Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama Gembira Dapat Balas Jasa Nenek


Kembar seiras yatim piatu terima ijazah kelas pertama, gembira dapat balas jasa nenek. Pasangan kembar seiras yatim piatu, Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof, 23 tahun berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka.
Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama Dari kiri: Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof bersama neneknya, Wan Zaharah Ahmad dan Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof. Pasangan kembar ini menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini. Lebih manis lagi, kejayaan itu hadiah terindah kepada nenek mereka iaitu Wan Zaharah Ahmad, 79.
Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
Pasangan kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini.
Wan Zaharah telah menjaga pasangan kembar itu sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
SITI NUR MASMERA DALINA DAN SITI NUR MASTIKA DALIANA MASING-MASING MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PERALATAN) DENGAN KEPUJIAN. 
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna.

“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
Selain itu, Siti Nur Mastika Daliana, turut berkongsi rasa syukur dan bangga atas kejayaan mereka meraih ijazah dalam bidang kejuruteraan.
“Kami sentiasa saling memberi semangat antara satu sama lain. Nenek juga sangat berjasa dalam hidup kami dan saya sangat hargai kasih sayang dan pengorbanan daripada nenek yang tiada galang ganti.
“Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, kami tahu bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk keluar daripada kesusahan,” ujarnya.
Gembira Dapat Balas Jasa Nenek Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.
“Saya seorang suri rumah dan kehilangan suami, Awang Ngah Sulong ketika pasangan kembar itu berusia 15 tahun.
“SAYA SANGAT BANGGA DAN TERHARU DENGAN KEJAYAAN MEREKA. WALAUPUN KAMI TIDAK MEMPUNYAI BANYAK HARTA, SAYA SELALU BERPESAN SUPAYA MEREKA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.
“Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Sementara itu, Wan Zaharah turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
“Saya juga berterima kasih kepada Yayasan Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atas sumbangan dana kebajikan kepada Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana hingga mereka berjaya menamatkan pengajian di UC TATI,” ujarnya.
PADA MAJIS ITU, SITI NUR MASMERA DALINA TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH REKTOR ATAS KECEMERLANGANNYA YANG TIDAK HANYA TERHAD KEPADA BIDANG AKADEMIK TETAPI JUGA AKTIF DALAM KOKURIKULUM.
Siti Nur Masmera Dalina juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.
Sementara itu Rektor UC TATI, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, beliau turut memuji keberanian dan semangat kedua-dua kembar tersebut.
“Mereka adalah contoh terbaik kepada semua pelajar bahawa kejayaan bukanlah semata-mata bergantung kepada keadaan asal kita tetapi kepada usaha dan komitmen yang kita tunjukkan,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian 
Baca artikel lain juga: Rezeki Bayi Kembar Lima Bakal Terima Insentif RM529,000, Ibu Bapa Pun Layak Dapat Elaun
Respect! Bakal Timang Cucu Ke-11, Warganet Kagum Semangat Nenek Kejar Impian Dapatkan Ijazah
Genetik Ibu, Usia Lebih 35 Tahun & Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras. Petua Hanya Mitos!
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
The post Kembar Seiras Yatim Piatu Terima Ijazah Kelas Pertama, Gembira Dapat Balas Jasa Nenek appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kembar-seiras-yatim-piatu-terima-ijazah-kelas-pertama-gembira-dapat-balas-jasa-nenek/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Seperti Cinta Pertama Gong Yoo Imbas Pertemuan Pertama Dengan Chae Jungan Ketika Coffee Prince

Dia Seperti Cinta Pertama Gong Yoo Imbas Pertemuan Pertama Dengan Chae Jungan Ketika Coffee Prince

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 171 hits
Mesti ramai kan yang pernah layan drama Coffee Prince yang ditayangkan pada 2007 dahulu Artikel Berkaitan Baru baru ini Gong Yoo telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Chae Jung an di mana mereka ada mengimbas kembali drama merek...
Lirik Lagu Pandang Pertama Buasir Otak The Muzik

Lirik Lagu Pandang Pertama Buasir Otak The Muzik

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 126 hits
Pertama kali Kita bersua Hati berdebar Lidah terkelu Lihat senyummu Rasa bahagia Bagai dunia Milik berdua Telah ku nekad Untuk luahkan Rasa di dada Tidak berpura Ku telah jatuh hati Sejak Wajahmu yang rupawan Senyuman yang menawan Namun hat...
Jualan Ev Di Malaysia Meningkat Untuk Separuh Pertama 2024

Jualan Ev Di Malaysia Meningkat Untuk Separuh Pertama 2024

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 138 hits
Jualan kenderaan elektrik berkuasa bateri di Malaysia melonjak 112 peratus pada separuh pertama 2024 dengan sebanyak 6 617 unit terjual berbanding 3 117 unit dalam tempoh sama pada 2023 Menurut Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Ten...
Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor Rai Perjalanan Dalam Industri Muzik

Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor Rai Perjalanan Dalam Industri Muzik

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 112 hits
KUALA LUMPUR Kali pertama Jaclyn Victor menggegarkan dunia muzik Malaysia adalah sekitar dua dekad lalu apabila menjuarai pertandingan nyanyian Malaysian Idol 2004 Pada Sabtu penyanyi bervokal lantang itu sekali lagi kembali memukau dengan ...
Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan Solid Food Buat Warga Maya Geram

Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan Solid Food Buat Warga Maya Geram

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 124 hits
Gelagat Faliq anak Puteri Aisyah kali pertama makan solid food buat warga maya geram Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah satu milestone yang besar dalam perkembangan mereka Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan Sol...
Adira Salahudi Trauma Hamil Anak Kedua Masa Umur Anak Pertama Empat Bulan Sumpah Tak Kelakar

Adira Salahudi Trauma Hamil Anak Kedua Masa Umur Anak Pertama Empat Bulan Sumpah Tak Kelakar

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 146 hits
Pempengaruh media sosial Adira Salahudi yang kini sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiga sempat menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya mengenai perancangan hamil Menerusi sebuah posting di Instagram Story Adira menjawab satu soalan d...
Soalan Pertama Tanya Pada Cikgu Ada Kerja Sekolah Tak Ibu Ini Utamakan Eq Dari Homework

Soalan Pertama Tanya Pada Cikgu Ada Kerja Sekolah Tak Ibu Ini Utamakan Eq Dari Homework

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 139 hits
Setiap ibu bapa mahukan memberi yang terbaik buat anak Ia termasuk memastikan anak pandai belajar walaupun masih kecil Namun untuk hal ini sudah tentu setiap ibu bapa mempunyai pendirian masing masing dalam mendidik anak Begitu juga dengan ...
Aeon Digital Bank Pertama Patuh Shariah

Aeon Digital Bank Pertama Patuh Shariah

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 260 hits
Rasanya dah lama tak share kat sini tetiba rajin pula nak share kat sini berkenaan dengan pengalaman menggunakan Aeon Bank atau Bank Digital Aeon Aeon Bank ni lain dengan kredit aeon yang berhutang tu tau yang ni macam kad debit jenis prepa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip