Jabatan Perumahan Negara Gagal Jelas Bil Air 5 000 Penghuni Ppr Putus Bekalan


 

Jabatan Perumahan Negara (JPN) perlu menjelaskan segera tunggakan bil air Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 berjumlah lebih RM100,000 bagi memboleh bekalan air disambung semula.

Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar, lebih 5,000 penduduk di situ tidak seharusnya berdepan masalah air memandangkan bil mereka dibayar secara terus kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
"Mereka tidak dapat apa-apa notis dari pihak pengurusan (berhubung putus bekalan), tiba-tiba air tak ada. Hari ini dengan kerja sama Ahli Majlis bandaraya Petaling Jaya, kita minta pihak majlis membantu untuk membekalkan air kepada penduduk.
"Cuma petang tadi YB Mariah (Exco Selangor) sempat membantu penduduk di sini menghubungi pihak Air Selangor untuk membuka (menyambung) air semula.
"Dalam masa sama saya sebagai ADN kawasan Seri Setia ingin menekankan kepada pihak Jabatan Perumahan Negara sila selesaikan tunggakan bayaran air sebanyak RM100,600 kepada pihak Air Selangor kerana kita bimbang perkara yang sama akan berlaku sekali lagi kepada penduduk-penduduk PPR Lembah Subang ini yang mempunyai lima blok," katanya dalam sidang media hadapan kediaman penduduk, malam tadi.
Kata Halimey, beliau mendapat maklumat sebanyak 5 notis telah dikeluarkan sebelum pihak Air Selangor memutuskan bekalan.
"Notis yang dikeluarkan dari tahun lepas. Terbaharu minggu ini dalam bukan Februari.
"Saya akan berbincang dengan pihak Air Selangor dahulu. Saya mahu tahu apa pihak Kerajaan Negeri boleh bantu penduduk. Dalam masa yang sama saya perlu bincang dengan YB Rodziah (Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar) bagaimana membantu mereka menyelesaikan masalah ini.
"Yang saya tekankan, Jabatan Perumahan Negara perlu selesaikan hutang," katanya lagi.
Menurut Halimey, masalah pemotongan bekalan air berpunca daripada meter pukal yang digunakan untuk kemudahan awam yang memerlukan pihak JPN menjelaskan bil.
“Tunggakan ini adalah dari meter pukal yang digunakan untuk kemudahan awam seperti surau dan dewan. Pengurusan menerusi JPN bertanggungjawab membayar bil ini,” katanya lagi.
Halimey juga mengesahkan pihak Air Selangor telah menyambung bekalan air buat sementara waktu di beberapa blok.
Namun pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menyediakan 5 lori tangki air untuk kegunaan penduduk yang memerlukan.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/jabatan-perumahan-negara-gagal-jelas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Penyamun Gagal Dapat Rm50 000 Bertindak Sorokkan Bayi 3 Bulan Dalam Tong

Dua Penyamun Gagal Dapat Rm50 000 Bertindak Sorokkan Bayi 3 Bulan Dalam Tong

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 315 hits
Berang tidak kerana tidak dapat wang berjumlah RM50 000 daripada seorang wanita dua individu bertindak menyorokkan bayi wanita itu di dalam tong Mulut bayi lelaki malang berusia 3 bulan itu juga turut disumbat dengan tuala kecil sebelum dit...
Cara Bayar Bil Air Melalui Jompay

Cara Bayar Bil Air Melalui Jompay

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 446 hits
Cara Bayar Bil Air Nak bayar bil air daripada rumah pun boleh dah sekarang ni Tak payah start kereta tak payah buang masa semuanya hanya di hujung jari anda Mudah sangat Macam mana nak bayar bil air dengan JOMPay ni Senang je jom baca artik...
Kemarau Di Taiwan Mengakibatkan Syarikat Pembangun Semikonduktor Terpaksa Membeli Bekalan Air

Kemarau Di Taiwan Mengakibatkan Syarikat Pembangun Semikonduktor Terpaksa Membeli Bekalan Air

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 243 hits
Kemelut cip pemprosesan sedang membelenggu dunia dan syarikat syarikat pembangunan semikonduktor yang bertempat di Taiwan kini sedang mengalami satu masalah yang cukup serius kekurangan bekalan air Bagi syarikat syarikat seperti Taiwan Semi...
Gagal Dapat Rm50 000 Dari Ibu Penyamun Sorok Bayi Dalam Tong Sumbat Mulut Dengan Kain

Gagal Dapat Rm50 000 Dari Ibu Penyamun Sorok Bayi Dalam Tong Sumbat Mulut Dengan Kain

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 687 hits
Perompak menuntut RM50 000 sebelum mengambil rantai bernilai RM1 200 dan bayi mangsa GEORGE TOWN Seorang bayi berusia tiga bulan disumbat dalam dram dengan mulutnya disumbat kain dan ditampal pita pembalut selama lebih setengah jam oleh per...
Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi Tnb

Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi Tnb

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 303 hits
BH ONLINE KUALA LUMPUR Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad Selan...
Negara Dapat Vaksin Baharu Jika Gagal Lawan Mutasi

Negara Dapat Vaksin Baharu Jika Gagal Lawan Mutasi

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 287 hits
Oleh Khairy ketika sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian bekalan vaksin COVID 19 sebelum ini Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Malaysia berhak mendapat penghantaran baharu daripada syarikat pengeluar Pfizer sekiranya vaksin itu tida...
Menteri Pendidikan Tiada Hala Tuju Yang Jelas Gagal Memahami Rakyat

Menteri Pendidikan Tiada Hala Tuju Yang Jelas Gagal Memahami Rakyat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 274 hits
February 20 2021 KEBODOHAN MENTERI PENDIDIKAN MEMAHAMI RAKYAT Aku takda masalah sekolah nak dibuka Tapi bukan soal Sekolah itu dibuka Tetapi bagaimana Kementerian Pendidikan mengatur hala tuju dan mengurus jadual persekolahan dan Pembelajar...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Hal Hal Semasa 15 10 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Kawan Suka Meminjam Duit

Best Healthy Banana Recipes No Sugar No Oats

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Wings Di Persimpangan Chord

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara