Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor Rai Perjalanan Dalam Industri Muzik




KUALA LUMPUR: Kali pertama Jaclyn Victor menggegarkan dunia muzik Malaysia adalah sekitar dua dekad lalu, apabila menjuarai pertandingan nyanyian Malaysian Idol 2004. Pada Sabtu (12 Okt), penyanyi bervokal lantang itu sekali lagi kembali memukau dengan persembahan penuh nostalgia di Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Jaclyn yang nama lengkapnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 45 tahun, memulakan persembahan dengan lagu-lagu medley “When You Believe” dan “It’s All Coming Back to Me Now” . Vokal yang lantang jelas mengukuhkan kedudukannya sebagai ratu vokal Malaysia, yang tidak boleh dipertikaikan.
Pilihan lagu untuk persembahan Jaclyn pada konsert solonya itu dibuat secara berhati-hati untuk mengimbangkan nostalgia dan lagu-lagu baharu. Dari lagu klasik seperti “Superwoman” dan “Di Bawah Pohon Asmara” kepada hit terkininya, termasuk “Kejutkan Aku” dan “Sesal Tak Bermakna.”
Jaclyn kemudiannya berduet dengan bekas ‘protegenya’, penyanyi Hael Husaini, menyampaikan lagu-lagu “Ceritera Cinta” dan “Sandarkan Pada Kenangan.” Paduan bertenaga suara kedua-duanya ketika menyampaikan lagu-lagu berkenaan begitu mempersonakan.
Apabila mendendangkan lagu “Jagalah Diri”, Jaclyn sekali lagi tidak mengecewakan para penonton. Lagu yang disampaikan berikutnya “Cinta” juga amat menghiburkan.
Para peminat Jaclyn kemudiannya dihiburkan dengan lagu ikonik Sheila Majid “Sinaran” yang turut hadir menonton konsert itu. Suasana menjadi gamat apabila Jaclyn turun dari pentas dan menuju kepada penyanyi Liza Hanim dan Marsha Milan untuk sama-sama menyanyikan lagu itu.
Satu lagi momen indah apabila Jaclyn mendendangkan dengan penuh perasaan lagu yang dipopularkan oleh Anuar Zain iaitu “Sedetik Lebih”.  Ini diikuti lagu “Cinta Tiada Akhirnya”  dan lagu medley rancak “Las Ketchup”, “Conga” dan “Let’s Get Loud.”  Jaclyn turut berduet dengan Siti Nordiana melantunkan “Nisan Cinta”.
Jaclyn kemudiannya menyampaikan”Koleksi Gemilang” dan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu ikonik Malaysia selama 10 minit. Keseluruhan dewan bertukar seolah-olah sebagai sesi karaoke, dengan rata-rata penonton termasuk penulis sendiri, menyanyi bersama dengan penuh bersemangat.
Jaclyn juga tidak ketinggalan berkongsi dengan para peminatnya beberapa lagu yang terkandung dalam album baharunya, seperti “Lepaskan Saja”,”Racun”,”Airmataku” dan “Run” di samping lagu “Inilah Saatnya” secara eksklusif daripada single baharunya.
Persembahan konsert itu dilengkapkan lagi dengan Jaclyn ‘bersatu semula’ dengan trio 3Suara. Bersama mereka mendendangkan lagu-lagu kegemaran seperti “Semua Isi Hatimu”, “Di Mana-Dimana” dan lagu yang menjadi tidak lapuk dek zaman “Beribu Sesalan.”  Penyampaian mereka penuh harmoni dan masih menyengat.
Akhir sekali, Jaclyn tidak menghampakan peminatnya dengan lagu yang amat dinanti-nantikan iaitu “Gemilang.” Penonton bersorak keriangan dan masing-masing bangun memberikan tepukan untuk persembahan yang sungguh mengagumkan.
Jaclyn menutup persembahannya dengan menyampaikan lagu klasik Bollywood, “Bole Chudiyan” yang membuatkan penonton sekali lagi bangkit dan ramai yang turut sama menyanyi. 
Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor yang berlangsung meriah itu meraikan perjalanan selama kira-kira dua dekad penyanyi tersebut dalam industri muzik Malaysia.


Source link
The post Konsert solo pertama Jaclyn Victor rai perjalanan dalam industri muzik appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/konsert-solo-pertama-jaclyn-victor-rai-perjalanan-dalam-industri-muzik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekod Baru Jennie Bp Artis Solo Wanita Pertama Raih 8 Pencalonan Di Anugerah Mama 2024

Rekod Baru Jennie Bp Artis Solo Wanita Pertama Raih 8 Pencalonan Di Anugerah Mama 2024

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 141 hits
Jennie BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah sebagai artis solo Artikel Berkaitan Baru baru ini Mnet Asia Music Awards 2024 telah mengeluarkan senarai penuh calon pemenang untuk 18 kategori Untuk pengetahuan Anugerah MAMA 2024 akan b...
Konsert Solo Terbesar Afgan Di P Pinang

Konsert Solo Terbesar Afgan Di P Pinang

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 158 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi popular Indonesia bergenre melankolik Afgan bakal menjayakan konsert solo terbesar dalam perjalanan kariernya sebagai penyanyi yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 28 Disember ini Bertempat di Setia Spice Aren...
Lirik Lagu Pandang Pertama Buasir Otak The Muzik

Lirik Lagu Pandang Pertama Buasir Otak The Muzik

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 180 hits
Pertama kali Kita bersua Hati berdebar Lidah terkelu Lihat senyummu Rasa bahagia Bagai dunia Milik berdua Telah ku nekad Untuk luahkan Rasa di dada Tidak berpura Ku telah jatuh hati Sejak Wajahmu yang rupawan Senyuman yang menawan Namun hat...
Teo Nie Ching Wanita Pertama Terajui Dap Johor

Teo Nie Ching Wanita Pertama Terajui Dap Johor

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 208 hits
Dua pemimpin Wanita DAP Johor Teo Nie Ching dan Wong Shu Qi menempa sejarah apabila masing masing dipilih sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP Johor dalam pemilihan parti itu hari ini Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai dan Timbalan M...
Tempoh 10 Tahun Pertama Dalam Perkahwinan

Tempoh 10 Tahun Pertama Dalam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 243 hits
Kalau usia perkahwinan kamu tak sampai 10 tahun kamu tu kiranya masih pengantin baru Pernahlah disampaikan oleh seorang cikgu saya perihal perkahwinan semasa kami berjaulah bersama Ringkas Tapi saya benar benar amati pesanan simple ni Banya...
Pertama Kali Merasai Mee Celup

Pertama Kali Merasai Mee Celup

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 129 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Selamat bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa Semoga semua sihat sihat sahaja Minggu lepas pergi rumah kakak di Kulim dan berehat sebentar di Bertam Resort Penang Adik ipar kakak belikan mee celup un...
Nikmati Kopi Lovns Dengan Cawan Berinsulasi Ais Pertama Dunia

Nikmati Kopi Lovns Dengan Cawan Berinsulasi Ais Pertama Dunia

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 407 hits
NIKMATI LOVNS COFFEE DENGAN CAWAN R PET BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA Assalammualaikum semua Dah lama Ruby tak berkongsi aktiviti memburu kopi Kali ini Ruby nak kongsikan keunikan kopi di kafe yang lain dari yang lain iaitu di kafe LOVNS Di...
Zahirah Macwilson Aiman Hakim Pertama Kali Kongsi Foto Sekeluarga

Zahirah Macwilson Aiman Hakim Pertama Kali Kongsi Foto Sekeluarga

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 285 hits
Pasangan selebriti popular Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza buat pertama kali kongsi foto sekeluarga telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahi...
Hiburan Dia Enggang Saya Ni Pipit Ogy Ahmad Daud Imbas Kisah Cinta Pertama Pernah Dapat Ugutan B Nuh

Hiburan Dia Enggang Saya Ni Pipit Ogy Ahmad Daud Imbas Kisah Cinta Pertama Pernah Dapat Ugutan B Nuh

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 161 hits
Pelakon terkenal berkongsi cerita mengenai kisah cinta pertamanya yang membuatkan dia kecewa dan membawa diri ke Kota London Kongsi Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud 62 hubungannya bersama lelaki itu tidak kesampaian dan turut mel...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi