Hanya Perlu Kad Pengenalan Terbang Dengan Firefly Airline


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dirindui dan dikasihi sekalian. Masa untuk update blog setelah asyik bercuti dan berjalan sakan yer semenjak kerajaan dah mula benarkan rentas negeri bagi mereka yang sudah lengkap vaksin. Memang betul-betul gunakan peluang yang diberikan setelah hampir dua tahun terkurung dirumah sahaja. Namun SOP tetap kena ikut dan juga sebelum Maha nak gerak balik kampung atau juga travel mana-mana sekarang ni akan buat ujian kendiri menggunakan RTK. Ini semua demi keselamatan diri dan mereka yang berada bersama dengan kitakan



Kali ini Maha nak kongsikan pengalaman pergi bercuti selamat enam hari ke Pulau Langkawi yang menjadi destinasi pelancongan pertama dibuka mengikut gelembong pelancongan selepas PKP. Maha akan kongsikan pada korang setiap destinasi yang Maha kunjungi. Banyak lagi sebenarnya lokasi yang ramai orang tak tahu dan juga akan menjadi daya tarikan baharu di pulau bersejarah ini. Tapi sebelum tu Maha nak kongsikan percutian ini dibawakan khas oleh FireFly Airline yang sudi terbangkan Maha dan kawan-kawan lain daripada SkyPark Terminal atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau ada orang panggil Lapangan Terbang Subang senang




Terujalah setelah sekian lama tak naik kapal terbang kali ini bercuti dalam negara naik kapal terbang. Macam biasa sampai kat SkyPark Terminal tu terus check in bagasi kerana kami disediakan dengan bagasi untuk 20kg seorang. Kalau nak tambah lagi boleh ada dalam laman sesawang FireFly. Masa untuk check in sekarang ini menjadi sangat mudah tidak perlu untuk cetak tiket dari rumah hanya perlu bawa kad pengenalan sahaja. Nanti masa nak check in bagasi tu hanya tunjuk sahaja kad pengenalan nanti mereka akan cetakkan tiket dan buat segala urusan untuk check in ini




Sangat mudah dan sangat cepat tak perlu nak bebaris panjang dan menunggu lama. Kakitangan FireFly yang ada kat kaunter pun sangat membantu dan ramah. Kita boleh tanya apa sahaja kemuskilan untuk SOP baharu ni. Masa check in tu mereka akan semak kad pengenalan dan juga kena buka aplikasi MySejahtera kerana mereka nak tengok sudah lengkap vaksin atau belum. Itu adalah SOP baharu jadi korang kena siap sedia kad penganalan dan juga telefon dah daftar MySejahtera ok



Siap proses untuk check in bagasi memang mudah. Hari tu Maha bawa bagasi yang sederhana besar hanya dalam 10 kilo sahaja beratnya. Dalam tu jangan cakap lah penuh dengan pakaian untuk percutian dan aktiviti sepanjang enam hari kat Langkawi. Kena sedia baju untuk mandi, baju untuk OOTD, baju untuk tidur dan semualah. Cuma nak ingatkan kalau korang ada bawa barangan elektronik seperti power bank, laptop, kamera digital atau juga rokok elektronik a.k.a vape tu, kena bawa dalam hand carry ok kerana itu peraturan. Tak dibenarkan letak dalam bagasi ok



Lepas tu masa nak masuk ke ruangan menunggu untuk ke pintu belepas korang dikehendaki untuk imbas QR Code dan daftar dalam laman TRAC APM. Ini makan masa sikit kerana dalam laman tu korang kena isi detail yang dikehendaki. Ini semua SOP baharu kalau nak travel dalam musim lepas pandemik. Semua untuk kemudahan dan keselematan semua jugakan jadi kita ikut sahaja tak ada masalah. 


Masa tunggu kat ruang belepas tu pun selesa banyak tempat duduk walaupun SkyPark Terminal ini tak sebesar KLIA tapi ia tetap bagi keselesaan kepada semua pengguna. Bila tiba masa untuk naik pesawat nanti korang akan dikehendaki sediakan sekali lagi pas tiket penerbangan yang telah dicetak tadi juga kad penganalan. Masa nak masuk tu mereka akan semak dan juga minta kita buka mask sekejap untuk kenal pasti betul ker orang yang sama nak menaiki penerbangan tu dengan tiket. Tapi korang sepanjang berada kat SkyPark Terminal tu kena pakai mask ok wajib nanti kena denda pulak





