Kembali Bertugas Di Daerah Lahad Datu
Kembali Bertugas Di Daerah Lahad Datu | Asslamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang Murni janjikan dalam entri yang sebelum ni, hari ni Murni akan berkongsi berita gembira yang Murni terima masa dalam perjalanan pulang dari camping di Air Terjun Kg Maktab.
Kembali Bertugas di Daerah Lahad Datu Bermula dari panggilan telefon dari kakak Murni yang tidak berangkat masa dalam hutan, kemudian dalam perjalanan keluar menuju ke kawasan perkampungan Kg Botol Murni call semula kakak. Melalui panggilan telefon Murni dapat tahu yang Murni dapat berpindah bertugas di kampung halaman sendiri iaitu di Daerah Lahad Datu. Actually email pertukaran anggota sudahpun dihantar ke email pada sebelah petang hari Jumaat, tapi masa tu Murni dah tak buka email haha. Murni perlu lapor diri di tempat baru pada 03/02/2022
6 tahun lepas Murni mulakan perjalanan karier di bahagian perkhidmatan di sebuah organisasi X (bukan nama sebenar) sebagai pelatih untuk tempoh setahun kemudian Murni submit resume ke HQ & selepas beberapa bulan Murni di panggil untuk interview di HQ yang terletak di Kuala Lumpur. Alhamdulillah keputusan interview memihak kepada Murni dan Murni ditempatkan di Sandakan. Bermulalah Murni merantau ke luar daerah bermula dari bulan 11 tahun 2017 sehinggalah penghujung bulan 2 tahun 2022
Alasan utama Murni minta untuk berpindah ke cawangan Lahad Datu atas sebab ingin menjaga mak. Terlalu banyak kenangan pahit & manis semasa bertugas di Sandakan. Yang pahit tu semua Murni tolak tepi, gembirakan hati sendiri dahulu tumpukan niat utama bekerja kerana Allah & nak bantu keluarga. Allah uji sebab Dia sayangkan kita, knowing all the truth sangat sakit tapi Murni maafkan orang tersebut sebab nak berdamai dengan hati sendiri. Syukur Alhamdulillah Allah dengar doa-doa Murni selama ni nak lebih dekat dengan mak & nakkan persekitaran kerja yang lebih positif.
Dalam rasa gembira dapat berpindah ke tempat sendiri, Murni rasa sedih yakmat dan berat rasa hati tinggalkan sahabat-sahabat Murni yang selalu ada sepanjang berada di Sandakan. Murni bersyukur sangat sebab dikelilingi dengan orang yang baik-baik membantu dalam banyak hal. Terima kasih atas semua kebaikan kamu semua 😢
Sebelum Murni berpindah, pada 28/02/2022 syukur Alhamdulillah Puteri Bukit Hikers dapat berkumpul semuanya. Kami outing ke Pasar Malam Sandakan sebab dah lama sangat tak jejakkan kaki makan di sini. Usai makan kami pun pergilah menyumbangkan suara di pusat karaoke haha. Rindu keluar ramai-ramai macam ni huhu. Semua ni salah pandemik Covid-19, pergerakan jadi terbatas
29/02/2022 Murni pun dapat meluangkan sikit masa memenuhi permintaan kawan yang ajak makan tengah hari. Terima kasih Hafiz belanja kami, semoga sentiasa dikurniakan rezeki yang tak pernah putus seperti air Zamzam yang mengalir. Masa ni kami plan nak pergi hiking petang, last-last Murni tak jadi pergi sebab nak beli barang-barang untuk di masak pada keesokan harinya
30/02/2022 sebagai tanda ingatan untuk sahabat sebelum Murni pergi jauh, Murni masakkan menu spesial air tangan sendiri bakso & ayam masak Palleko' khas untuk mereka. Rindu nak main masak-masak di tempat Kak Sumie, terima kasih kak Sumie selalu pinjamkan dapur untuk kami
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebaik-baik pertemuan adalah kerana Allah & sebaik-baik perpisahan juga kerana Allah. Terima kasih sahabat untuk semua memori yang manis-manis.
Terima kasih semuanya untuk tanda ingatan ni. Kepada sahabat Murni kalau terbaca coretan ni, Murni minta maaf kalau ada salah silap, terlebih gurauannya, terlebih gelak tawanya, terguris hati, apa-apalah, semoga Allah lindungi kita semua & pelihara persahabatan kita. Aamiin Ya Allah Ya Mujib
Baiklah sampai sini saja perkongsian Murni mengenai berita gembira yang Murni terima beberapa bulan lepas, kembali bertugas di Daerah Lahad Datu. Terima kasih sudi baca entri ni 😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2022/05/kembali-bertugas-di-daerah-lahad-datu.html