Kembalikan Kerajaan Awam Di Myanmar Anwar




Kembalikan kerajaan awam di Myanmar – AnwarOleh: Redzuan RF8 MediaFebruary 01, 2021SharePihak tentera tidak seharusnya melakukan rampasan kuasa di Myanmar yang sedang berusaha untuk memulihkan demokrasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan di Myanmar amat merungsingkan tatkala pihak tentera seolah-olah mahu mengembalikan negara itu ke era sebelum pilihan raya umum (PRU) 2015 yang menyaksikan kerajaan awam berjaya ditubuhkan.
“Pihak tentera seolah-olah sedang menggerakkan kudeta atau rampasan kuasa yang dilihat akan menginjak suara rakyat dan demokrasi. Semua pihak harus menjunjung perlembagaan, mandat rakyat serta akur dengan keputusan pilihan raya (yang terbaharu).
“Meski terdapat banyak kecurangan serta pencabulan hak asasi manusia yang melibatkan warga dan masyarakat Rohingnya oleh rejim yang lalu, demokrasi di Myanmar masih di peringkat permulaan serta punya masa depan. Tindakan pihak tentera ini hanya akan membalikkan aspirasi rakyat Myanmar, dan menjerumuskan negara itu terus ke lembah kediktatoran,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Presiden KEADILAN tersebut mahu pemimpin-pemimpin ASEAN melakukan tindakan pro-aktif bagi menamatkan tindakan ketenteraan dan penahanan pemimpin kerajaan yang sah di negara berkenaan.
“Pemimpin-pemimpin dunia dan ASEAN harus menggembeleng suara dan menggesa pembebasan segera pemimpin-pemimpin Myanmar dan mesti menegakkan negara hukum.
“Setelah berjuang sekian lama, rakyat Myanmar berhasil untuk memungkinkan sebuah perlembagaan dan hak terkait pilihan raya.
“Pihak tentera di sana sewajarnya mempertahankan aspirasi demokratik rakyat dan saya menggesa mereka untuk hormat serta lindungi pilihan yang telah dibuat oleh rakyat. Ia belum terlambat untuk melakukan yang sepatutnya untuk bangsa dan rakyat,” katanya lagi.
Myanmar diperintah oleh rejim junta tentera sejak rampasan kuasa pada 1992. Sejak itu tokoh demokrasi Aung San Suu Kyi dikenakan tahanan rumah.
Pada 2015 parti Suu Kyi, NLD menang dalam Pilihan Raya Umum dan membuka jalan kepada perkongsian kuasa dengan tertubuhnya kerajaan tentera – awam.
Namun pada PRU 8 November 2020 lalu parti Suu Kyi menang besar, sedangkan parti pro tentera hanya mendapat 30% sokongan. Pihak tentera mengambilalih kerajaan pada awal pagi 1 Februari dengan alasan berlaku penipuan dalam PRU.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/kembalikan-kerajaan-awam-di-myanmar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Habislah Muhyiddin Anwar Nak Bentuk Kerajaan Dah Ni

Habislah Muhyiddin Anwar Nak Bentuk Kerajaan Dah Ni

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 324 hits
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim kesediaah Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bekerjasama adalah semata mata kerana mahu membela nasib dan kepentingan rakyat Dilaporkan oleh Fareez Azman dari pada 20hb Januari 202...
Fdi Jatuh Salah Kerajaan Henti Jadikan Covid 19 Alasan Kata Anwar

Fdi Jatuh Salah Kerajaan Henti Jadikan Covid 19 Alasan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 276 hits
FDI jatuh salah kerajaan henti jadikan Covid 19 alasan kata Anwar January 27 2021 Anwar Ibrahim berkata ketidakstabilan politik ialah faktor utama pelabur asing memilih negara lain berbanding Malaysia PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar I...
Kerajaan Perpaduan Di Bawah Anwar Penyelesaian Terbaik Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Di Bawah Anwar Penyelesaian Terbaik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 275 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Penubuhan kerajaan perpaduan yang diterajui ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk blok pembangkang dan kerajaan berbanding tindakan mencabar proklamasi darurat Penganali...
Hairan Kepada Kerajaan Tak Berani Sentuh Golongan Kaya Pemilik Bank Anwar Ibrahim

Hairan Kepada Kerajaan Tak Berani Sentuh Golongan Kaya Pemilik Bank Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 248 hits
Kerajaan Perikatan Nasional sekarang tidak melaksanakan dasar moratorium pinjaman secara automatik seperti sebelum ini kerana mereka tidak berani menyentuh golongan kaya Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata sepatutnya dilaksanakan seperti ket...
Pelaburan Merudum Pengangguran Meningkat Kerajaan Pn Hilang Hala Tuju Anwar

Pelaburan Merudum Pengangguran Meningkat Kerajaan Pn Hilang Hala Tuju Anwar

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 236 hits
POSTED BY AMIR WRLRKerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam ekonomi sehingga menghilangkan keyakinan pelabur asing untuk menanam modal di negara ini Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata p...
Terkini Anwar Dakwa Punyai Jumlah Kerusi Mencukupi Bagi Bentuk Kerajaan Baru

Terkini Anwar Dakwa Punyai Jumlah Kerusi Mencukupi Bagi Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 257 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi di Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu Bagaimanapun Anwar menyatakan perkara berkenaan perlu menunggu atas ihsan dan budi bicara Yang di ...
Anwar Abbas Orang Yang Mengaku Pancasilais Mestinya Tidak Anti Agama Tertentu

Anwar Abbas Orang Yang Mengaku Pancasilais Mestinya Tidak Anti Agama Tertentu

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 165 hits
Konstitusi Indonesia menjamin berlakunya Hak Asasi Manusia bagi setiap warganya Akan tetapi HAM tidak begitu saja dapat dijadikan alasan sebagai dasar pemberlakuan suatu kebijakan publik Ketua PP Muhammadiyah Anwar Abbas mengingatkan bahwa ...
Banyak Kena Paham

Pisp Program Ijazah Sarjana Perguruan Di Ipg

Laman Sendayan 2 Kediaman Eksklusif Dengan Perbandaran Lengkap Bertaraf Dunia

Larang Minum Arak Di Pulau Pulau Di Thailand

Anak Takut Sunat Ibu Ayah Kena Tahu Cara Pujuk

Umno S Ethno Religious Agenda Caused Mca Mic Decline Urimai

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Tropical Spice Garden Di Teluk Bahang

Polis Sita Aset Hampir Rm1 Juta Disyaki Hasil Pengedaran Dadah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Bukan Perlumbaan Fokus Pada Diri Sendiri

Orodesign Platform Jual Beli Emas Fizikal Yang Terus Menerima Kepercayaan Rakyat Malaysia

Rebut Peluang Hebat Di Laman Sendayan 2 Sebelum Terlambat

Diam Bukan Kalah Tapi Tenang

Mingguan Startup Drama Atau Perubahan Besar Anda Tentukan

Nama Shila Amzah Dipamer Di World Expo Osaka Peminat Tuntut Gelaran Datuk