Kemenangan Umat Islam


Kemenangan umat Islam!

PENDUDUK Palestin menunaikan solat Jumaat di luar Bab al-Rahma dalam kawasan the Masjid al-Aqsa pada 22 Februari lalu.
RIBUAN penduduk Palestin memasuki ruang Bab al-Rahma iaitu pintu masuk ke Masjid al-Aqsa di sebelah timur dan menunaikan solat Jumaat buat pertama kali sejak lebih 30 tahun lalu yang dianggap banyak pihak sebagai kemenangan kepada umat Islam.
Namun, tidak ramai tahu kepentingan gerbang itu dalam Islam selain turut dianggap paling istimewa kepada tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi biarpun setiap agama berkenaan mempunyai pandangan berbeza mengenai pintu berkenaan mengikut kepercayaan masing-masing.
Bagi kompleks Masjid al-Aqsa seluas 14.4 hektar itu, Bab al-Rahma adalah pintu terbesar dan paling cantik di antara empat pintu masjid berkenaan dan ia turut digelar Gerbang Emas oleh penganut Kristian dan Gerbang Ihsan oleh Yahudi.

PINTU pagar ke Bab al-Rahma yang kembali dirantai dan dikunci oleh Israel.
Pintu itu diberi nama Rahmah kerana ia tempat Nabi Muhammad SAW berdoa memohon keampunan Allah.
Bagi umat Islam, pintu untuk laluan masuk ke masjid itu mempunyai hubungan besar dengan akhir zaman kerana ia bakal menjadi laluan Nabi Isa AS selepas diturunkan di Damsyik.
Menurut Pengarah Wakaf dan Infaq Aqsa (WIA), Johan Ariff Ismail, pintu itu adalah lokasi yang menjadi kawasan panas menyebabkan ia menjadi perebutan antara tiga agama.
“Hanya satu pintu terletak di timur masjid iaitu Bab al-Rahma. Setiap umat Islam perlu tahu istimewanya pintu itu kerana ia ada kaitan dengan akhir zaman.

JOHAN Ariff (kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Awquf Sheikh Mohammed Azam Abdel Hafiz Al Khatib Al Tamimi.
“Seperti yang banyak disebut dalam hadis, pintu ini akan dilalui Nabi Isa AS yang tidak wafat, sebaliknya diangkat ke langit dan akan diturunkan di Damsyik sebelum masuk melalui pintu Bab al-Rahma,” katanya.
Sejak dua tahun lalu, WIA diberi kebenaran khas oleh Jabatan Awquf Aqsa untuk menyelenggara masjid, bangunan sekolah, klinik dan infrastruktur di dalam kompleks terbabit.
WIA yang bernaung di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), satu-satunya badan bukan kerajaan yang mendapat hak terbabit untuk membiaya kos berkaitan termasuk pendidikan serta pembayaran gaji imam dan petugas di Masjidil Aqsa.
Menurut Johan Ariff, dari sudut agama, kedatangan Nabi Isa AS amat dinantikan oleh Imam Mahdi kerana mempunyai tiga tujuan iaitu menghapuskan salib, babi dan membunuh Dajal yang turut disebut sebagai al-Masih oleh Yahudi.

PRESIDEN Majlis Waqf, Sheikh Abdel-Azeem Salhab bersolat di dalam Bab al-Rahma.
Bab al-Rahma ditutup selama 16 tahun oleh Israel sejak 2003 apabila mendakwa pertubuhan yang menguruskan kawasan terbabit ada hubungan dengan Hamas.
Pada 22 Februari lalu, Presiden Majlis Waqf, Sheikh Abdel-Azeem Salhab, bertindak memecahkan kunci dan lebih 40,000 rakyat Palestin memasuki Bal al-Rahma untuk menunaikan solat Jumaat.
Majlis Waqf ialah jawatankuasa di bawah kerajaan Jordan yang diberi kuasa mentadbir Masjid al-Aqsa mengikut perjanjian damai Israel-Jordan.
Selain itu, Johan Ariff berkata, petanda akhir zaman yang mempunyai kaitan rapat dengan pintu gerbang berkenaan menimbulkan ketakutan kepada Zionis dan penganut Kristian menyebabkan setiap agama cuba menguasainya.
“Apa yang baik untuk Islam, memberi ketakutan kepada Zionis dan Kristian.
“Kedatangan Nabi Isa bermaksud 70,000 pengikut Dajjal (iaitu Zionis) akan diperangi.
“Penghapusan salib yang akan dilakukan oleh baginda menjadi bukti agama Kristian tidak betul. Ini menjadi ketakutan kepada mereka,” katanya.

PENDUDUK Palestin memasuki Bab al-Rahma.
Sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/03/kemenangan-umat-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Christchurch Tragedi Berdarah Buat Umat Islam

Christchurch Tragedi Berdarah Buat Umat Islam

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 411 hits
Allah SWT berfirman Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang orang yang beriman itu melainkan kerana orang orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji Surah al Buruj Orang kafir menyeksa orang beriman hanya kerana s...
40 Nyawa Terkorban Umat Islam Turun Simbol Masjid Di Nz

40 Nyawa Terkorban Umat Islam Turun Simbol Masjid Di Nz

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 406 hits
Penduduk tempatan menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap umat Islam di Hamilton New Zealand Foto oleh Shazly KhanKUALA LUMPUR 15 Mac Umat Islam di New Zealand menurunkan simbol masjid selepas insiden tembakan mengorbankan 40 nyawa har...
Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch New Zealand

Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch New Zealand

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 750 hits
Wisma Putra mengesahkan dua cedera namun tiada rakyat Malaysia yang menjadi terbunuh dalam serangan pengganas ketika sebahagian umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat di Christchurch New Zealand dan sekurang kurang 40 orang terkorban da...
Penganut Kristian Sepakat Jaga Masjid Ketika Umat Islam Solat

Penganut Kristian Sepakat Jaga Masjid Ketika Umat Islam Solat

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 876 hits
Biarpun berlainan agama penduduk Kristian New Zealand mengambil inisiatif menjaga perkarangan masjid ketika umat Islam menunaikan ibadah Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Trip Kekawan sekumpulan penganut Kristian di negara Kiw...
Alih Alih Ikut Berduka Senator Australia Justru Salahkan Umat Islam Kok Korban Yang Disalahkan

Alih Alih Ikut Berduka Senator Australia Justru Salahkan Umat Islam Kok Korban Yang Disalahkan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 306 hits
Dia justru menyalahkan umat Islam yang bermigrasi ke Australia dan New Zealand Ia beranggapan Islam identik dengan ideologi kekerasan dan biasanya umat Islam pelaku terornya
Islam Yatim Piatu Di Manakah Suara Umat Islam

Islam Yatim Piatu Di Manakah Suara Umat Islam

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 300 hits
Islam kini yatim piatu tiada berbapa tiada beribu Di akhir zaman terbukti sudahTelaah Rasul tiada bercanggahIslam Dagang dicerca hina Nadamurni Islam Agama DaganG
Umat Islam Bukan Pengganas Twitter Instagram Gantung Akaun Will Connolly

Umat Islam Bukan Pengganas Twitter Instagram Gantung Akaun Will Connolly

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 740 hits
Umat Islam bukan pengganas Twitter Instagram gantung akaun Will ConnollyVideo seorang remaja berusia 17 tahun memecahkan telur di kepala Senator Australia Frazer Anning yang didakwa rasis berhubung kejadian tembakan rambang di Masjid Al Noo...
Dr Atsushi Kamal Okuda Contoh Umat Islam Di Jepun

Dr Atsushi Kamal Okuda Contoh Umat Islam Di Jepun

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 362 hits
Prof Dr Atsushi Kamal Okuda Profesor bidang Politik di Universiti Keio merupakan ilmuwan Muslim Jepun dan pensyarah pakar di beberapa universiti di Tokyo Jepun Dr Kamal Okuda telah lama berjuang mencari kebenaran dan agama yang haq sampai a...
Bilangan Umat Islam Bertambah Di Rusia

Bilangan Umat Islam Bertambah Di Rusia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 394 hits
MOSCOW 9 Mac Bilangan penduduk Islam di Rusia dijangka meningkat sehingga 30 peratus daripada jumlah rakyat negara ini dalam tempoh 15 tahun The Moscow Times melaporkan wilayah wilayah yang mempunyai majoriti penduduknya beragama Islam sepe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord