Kembara Tedi 130601


Kembara ke hostel Universiti Sains Islam MalaysiaTadi Mommy bawa Tedi ke hostel Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai Impian
"Mengimbau memori di bandar Lake Garden."
Jalan nak ke Nilai Impian ni adalah sejalan dengan jalan ke Nilai 3 yang terkenal di kalangan orang Kuala Lumpur sebagai syurga membeli-belah barang-barang seperti kelengkapan perkahwinan, kain baju, langsir, permaidani / karpet, dan juga perabot kayu jati

Kembara ke Tesco NilaiTedi tak tahu la apa nama Tesco ni, tapi Tedi panggil Tesco Nilai jer la. Terletak di Bandar Baru Nilai dekat dengan bulatan. Kawasan situ ada macam-macam seperti pusat membeli-belah Giant, hotel-hotel, dan banyak pusat pengajian tinggi

Master bawa ke sana sebab Mommy dan adiknya mahu shopping

Di Tesco Nilai ni Tedi suka ke bahagian TV jenama Samsung, sebab mereka ada pasang satu klip video yang tajuknya mungkin "Emergency" yang menunjukkan macam-macam cara manusia di seluruh bantuan menghadapi kecemasan atau menghantar bantuan kemanusiaan

Penghantaran bantuan itu pula bukan calang-calang kerana menggunakan pesawat pengangkut tentera yang sungguh besar dan canggih, selain menggunakan helikopter dan kapal-kapal

Bencana yang dirakam pula adalah seperti banjir, tsunami, kebakaran dan kemalangan semasa mendaki

Video tu pendek sahaja namun nak tunggu video itu keluar sungguh lama kerana ada klip video mengenai tarian, orkestra dan lain-lain

Tedi nak jadi askar?Apabila Tedi menonton klip video itu, Tedi rasa bila besar nanti Tedi nak jadi askar yang bawa kapal terbang. Kalau tak dapat kapal terbang, helikopter pun boleh. Kalau tak boleh jugak, bagi la Tedi drive kapal perang tu...

Malaysia kurang filem-filem ketenteraan?Terfikir juga Tedi kenapa Malaysia kurang filem mengenai ketenteraan? Menjadi satu kerugian buat Malaysia apabila tak keluarkan filem2 sebegitu. Tak dapat filem, drama pun cukup la

Tapi jika ada pengarah yang benar2 nak keluarkan filem sebegitu, sila la buat betul2 pasal ketenteraan. Jangan nanti jadi filem romantik berlatarbelakang ketenteraan. Tedi selalu tonton filem perang China, takda pula unsur2 romantik sebaliknya unsur persaingan untuk menjadi tentera terbaik yang selalunya berakhir dengan persahabatan

Malaysia aman, kenapa perlu filem ketenteraan? Nak cerita pasal apa?Filem ketenteraan bagi Tedi akan:menyerap semangat soldadu ke dalam jiwa rakyat Malaysia.menyerap rasa bangga dalam jiwa tenteramenyerap rasa kagum & ingin jadi tentera kepada anak muda.menunjukkan kecanggihan peralatan yang kita ada.menunjukkan kecekapan tentera Malaysia.Filem adalah terjemahan kepada harapan bangsa, jadi sepatutnya filem Malaysia patut juga menunjukkan apa yang kita harap pada tentera Malaysia iaitu tentunya kita mahu mereka menjadi hero seperti Rambo

Tapi jangan la buat cerita yang penuh dengan dialog, sebaliknya tunjukkan kehidupan sebenar tentera. Buat sehingga penonton dapat hayati perasaan sebagai tentera. Buat sehingga bila habis cerita penonton kata, aku nak jadi tentera

Sebaliknya filem Malaysia kononnya ketenteraan tapi penuh dengan krisis percintaan, kalau bercinta kena la banyak cakap, sehinggakan bila habis cerita orang kata, "ini tentera?"

Sebagai contoh ada drama pasal pemandu jet pejuang, rupa-rupanya cerita jiwang jer, nak tengok bayang jet pejuang pun susah! 
Mungkin susah la nak berlakon guna jet pejuang, tapi cari la alternatif contohnya masa mereka buat eksesais (latihan) tu kerjasama la dengan mereka untuk rakam, lepas tu selit la dalam drama/filem. Kalau berlakon bercinta sambil tawaf Kaabah tu boleh la pulak? Pening Tedi fikir macam mana la manusia ni shooting di Kaabah

Komen Tedi?Tiada komen, Tedi nak pergi mandi

Rujukan untuk kawan-kawan:Tesco Putra NilaiMaklumat mengenai Tesco Putra Nilai dari laman web rasmi TescoPeta ke Tesco Putra Nilai oleh wikimapia.thestar.com: More shopping options in Nilai.NilaiInformations about Nilai from Wikipedia (English)Nilai location map from MalaxiNilai ImpianNilai Impian community forum (new)Nilai Impian map collection from MalaxiProjek perumahan oleh Sime Darby Property di Nilai Impian; rumah cantik, suasana indah, harganya pun boleh tahan! Hehehe.20130601

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2013/06/kembara-tedi-130601.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kacang Botol Tedi Dah Berbunga Bunga

Kacang Botol Tedi Dah Berbunga Bunga

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 807 hits
Yuhuu akhirnya berbunga juga pokok Kacang Botol Tedi walaupun daunnya kekuningan sikit Gambar pokok kacang botok atau kacang kelisa atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil winged beans Sumber gambar Mungkin Tedi perlu lipat gandakan usaha mena...
Alhamdulillah Dapat Juga Sambung Ke Jaringan Kerja Sekolah Tedi

Alhamdulillah Dapat Juga Sambung Ke Jaringan Kerja Sekolah Tedi

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 276 hits
Pada waktu ini tiada apa yang dapat Tedi ungkapkan selain ucapan syukur Sambung buat kerja sekolah selepas tidur sebentar Mommy tadi beriya nak tolong kejut tapi dia yang tidur Tak mengapalah dapat bangun pun dah kira ok alhamdulillah Gamba...
Tedi Tanam Kubis

Tedi Tanam Kubis

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 268 hits
Malam ni Tedi semai kubis Saje wat malam2 supaya takdela panas nanti Sawi yang dah tanam 2 minggu lepas Tedi buh taik ayam sebab daun ia dah kuning tak cukup makanan agaknya Itu yang kat depan rumah yang kat belakang rumah Tedi semai kacang...
Kembara Menuju Allah Oleh Ustazah Asma Harun

Kembara Menuju Allah Oleh Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 362 hits
Kembara Menuju Allah oleh Ustazah Asma HarunInilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya Buku ini mengandungi monolog monolog hati kisa...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi