Kembali Ke Sekolah Rutin Pagi Yang Sibuk


Sesi persekolahan dah mula. Dah hampir seminggu juga anak-anak ke sekolah. Ikut pimpinan kerajaan sekarang, seminggu awal ni adalah minggu bersuka ria.
Jadi setiap hari waktu persekolahan ada saja aktiviti yang sekolah adakan. Mungkin tak mahu bagi anak terperanjat terus belajar. Agaknya lah.

Minggu depan baru anak-anak akan mula belajar. Yihh. Kalau aku dulu sekolah tiada makna nak ada minggu suka ria. Ahaks.

Rutin sedikit berubah, anak nombor tiga dah masuk tahun 1. Dia rasa dia besar sangat dah. Dapat pakai baju macam kakak dan abang. Habis sekolah pun sama dengan kakak. Jadi mudah urusan.

 

Kembali ke Sekolah - Pagi Kembali Sibuk Setakat ni Alhamdulillah urusan sekolah semua berjalan lancar. Seperti dijangka rutin pagi aku kembali sibuk.

Lebih sibuk berbanding tahun lepas sebab tahun ini anak-anak request nak bawa bekal ke sekolah. Setuju nak masak sebab kadang-kadang kesian anak bosan dengan menu kantin jual.

Jadi sekarang memang otak sentiasa ligat cari idea untuk bekal. Setakat ini masih bertahan bekalkan makanan berat beserta biskut dan buah.

Pembelian buku dan peralatan sekolah kami dah selesaikan minggu akhir bercuti yang lepas. Dah ada pengalaman jadi tidak lah buang masa cari barang yang diperlukan.

Beli buku yang perlu sahaja memandangkan stok tahun lepas ada lagi buku anak tak sempat guna.

Ada sedikit perubahan terutama buku aktiviti subjek Bahasa Inggeris. Cikgu siap pesan beli buku aktiviti tambahan. Wajib untuk murid tahun tiga guna.







 

Si Bongsu Masuk Darjah 1 Pejam celik, anak bongsu dah melangkah ke darjah 1. Cepatnya anak kau besar. Memandangkan dia pra sekolah di sekolah yang sama jadi tidak lah risau sangat.

Jumaat sebelum sekolah dibuka, dah bawa dia untuk sesi orentasi. Persediaan untuk dia macam kakak abang dia yang lain.

Selesai beli barang keperluan dan memang kena latih dari awal supaya bangun awal. Kalau tidak masing-masing menolak jadi orang pertama masuk bilik air.

Setakat ini anak gembira je ke sekolah. Syukur tak banyak karenah. Hari pertama tu dia agak teruja sebab jumpa kawan-kawan lama.

Hari seterusnya dah faham cara belajar dan boleh ingat apa cikgu pesan. Tiga hari pertama persekolahan aku ke sekolah, perhati dia makan dekat kantin.

Sekolah benarkan ibu bapa pantau anak dengan syarat hanya berada di kantin dan bukan di depan kelas.

 






Si Kakak TuKar Kelas Tahun ni banyak juga perubahan besar sekolah buat. Selain tukar nama kelas, sekolah juga buat reshuffle untuk tahun tiga.

Sebagai emak aku mampu nasihat anak supaya lapang dada dan biasakan perubahan walaupun perkara itu tidak menyeronokkan.

Sekolah rombak semula jumlah murid mengikut kelas dan asingkan murid yang terlalu selesa dengan kawan rapat.

Tujuan utama nak elak budaya ‘klik’ yang kurang sihat. Berkawan tu tak salah tapi kalau membawa lebih banyak keburukkan aku setuju je sekolah buat rombakan.

Raudah antara murid yang terkena tempias perubahan. Dia masuk kelas baru tapi masih dengan Guru Kelas Tahun dua yang sama.

Guru sama yang jadi guru kelas sekarang. Jadi tidak lah aku risau sangat. Satu benda aku perasan anak-anak aku jenis survive, hati kering.

Dia tak kisah pun terpisah dengan kawan baik dia sebab dia fikir boleh jumpa lagi waktu rehat di kantin. Kawan kelas sebelah ada yang menangis sebb terpisah.

Macam-macam ragam anak-anak ni.







 

Abang Kembali ke Asrama Si abang pula meneruskan perjuangan kembali ke asrama. Tak sangka dah setahun abang belajar duduk di asrama.

Sehingga ke hari ini, kami dah buat perbincangan santai dengan Ikhwan. Tegur mana patut. Banyak lagi ruang kelemahan boleh dibaiki terutama bab pelajaran.

Ambil masa setahun juga aku nak biasakandiri waktu dia tiada. Selalu aku harapkan Ikhwan bantu aku dalam semua perkara kat rumah.

Adik-adik dia memang terasa sangat bila abang dah masuk asrama. Jadi memang meriah bila abang balik hujung minggu.

Tahun ini pula secara rasmi abang dipilih menjadi Pengawas. Sekolah lantik masuk di bawah biro disiplin.  

Proses pemilihan bermula dengan sesi interview oleh cikgu dan MPM. Selepas interview ada tempoh jadi pengawas percubaan selama beberapa bulan.

Awalnya kami berat hati izinkan dia jadi pengawas, risau dia tak dapat fokus belajar. Tapi dia berjanji nak buat yang terbaik. Hati mak cepat cair. Izinkan dengan syarat pelajaran tak terabai.

 

Dengan berkat dan rahmat Allah, kami bersyukur dapat tengok anak-anak semakin membesar. Sebagai ibu bapa, besar harapan kami anak berjaya di dunia dan akhirat.

Setiap kali aku menulis dekat sini, setiap kali itu lah aku akan ingatkan diri yang kasih sayang Allah itu luas, dan terlalu banyak yang Allah beri kepada keluarga kecil kami.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2025/02/kembali-ke-sekolah-rutin-pagi-yang-sibuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rutin Kami Setiap Pagi Di Hari Bekerja

Rutin Kami Setiap Pagi Di Hari Bekerja

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 59 hits
Assalamualaikum Setiap hari sini la tempat kami suami isteri lepak sampai 6 30 kat Brickfield ni order air order makanan lepas tu bergilir pi solat lepas solat sarapan pagi gerak dari sini ke office dalam kul 7 15am 7 30am SA dah ada kat of...
Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Kembali Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 109 hits
Assalamualaikum Selamat kembali ke sekolah buat semua anak anak dan sahabat yang bergelar guru Semoga dipermudahkan urusan Good luck untuk sesi 2025
Anak Adam Corrie Adam Fateh Sudah Mula Sekolah Hero Abah Sudah Masuk Darjah 1

Anak Adam Corrie Adam Fateh Sudah Mula Sekolah Hero Abah Sudah Masuk Darjah 1

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 78 hits
Anak Adam Corrie Adam Fateh Sudah Mula Sekolah Hero Abah Sudah Masuk Darjah 1 Bagi ibu bapa melihat anak memasuki alam persekolahan adalah satu kebanggaan yang sukar digambarkan dengan kata kata Anak Adam Corrie Adam Fateh Sudah Mula Sekola...
Sebak Dua Beradik Hilang Anggota Badan Dalam Kemalangan Ke Sekolah

Sebak Dua Beradik Hilang Anggota Badan Dalam Kemalangan Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 103 hits
Seorang murid Tahun Satu kehilangan tangan kiri manakala adiknya kehilangan kaki kanan selepas digilis lori tanah di susur masuk ke Jalan Persekutuan Sungai Bakap pagi tadi Memetik laporan Harian Metro kejadian sekitar jam 7 15 pagi itu mel...
Jadual Sekolah Berubah Sepanjang Ramadan Sesi Petang Tamat Lebih Awal Kpm

Jadual Sekolah Berubah Sepanjang Ramadan Sesi Petang Tamat Lebih Awal Kpm

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 145 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa sekolah sesi petang yang melibatkan murid dan guru beragama Islam di negeri negeri Semenanjung Malaysia akan menamatkan sesi persekolahan lebih awal iaitu pada jam 5 30 petang sepanjang bul...
Ibu Ayah Terpaksa Tebal Muka Pinjam Rm200 Sehari Sebelum Sekolah Dibuka

Ibu Ayah Terpaksa Tebal Muka Pinjam Rm200 Sehari Sebelum Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 77 hits
Sebuah kisah menyentuh hati tentang kesusahan seorang sahabat yang terpaksa meminjam wang demi kelengkapan sekolah anak anak Keperitan hidup kadangkala membuatkan seseorang berada dalam dilema terutama apabila keperluan anak anak belum dapa...
Sekolah Hari Pertama Cikgu Beri Pesanan Pada Mak Ayah

Sekolah Hari Pertama Cikgu Beri Pesanan Pada Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 121 hits
Sesi persekolahan 2025 yang bermula hari ini pastinya membuatkan tugas ibu dan ayah kembali sibuk dengan rutin harian anak ke sekolah Paling mendebarkan pastinya ibu dan ayah murid Tahun 1 yang baru melangkah masuk ke sekolah hari ini Pasti...
Amanah Temerloh Santuni Pelajar Sekolah

Amanah Temerloh Santuni Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 81 hits
Mewakili Penyelaras Dun Kuala Semantan menyampaikan Bantuan Tunas Makmur dibawah Inisiatif Makmur Pahang kepada pelajar tahun 1 yang baru mula bersekolah harini ini di SK Lanchang dan SK Desa Bakti Kerajaan negeri Pahang dibawah pimpinan YA...
Tya Arifin Kongsi Kepayahan Ibu Uruskan Anak Sekolah Tak Cukup Tidur Mata Panda

Tya Arifin Kongsi Kepayahan Ibu Uruskan Anak Sekolah Tak Cukup Tidur Mata Panda

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 89 hits
Pelakon dan usahawan Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak anak lebih lebih pagi pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang bermula semalam Menerusi perkongsian Tya kat...
Govt Negotiating Lower Fees For Release Of Cars Stranded At Port Klang

Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

5 Brands With The Best Customizable Sofas

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir

Motorcyclist Assaults Snatches Gold Bracelet From Woman In Simpang Pulai

Hadits Arbain Nawawi 9 Menyikapi Perintah Dan Larangan

Makan Makan Sempena Birthday Mama Rania


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Time Management For Entrepreneurs

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Pancawarna

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Aud Jpy Pasangan Mata Wang Bersilang Rabu 26 Februari 2025

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns