Kematian Mengejut Tanda Kiamat



SOALAN:
Apakah mati secara tiba-tiba termasuk di dalam tanda-tanda Kiamat?

JAWAPAN:
Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Ini kerana, Allah SWT telah menyatakannya di dalam al-Quran secara jelas bahawa kematian itu akan datang kepada manusia dan ia tidak akan cepat atau lambat sesaat pun.

Firman Allah SWT:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” (Al-A’raf: 34)

Syeikh al-Zuhaili ketika menafsirkan ayat ini mengatakan setiap umat daripada umat-umat yang ada dan begitu juga setiap generasi daripada generasi-generasi yang ada mempunyai ketetapan umur yang tertentu sebagaimana yang ada di dalam ilmu Allah SWT. Apabila ketetapan umur tersebut telah sampai ke penghujungnya, maka akan terputuslah kehidupannya dan dia akan mula berpisah dengan dunia tanpa cepat atau lambat walau sesaat pun. [Lihat: Tafsir al-Wasit, 5/267]

Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith yang marfu’ daripada Nabi SAW bahawa di antara tanda-tanda Kiamat adalah akan banyak berlaku kematian secara mengejut atau mendadak.

Daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَمَارَاتِ السَّاعَةِ ... وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفَجْأَةِ
“Sesungguhnya di antara tanda Kiamat… akan banyak berlakunya kematian secara mengejut.”

Menurut Imam al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam al-Saghir dan al-Awsath daripada gurunya Haitham bin Khalid al-Missisi dan dia adalah seorang yang dhaif. Imam al-Sakhawi mengatakan walaupun sanad ini dhaif tetapi ia menguatkan antara satu sama lain.

Setelah melihat beberapa pandangan di atas, kami cenderung kepada status hadith ini adalah dhaif dan ini juga disebutkan di dalam Dar al-Ifta’ Jordan bahawa sanad hadith ini dhaif disebabkan guru kepada Imam al-Thabarani iaitu al-Haitham bin Khalid adalah seorang yang dhaif sebagaimana diperkatakan oleh al-Daraqutni.

Menurut Syeikh Yusuf al-Wabil di dalam kitabnya, kejadian ini sudah dapat disaksikan pada waktu ini di mana banyak terjadi kematian yang mendadak kepada manusia. Seakan-akan kita menyaksikan seseorang yang dilihat sihat atau segar, tiba-tiba dia mati secara mendadak (atau tanpa disangka-sangka) yang sekarang boleh ditafsirkan seperti seseorang yang terkena serangan jantung. [Lihat: Ashrat al-Sa’ah, 172]

Imam al-Khatib al-Baghdadi ada menukilkan satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Abu Abdullah Ahmad bin Ayyub:

اغْتَنِمْ فِي الْفَرَاغِ فَضْلَ رُكُوعٍ ... فَعَسَى أَنْ يَكُونَ مَوْتُكَ بَغْتَةْ
كَمْ صَحِيحٌ رَأَيْتُ مِنَ غَيْرِ سُقْمٍ ... ذَهَبَتْ نَفْسُهُ الصَّحِيحَةُ فَلْتَةْ
“Peliharalah keutamaan rukukmu pada waktu lapang, disebabkan kematian boleh datang kepada kamu secara tiba-tiba, betapa ramai orang yang sihat dan tidak sakit, dirinya boleh pergi dalam keadaan yang sihat secara tiba-tiba.” [Lihat: Iqtidha’ al-‘Ilm al-‘Amal, 106]

Penutup

Kesimpulannya, walaupun hadith di atas adalah dhaif tetapi menjadi kewajipan ke atas kita untuk sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan Allah SWT dengan cara meningkatkan serta mempersiapkan sebanyak-banyaknya amal soleh. Akhirnya, semoga Allah SWT mengakhirkan hidup kita dengan pengakhiran yang baik. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/kematian-mengejut-tanda-kiamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenal Pasti Tanda Tanda Awal Tanah Runtuh Di Persekitaran Anda

Kenal Pasti Tanda Tanda Awal Tanah Runtuh Di Persekitaran Anda

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 339 hits
shikinrazalidotcom Malaysianblogger bloggerTerengganu bloggerSepang mypersonaljournal
Ketahui Tanda Kulit Rosak Akibat Matahari Dan Cara Merawatnya

Ketahui Tanda Kulit Rosak Akibat Matahari Dan Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 396 hits
Adakah anda seorang yang prihatin terhadap masalah kedutan bintik hitam dan kulit yang kasar dan keras Masalah bintik hitam penuaan Masalah kedutan Usah bimbang lagi dengan hanya mengikuti beberapa panduan mudah dari Yayasan Kanser Kulit in...
Jangan Letak Tanda Harga Didahi Jangan Jual Agama Bangsa Kita Tok Mat

Jangan Letak Tanda Harga Didahi Jangan Jual Agama Bangsa Kita Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 354 hits
Jangan letak tanda harga di dahi kita jangan jual agama dan bangsa kita kalau kita tidak dapat buat baik jangan kita buat kerosakan ujar Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Justeru beliau yang juga lebih dikenali sebagai Tok Mat...
7 Tanda Anak Berbakat Dan Berkebolehan Luar Biasa Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

7 Tanda Anak Berbakat Dan Berkebolehan Luar Biasa Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 740 hits
7 TANDA ANAK BERBAKAT DAN BERKEBOLEHAN LUAR BIASA YANG RAMAI IBU BAPA TERLEPAS PANDANG Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai kepada anda Mereka merupakan penceria kehidupan rumah tangga anda Kami nak kongsikan 7 tanda anak anda berba...
5 Tanda Anda Dan Pasangan Tidak Bahagia

5 Tanda Anda Dan Pasangan Tidak Bahagia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 1388 hits
Dalam sesebuah hubungan perbuatan itu adalah lebih penting daripada kata kata manis dalam memastikan ikatan yang terjalin sentiasa mewangi kerana sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata kata seperti saya sayang awak tetapi berapa ramai yang s...
Berrybright Minuman Untuk Kesihatan Mata Jangan Abaikan 3 Tanda Tanda Ini

Berrybright Minuman Untuk Kesihatan Mata Jangan Abaikan 3 Tanda Tanda Ini

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 581 hits
BerryBright Minuman Untuk Kesihatan Mata Jangan Abaikan 3 Tanda Tanda Ini Salam semua siapa kat sini yang ada mata kering dan letih lagi satu ada lingkaran bawah mata Ketiga tiga simptom tersebut boleh membuatkan mata kita tak selesa kan Le...
Tanda Tanda Anda Perlu Mencari Pekerjaan Baharu

Tanda Tanda Anda Perlu Mencari Pekerjaan Baharu

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 247 hits
Saban hari separuh dari masa kita setiap hari akan dihabiskan di tempat kerja tak kiralah samaada kerja di pejabat di kilang di jalanraya mahupun di rumah Tujuannya hanyalah satu demi mencari rezeki dan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupa...
Gagal Membuang Dalam Tempoh 48 Jam Perut Membengkak Mungkin Tanda Bayi Anda Hidap Hirschsprung

Gagal Membuang Dalam Tempoh 48 Jam Perut Membengkak Mungkin Tanda Bayi Anda Hidap Hirschsprung

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 349 hits
Penyakit Hirschsprung adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan najis menjadi terperangkap dalam perut dan sukar membuang air besar Ia kebiasaannya berlaku kepada bayi dan kanak kanak Biasanya proses pembuangan air besar sepanjang...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku