Christchurch Tragedi Berdarah Buat Umat Islam



Allah SWT berfirman:
وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّـهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ“Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!” [Surah al-Buruj (8)]
Orang kafir menyeksa orang beriman hanya kerana sesuatu yang tidak boleh diseksa, bahawa menjadi hak tiap-tiap orang untuk melakukannya dan mengajak orang lain mengikutinya, iaitu beriman kepada Allah SWT. Allah menyaksikan perbuatan orang kafir ke atas orang Mukmin dan Dia akan membalas seluruh perbuatan mereka. Penerangan ini mententeramkan hati orang-orang Mukmin dan memberi ancaman kepada orang-orang kafir yang berbuat makar dan bermaharalela terhadap orang Islam bahawa cukuplah Allah SWT sebagai saksi dan pelindung. (Lihat Tafsir fi Zilal al-Quran, 10/300-301; Tafsir al-Munir, 15/459 dan Tafsir al-Maraghi, 15/7516)
Sehingga artikel ini ditulis, kami mendapat perkhabaran kira-kira 49 orang terbunuh dalam serangan berdarah di Masjid al-Noor, Christchurch, New Zealand manakala ramai dilaporkan mengalami cedera parah. Ini merupakan suatu perkara yang amat malang.
Peristiwa seperti ini adalah peristiwa yang cukup tragis, yang bagi kami adalah satu peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku. Oleh itu, mereka yang berada dalam masjid, kita mengharapkan mendapat syahid daripada Allah SWT. Kita mengharapkan mereka diganjarkan pahala kerana semangat mereka datang ke masjid, mengimarahkannya, berada dalam masjid dan ingin melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah. Namun apa yang berlaku, kematian menanti mereka.
Kami menyokong kenyataan tegas Syeikhul Azhar dan ulamanya yang berkata:“Al-Azhar al-Syarif juga menegaskan dengan setegasnya bahawa ini merupakan serangan pengganas yang telah mencemarkan kehormatan rumah Allah serta menumpahkan darah-darah yang tidak berdosa. Wajib untuk kita membunyikan penggera amaran untuk tidak bermudah-mudahan dengan pelbagai aliran pemikiran, kumpulan-kumpulan fanatik yang melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk seperti ini. Ini juga termasuk keperluan untuk ditambah usaha-usaha dalam mengukuhkan semangat perpaduan dan toleransi serta kesepakatan yang positif sesama masyarakat yang satu tanpa kita memandang kepada agama-agama dan budaya masing-masing.”
Yakin dan percayalah bahawa tindakan seperti itu adalah satu tindakan yang benar-benar menggusarkan. Ia seolah-olah menyimbah minyak kepada api bagi siri-siri penindasan terhadap umat Islam. Umat Islam sudah tentu akan merasa sedih yang amat sangat di atas tindakan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab ini. Semoga Allah SWT akan membalas tindakan mereka.
Kita merasa amat kesal serta merasa amat dukacita di atas apa yang berlaku. Saya percaya mereka yang terkorban ini termasuk dalam apa yang disebut oleh nas:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” [Surah al-Taubah (18)]
Mereka menghadap Allah dalam keadaan berwudhu’, dalam keadaan di dalam rumah Allah, pada hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan – kesemuanya itu terangkum kebaikan demi kebaikan, mati dalam husnul khatimah. Kita mengharapkan mereka diganjarkan balasan yang sebaiknya di sisi Allah SWT, ditempatkan mereka sebagaimana yang disebut:
فَأُولَـٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّـهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَـٰئِكَ رَفِيقًا“Maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).” [Surah al-Nisa’ (69)]
Marilah kita berdoa kepada Allah supaya api-api fitnah seperti ini dapat dipadamkan. Umat Islam hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan agamanya, menginsafi dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Maka insha Allah, sinar kebahagiaan ummah dalam keadaan perpaduan yang utuh, dalam keadaan kesatuan yang cukup kuat akan menatijahkan kebaikan dan kebahagiaan kepada umat ini.
Firman Allah SWT:
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ“Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.” [Surah Ali Imran (54)]
Allah SWT turut berfirman:
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّـهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).” [Surah Ibrahim (42)]
Semoga kabus hitam berarak lalu dan cahaya kebahagiaan menanti kita. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/christchurch-tragedi-berdarah-buat-umat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch New Zealand

Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch New Zealand

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 750 hits
Wisma Putra mengesahkan dua cedera namun tiada rakyat Malaysia yang menjadi terbunuh dalam serangan pengganas ketika sebahagian umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat di Christchurch New Zealand dan sekurang kurang 40 orang terkorban da...
4844 Persepsi Negatif Terhadap Islam Punca Tragedi Hitam Di Christchurch Malaysia Gazette 16 3 19

4844 Persepsi Negatif Terhadap Islam Punca Tragedi Hitam Di Christchurch Malaysia Gazette 16 3 19

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia beranggapan kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch adalah daripada persepsi negatif dunia terhadap Islam dan penganutnya Demikian menurut Ketua Aktivitisnya Datuk Nadzim J...
Kronologi Semasa Tragedi Berdarah Di Masjid Christchurch

Kronologi Semasa Tragedi Berdarah Di Masjid Christchurch

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 353 hits
Berikut merupakan kronologi semasa kejadian serangan lelaki bersenjata ke atas Masjid Christchurch yang telah meragut 40 nyawa dan telah menyebabkan 20 orang lagi cedera parah Jumaat 15 3 2019 Kejadian berlaku kira kira 1 40 p m lelaki bers...
Tragedi Masjid Christchurch Saya Lihat Timbunan Mayat Noor Hamzah

Tragedi Masjid Christchurch Saya Lihat Timbunan Mayat Noor Hamzah

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 334 hits
CHRISTCHURCH Seorang lagi mangsa warga Malaysia Noor Hamzah 54 yang terselamat berkongsi pengalaman bagaimana dia melarikan diri bagi menyelamatkan diri Memetik laporan The New Zealand Herald Noor Hamzah berkata ketika tembakan bermula dia ...
Tragedi Tembakan Masjid Di Christchurch New Zealand Korbankan 40 Nyawa

Tragedi Tembakan Masjid Di Christchurch New Zealand Korbankan 40 Nyawa

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 774 hits
Tragedi Tembakan Masjid Di Christchurch New Zealand Korbankan 40 Nyawa Punca amukan dan tembakan rambang dilakukan oleh suspek adalah kerana menghalang kemasukan imigran ke negara tersebut dan kerana dendam rempuhan lori di Sweden 2 tahun l...
Serangan Berdarah Di Masjid Al Noor Christchurch Di Strim Secara Langsung

Serangan Berdarah Di Masjid Al Noor Christchurch Di Strim Secara Langsung

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 382 hits
Serangan berdarah di Masjid al Noor Christchurch hari ini telah distrim secara langsung selama 17 minit oleh penyerang NZ Herald melaporkan penembak yang memperkenalkan diri sebagai Brenton Tarrant seorang lelaki berkulit putih dan berusia ...
Tragedi Masjid Christchurch Rahimi Kini Kritikal Selepas Peluru Berjaya Dikeluarkan

Tragedi Masjid Christchurch Rahimi Kini Kritikal Selepas Peluru Berjaya Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 377 hits
Hati ibu mana yang tidak risau apabila mendapat berita bahawa anaknya berada dalam keadaan kesakitan namun itu yang terpaksa ditanggung ibu kepada rakyat Malaysia Rahimi Ahmad salah seorang mangsa yang cedera dalam serangan di Masjid Christ...
Tragedi Christchurch Rahimi Disahkan Selamat

Tragedi Christchurch Rahimi Disahkan Selamat

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 306 hits
RAKYAT Malaysia Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch New Zealand dilaporkan selamat Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali Rahimi hanya mengalami keceder...
Tragedi Tembakan Rambang Christchurch Kenyataan Adun Dap Sangat Kurang Ajar

Tragedi Tembakan Rambang Christchurch Kenyataan Adun Dap Sangat Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 351 hits
oleh Dr Khairuddin TakiriAdun DAP ini sangat kurang ajar Di saat umat Islam di Malaysia bersedih atas peristiwa jenayah pembunuhan umat Islam di masjid New Zealand beliau tergamak mengaitkan apa yang berlaku dengan hubungan kerjasama politi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord