Kembali Ke Eye Pro Vision Power Mata Naik
Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik! | Assalammualaikum semua! Sejak kita berada di rumah dengan selamat. Work from home (WFH) dan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Kebanyakan masa Ruby dan anak-anak bersama peranti mudah alih dan komputer riba. Sedar tidak sedar selepas buat spek mata di Eye Pro Vision pada September 2020 yang lalu. Boleh baca blog post disini https://www.ruby.my/2020/09/eye-pro-vision-alpha-blue-420.html?m=1.
Oktober 2021, Ruby alami rabun yang ketara. Pada mulanya hanya sakit kepala dan asyik nak terlelap mata seperti mata terlalu letih
Mungkin beralih dari satu peranti ke peranti yang lain dan tidak mendapat tidur pada waktunya membuatkan lagi bertambah teruk keadaan rabun mata.
Kembali Ke Eye Pro Vision! Power Mata Naik!
Ruby dan suami ke Eye Pro Vision dengan niat nak ganti spek mata jenis lebar yang trendy. Sebab spek mata stail bulat besar ni dah kena pipi. Jadi, apabila besi bertemu pipi, dia jadi naik ruam.
Sebelum masuk kedai, amalkan SOP okay? Tunjuk lengkap vaksinasi dan matang 14 hari. Kemudian imbas MySejahtera. Imbas suhu badan anda dan pakai sanitasi. Akhir sekali, anda akan diberikan sarung tangan plastik. Mudah kan
Alhamdulillah apabila ke Eye Pro Vision, Encik William ada! Senang berurusan dengan Encik William ni. Dari A sampai Z dia akan terangkan keadaan mata kita, bingkai spek mata yang sesuai dan harga mampu milik ofkoz la kan.
Power tak? Naik rabun dan silau. Adoiii. Ni mesti penangan duduk depan komputer lama-lama dan guna telefon pintar dalam gelap. Tanpa disedari akan menjejaskan penglihatan.
Sejak sudah tahu keadaan mata. Ruby tidak berani lagi menggunakan telefon di dalam suasana gelap walaupun ketika sedang tidur kan anak. Ruby letak tepi telefon dan mula tidur awal bersama anak. Jika dulu, ada je peluang balas email kerja, mesti nak balas masa tu juga.
Sesiapa sahaja WhatsApp Ruby, mesti Ruby nak balas on the spot. Lagi satu, shopping di kedai dalam talian dalam gelap dan berjam-jam lamanya. Kadang-kadang sehingga jam 3 pagi. Adoiii. Akibatnyaaa. Matakuuu
Seronok ke Eye Pro Vision sebab mereka menjaga SOP, Ruby pun tidak risau bab penjarakan fizikal. Lepas tu, semua proses dari cek mata dengan mesin, cek mata secara manual, pemilihan bingkai spek mata dan konsultasi tentang mata adalah sangat cepat. Ruby pun faham dengan penerangan yang Encik William ceritakan.
Selesai pembayaran. Spek mata anda akan siap dalam 1 jam! Yabedabedu. Jom kita pergi makan? Pergi shopping? Balik rumah? Datang balik? Semua boleh. Jangan bimbang, spek mata anda tetap siap dalam masa 1 jam walaupun anda ambil esok lusa tulat. Next week? Hehehe. Tapi, ni kan mata, sebolehnya lekas pakai yang baru. Barulah terang penglihatan. Hehehe.
Alpha Blue 420
Apabila membeli spek mata, sudah tentu kita perlu ambil tahu tentang kanta dan material bingkai pilihan. Ada yang suka bingkai plastik dan ada juga yang suka besi. Namun, untuk kanta. Pemilihan adalah perlu yang terbaik.
Mengikut gaya hidup kita dan membantu penggunaan harian. Kebiasaannya spek mata ni bersama setiap masa kecuali waktu solat dan tidur. Kita akan buka spek mata dan simpan rapi.
Alpha Blue 420 adalah kanta yang sesuai untuk silau malam dari pantulan lampu LED kenderaan. Ia juga sesuai untuk anda yang bekerja atau belajar 24 jam bersama komputer dan telefon pintar. Kanta ini menghalang 100% sinar biru dan ultra ungu (UV420).
Nasib baik la kos spek mata Ruby kali ni hanya RM 200 sahaja. Dulu RM 125 kan? Sekarang Ruby ambil bingkai spek mata yang fleksibel dan tahan lasak. Semakin meningkat masalah mata, semangkin tinggi kos kan? Tapi di Eye Pro Vision, anda tidak perlu bimbang. Sebab harga memang dalam bajet saudara saudari sekalian. Hehehe.
Cek Power Mata Anak-Anak
Kebiasaannya mata anak-anak ni jarang ibu bapa nak cek kan. Ada kalanya bila dah usia belasan tahun baru mereka tahu bahawa anak mereka rabun. Itu pun mungkin guru kelas di sekolah yang maklum sebab nampak simptom rabun
Ruby tidak mahu menjadi ibu bapa yang lewat bertindak. Malah pada zaman segalanya menggunakan peranti dan gadget. Risau sangat jika anak rabun atau silau pada usia 7 dam 5 tahun.
Namun, kita tidak boleh elak. Ruby ajak Adam dan Alif cek mata. Alif Daniel berusia 5 tahun, alhamdulillah mata dia okay. Tiada silau atau rabun. Cuma Adam Solihin, dia ada silau yang agak tinggi. 500 untuk silau sahaja! Astaghfirullahalazim.
Maka, Encik William sarankan bawa Adam ke doktor pakar mata. Ia lebih lengkap dan Adam masih muda. Mungkin rawatan awal akan pulihkan penglihatan. Jika tidak dirawat. Dari awal usia hingga ke akhir hayat akan bertukar spek mata dan seterusnya risiko buta.
Kedai Eye Pro Vision dah macam Optometri kan? Untuk nasihat begini, Encik William boleh sarankan. Selebihnya tindakan kita untuk ke rawatan pakar. Bila dah tahu keadaan mata anak, Ruby berasa lega juga. Jadi, Ruby bersiap sedia untuk temujanji Adam dengan pakar mata.
Eye Pro VisionG111, Ground Floor,Sungei Wang Plaza,Jalan Bukit Bintang, 55100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 11am - 5pmEncik William: +60163771304
FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/10/kembali-ke-eye-pro-vision-power-mata-naik.html