Kembali Ke Kaca Televisyen Selepas 3 Tahun Dek Kontroversi Plagiat Netizen Selar Yoon Eunhye Kerana Terus Menipu
Kalau anda perasan, ‘ratu romantik’ drama Korea iaitu pelakon Yoon Eunhye sudah lama tidak tampil di kaca televisyen. Terkenal kerana mempunyai pelbagai naskhah popular di bawah genggamannya seperti “Coffee Prince”, “Princess Hours”, “My Fair Lady”, “Lie To Me” dan banyak lagi.
Karier merudum kerana kontroversi
Walaubagaimanapun, namanya mula suram selepas dia terlibat dengan satu kontroversi semasa menyertai pertandingan fesyen “Goddess Fashion” di China. Selama beberapa minggu perah otak, dia akhirnya memenangi tempat pertama dalam rancangan tersebut dengan rekaan kot putih berkolar yang berumbai di lengannya, mengambil tema drama file “Chronicles Of Narnia”.
Dalam kegembiraan memenangi anugerah tersebut, Yoon Eunhye dihentam oleh seorang pereka fesyen Korea iaitu Yoon Choonho kerana dituduh meniru rekaannya untuk musim F/W (luruh/sejuk) walhal pasukannya bekerja keras bagi menyiapkan pakaian tersebut. Tambah pereka itu lagi, pelakon wanita tersebut dan penggayanya ada mengambil pakaian sebagai tajaan beberapa hari sebelum itu.
Tak cukup dengan itu, dia sekali lagi dituduh meniru satu lagi rekaan daripada gaun yang dihasilkan Dolce & Gabbana pada tahun 2015. Yoon Eunhye bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan gaya tersebut diambil daripada stail Victor & Rolf pada tahun 2008 dan Koleksi Lanvin pada tahun 2014 yang juga menggunakan hiasan yang sama.
Pelakon itu terus menuduh pereka Yoon Choonho cuba mengambil peluang memburukkan namanya untuk menaikkan namanya sebagai seorang pereka. Pun begitu, para netizen meluahkan rasa marah kerana sikap muka tebal Yoon Eunhye yang tidak mahu mengakui kesalahannya walaupun sudah disajikan dengan bukti kukuh.
Kembali selepas 3 tahun
Selepas kontroversi tersebut, Yoon Eunhye cuba kembali ke kaca televisyen dengan drama “Love Alert” bersama pelakon Chun Jungmyung namun gagal untuk mendapat perhatian langsung.
Hampir 3 tahun berehat daripada dunia lakonan, wanita itu baru-baru ini telah muncul di dalam rancangan popular Korea iaitu “Radio Star”. Namun, kehadirannya sebagai tetamu nyata tidak disenangi para netizen.
Di dalam episod tersebut, Yoon Eunhye telah berkongsi bahawa dia sudah 8 tahun berhenti minum arak dan langsung tak keluar ke mana-mana untuk berjumpa dengan orang lain. Mendengarkan ceritanya itu, pengacara bertanya sama ada dia ada berjumpa dengan Kim Jongkook yang sering dikenenkan dengannya sejak daripada dahulu lagi. Wanita itu menolak dan mengatakan bahawa dia tak pernah keluar dengan mana-mana selebriti lelaki langsung.
Mendengarkan penjelasannya itu, kesemua netizen menarik nafas panjang dan menuduh bahawa Yoon Eunhye telah menipu orang ramai dengan kenyataannya itu. Menurut mereka, terdapat beberapa keping gambar dia keluar bersama pelakon Lee Byunghun dan Song Seungheon pada suatu ketika dahulu dan mempersoalkan kenapa dia perlu berbohong.
Tidak pastilah bila kemarahan netizen akan reda terhadap Yoon Eunhye dan masa depan wanita itu dalam dunia lakonan juga masih kelihatan kabur.
Sumber: OSEN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/kembali-ke-kaca-televisyen-selepas-3-tahun-dek-kontroversi-plagiat-netizen-selar-yoon-eunhye-kerana-terus-menipu/