Penebangan ke Langkawi memakan masa lebih kurang satu jam lima belas minit sahaja. Walaupun sekejap FireFly ada sediakan korang kudapan dan juga minuman dalam penerbangan tu. Ada bagi biskut dan juga kacang masin dengan air mineral. Kalau korang nak makan boleh nak simpan dan tidur sepanjang penerbangan pun boleh. Anak kapal dalam tu sedia membantu korang kalau ada apa masalah sepanjang pernerbangan mereka sangat mesra yer. Maha nasihat korang buang air siap-siap kat terminal tu lagi senang dan juga selesa, walaupun dalam flight ada tanda tapi terhad




Akhirnya destinasi yang kami tunggu pun sampai iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA). Dapat juga menjejak kaki ke pulau yang sangat menarik dan banyak tempat nak pergi ni. Tapi sebelum tu jangan lupa ambil bagasi yang check in tadi karang tiada pakaian lak hehehe. Apa pun Maha nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Firefly Airline atas layanan yang terbaik dan istimewa sepanjang dalam penerbangan. Pergi balik Langkawi Maha naik FireFly Airline memang best dan selesa. Double thumbs up Maha bagikan pada semua kakitangan FireFly Airline. 
Kalau korang nak dapatkan info lanjut tentang FireFly dan pembelian tiket layari :Laman web : https://www.fireflyz.com.my/Facebook : https://www.facebook.com/Firefly/Instagram : https://www.instagram.com/fireflyairlines/









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2021/11/hanya-perlu-kad-pengenalan-terbang-dengan-firefly-airline.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbang Ke Langkawi Dengan Firefly

Terbang Ke Langkawi Dengan Firefly

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 530 hits
Assalamualaikum semua Eh rasa excited kejap nak update entri travel BBL ke Langkawi Last week saya housemate kawan kawan pergi bercuti kat Pulau Mahsuri Siapa tak seronok weh dapat rentas negeri jalan jalan kan Mulanya kami plan nak naik ba...
Pengalaman Terbang Bersama Firefly Penang Langkawi

Pengalaman Terbang Bersama Firefly Penang Langkawi

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraWahh sudah lama tak menulis artikel travel Rindu betul nak menulis cerita travel dan yang paling dirindukan adalah travel ke tempat tempat menarik Baiklah kalau anda antara pengikut aku di Instagram atau k...
Permohonan Online Kad Kredit Visa Rhb X Shell

Permohonan Online Kad Kredit Visa Rhb X Shell

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 174 hits
Permohonan Online Kad Kredit Visa RHB x ShellMohon Sekarang
Kad Nano Penjimat Elektrik

Kad Nano Penjimat Elektrik

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 129 hits
Di negara Zimbabwe Utara caj elektrik sangat tinggi Seorang pemuda telah menampal kad nano penjimat elektrik di meter rumahnya dan bulan pertama dia x perlu bayar bil elektrik Oleh kerana kad nano tersebut terlalu efisyen syarikat elektrik ...
Resipi Kuih Cek Mek Kelantan Mudah Hanya Guna 4 Bahan

Resipi Kuih Cek Mek Kelantan Mudah Hanya Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 402 hits
Sedapnya kuih Cek Mek ni Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap dan mudah disediakan Hanya menggunakan bahan bahan mudah didapati kuih ini sesuai dinikmati pada bila bila masa sama ada di waktu pagi petang...
Mini Paratha Onion Sosej Menu Simple Cepat Sedap Hanya Guna 3 Bahan Sahaja

Mini Paratha Onion Sosej Menu Simple Cepat Sedap Hanya Guna 3 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 434 hits
Bila dah bekerja seharian mama pun sibuk dan terlupa nak sediakan makan petang untuk anak anak Resipi simple sebenarnya penyelamat mama Jom sediakan mini paratha onion sosej dengan menggunakan 3 bahan sahaja Umie WFH kol 4 masih ngadap lapt...
Cara Cara Keluarkan Duit Di Atm Tanpa Kad

Cara Cara Keluarkan Duit Di Atm Tanpa Kad

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 354 hits
Masih admin teringat kata kata dari Staf Maybank dulu semasa buka akaun bank katanya kalau terlupa bawak dompet kita boleh keluarkan duit dari mesin ATM tanpa kad Tapi tak pernah terlupa pula bawa dompet menyebabkan admin pun terlupa akan h...
Pendaftaran Untuk Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia

Pendaftaran Untuk Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 217 hits
Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia adalah program diskaun dan kesetiaan bagi kegunaan semua lapisan masyarakat Pemegang kad khususnya rakyat Malaysia boleh memperolehi segala manfaat dengan mendapatkan diskaun bukan sahaja di tempat tempat utama ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti