual pada harga lebih tinggi berbanding harga air bagi Gred 2 ataupun Gred 3 yang mempunyai kualiti lebih rendah.
“Tujuannya adalah memberi manfaat kepada negeri yang menjaga hutan dan alam sekitar menjual air mentah bersih dengan harga lebih tinggi kerana air bersih akan mengurangkan kos pemprosesan air.
“Mekanisme yang kita ingin wujudkan juga membolehkan kerajaan negeri yang menjaga alam sekitar mendapat hasil daripada penjualan air bersih,” katanya.
Beliau berkata, sistem Gred Air Nasional juga berperanan mencari kaedah mengumpul dana bagi menggantikan paip air uzur melebihi 45 tahun.
Sementara itu, Zaini berkata, penggredan air tidak akan membebankan pengguna kerana ia hanya melibatkan penjualan air mentah.
“Air mentah yang bersih akan menjimatkan kos memproses air yang ditanggung oleh operator air (syarikat air negeri) jadi ia tidak akan membebankan pengguna,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/kementerian-akan-perkenal-sistem-gred.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Alam Sekitar Air Cari Remaja Campak Buku Dalam Sungai

Kementerian Alam Sekitar Air Cari Remaja Campak Buku Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 434 hits
280 total views 280 views today Belum reda kecaman netizen terhadap tindakan pelajar sekolah menconteng baju dengan perkataan biadab kini tular pula tindakan seorang pelajar mencampakkan buku sekolah ke dalam sungai Menerusi satu hantaran d...
Jabatan Perumahan Negara Gagal Jelas Bil Air 5 000 Penghuni Ppr Putus Bekalan

Jabatan Perumahan Negara Gagal Jelas Bil Air 5 000 Penghuni Ppr Putus Bekalan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 320 hits
Jabatan Perumahan Negara perlu menjelaskan segera tunggakan bil air Program Perumahan Rakyat Lembah Subang 2 berjumlah lebih RM100 000 bagi memboleh bekalan air disambung semula Menurut Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar lebih 5...
Fakta Menarik Dari Air Liur Kucing Tak Perlu Cemas Saat Kena Jilat

Fakta Menarik Dari Air Liur Kucing Tak Perlu Cemas Saat Kena Jilat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 278 hits
Air liur kucing terdiri dari beberapa elemen yang umumnya tidak berbahaya tapi ada juga yang bisa memicu alergi
Kemarau Di Taiwan Mengakibatkan Syarikat Pembangun Semikonduktor Terpaksa Membeli Bekalan Air

Kemarau Di Taiwan Mengakibatkan Syarikat Pembangun Semikonduktor Terpaksa Membeli Bekalan Air

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 226 hits
Kemelut cip pemprosesan sedang membelenggu dunia dan syarikat syarikat pembangunan semikonduktor yang bertempat di Taiwan kini sedang mengalami satu masalah yang cukup serius kekurangan bekalan air Bagi syarikat syarikat seperti Taiwan Semi...
Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Mana Lebih Baik

Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 795 hits
Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas Mana Lebih Baik Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan Betulkah...
Didakwa Dera Amah Guna Seterika Air Panas Pasangan Suami Isteri Ditahan

Didakwa Dera Amah Guna Seterika Air Panas Pasangan Suami Isteri Ditahan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 302 hits
952 total views 952 views today Pasangan suami isteri ditahan selepas kegiatan keji mereka mendera pembantu rumah warga Kemboja terbongkar Pembantu rumah itu ditemui dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk ditekap dengan seterika dipercay...
Hiburan Kena Simbah Air Panas Orang Macam Ini Biar Tahu Adab Masuk Rumah Orang Datin Alyah

Hiburan Kena Simbah Air Panas Orang Macam Ini Biar Tahu Adab Masuk Rumah Orang Datin Alyah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 468 hits
Berang dengan sikap beberapa individu yang sering saja meninggalkan komen tidak berasas setiap kali dia memuat naik foto bersama suami kesayangan penyanyi Datin Alyah tampil mempersoalkan apa sebenarnya yang di mahukan netizen daripada diri...
Amah Warga Kemboja Disyaki Disimbah Air Panas Dipukul

Amah Warga Kemboja Disyaki Disimbah Air Panas Dipukul

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh ISWAN SHAFIQ ISA PEMBANTU rumah warga Kemboja berusia 30 an diselamatkan dari rumah majikannya di Bukit Mertajam BUKIT MERTAJAM Polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan bagi membantu siasatan susulan dakwaan mendera pembantu ...
Realme Buds Air 2 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Lebih Baik

Realme Buds Air 2 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Lebih Baik

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 300 hits
Selain daripada siri Realme Narzo 30 jenama ini turut memperkenalkan TWS terkini mereka 8211 iaitu Realme Buds Air 2 Lebih menariknya Realme turut bekerjasama dengan The Chainsmokers untuk pengenalan aksesori audio ini sekaligus menjanjikan...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah