Gagal Membuang Dalam Tempoh 48 Jam Perut Membengkak Mungkin Tanda Bayi Anda Hidap Hirschsprung


Penyakit Hirschsprung adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan najis menjadi terperangkap dalam perut dan sukar membuang air besar. Ia kebiasaannya berlaku kepada bayi dan kanak-kanak.

Biasanya, proses pembuangan air besar sepanjang usus dikawal oleh sistem saraf anda. Dalam penyakit Hirschsprung, saraf yang mengawal pergerakan ini tidak ada pada bahagian akhir usus, yang bermaksud najis mungkin terkumpul dan menyebabkan penyumbatan.
Ini boleh menyebabkan sembelit yang teruk, dan kadangkala membawa kepada jangkitan usus yang serius yang disebut enterocolitis jika tidak dikenal pasti dan dirawat lebih awal.
Walau bagaimanapun, keadaan ini biasanya dikesan tidak lama selepas kelahiran dan dirawat dengan pembedahan secepat mungkin.
Simptom penyakit Hirschsprung Simptom-simptom penyakit Hirschsprung biasanya jelas kelihatan selepas bayi dilahirkan, walaupun kadang-kadang tidak jelas sehingga seorang anak berusia setahun atau dua tahun.
Tanda-tanda keadaan ini dalam bayi termasuklah:
gagal membuang meconium dalam tempoh 48 jam (najis yang gelap seperti tar yang dikeluarkan bayi sihat yang menyusu tidak lama selepas dilahirkan perut bengkak muntah cecair berwarna hijau (cecair hempedu) Tanda-tanda pada bayi dan kanak-kanak yang lebih besar termasuklah:
perut bengkak dan sakit perut sembelit berterusan yang tidak sembuh dengan rawatan biasa tidak makan atau tidak bertambah berat badan dengan baik Sekiranya anak anda mengalami jangkitan usus (enterocolitis), mereka juga mungkin mengalami suhu tinggi (demam) dan cirit-birit berair dan berbau busuk.
Bagaimana penyakit Hirschsprung didiagnosis Jika anak anda mempunyai simptom dan tanda yang perlu dirisaukan, perut anak anda biasanya akan diperiksa dan kadangkala melibatkan pemeriksaan dubur. Doktor atau jururawat akan memasukkan jari ke bahagian dubur (rektum) untuk merasa sebarang keabnormalan.
Jika penyakit Hirschsprung disyaki, X-ray mungkin dilakukan untuk menunjukkan penyumbatan dan pengembangan pada usus.
Diagnosis boleh disahkan dengan melakukan biopsi rektum, yang melibatkan kemasukan alat kecil ke bahagian dubur anak anda untuk mengeluarkan sedikit sampel usus yang terjejas.
Ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat jika bahagian ini tiada sel saraf.
Apakah punca penyakit Hirschsprung? Otot-otot usus dikawal oleh sel-sel saraf yang dipanggil sel ganglion. Dalam penyakit Hirschsprung, sel-sel ganglion ini hilang daripada bahagian akhir usus hingga ke anus atau pembukaan di bahagian dubur yang mengeluarkan najis.
Atas sebab tertentu, sel-sel tersebut tidak berkembang di bahagian usus apabila bayi membesar dalam rahim. Punca sebenar tidak diketahui tetapi tidak ada kaitan dengan apa yang dilakukan oleh si ibu ketika mengandung.
Sejumlah gen dikaitkan dengan penyakit Hirschsprung dan kadangkala diwarisi dalam keluarga. Sekiranya anda mempunyai anak dengan penyakit ini, anak yang lain mungkin mengalaminya juga.
Keadaan ini juga mungkin berlaku dala, keadaan genetik seperti sindrom Down, tetapi dalam kebanyakan kes tidak.
Rawatan untuk penyakit Hirschsprung Semua kanak-kanak dengan penyakit Hirschsprung akan memerlukan pembedahan.
Semasa mereka menunggu pembedahan, mereka mungkin perlu:
berhenti menyusu dan sebaliknya diberi cecair terus ke dalam saluran darah memakai tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan sebarang cecair dan udara yang terkumpul di dalamnya menjalani pembilasan usus berkala, di mana tiub nipis dimasukkan ke dalam punggung dan air garam yang hangat digunakan untuk melembutkan dan menyingkirkan najis terperangkap mengambil antibiotik jika mereka mempunyai enterocolitis Anak anda mungkin perlu menetap di hospital pada masa ini, atau anda mungkin perlu menjaga mereka di rumah. Doktor anda akan menasihati anda mengenainya.
Pembedahan Kebanyakan kanak-kanak akan menjalani operasi “pull-through”, di mana bahagian usus yang terjejas akan dibuang dan bahagian usus yang sihat disatukan. Ini biasanya akan dilakukan apabila mereka berumur tiga bulan.
Jika anak anda tidak cukup sihat untuk menjalani prosedur ini – seperti disebabkan enterocolitis atau penyumbatan teruk – mereka mungkin menjalaninya dalam dua peringkat.
Beberapa hari selepas kelahiran, pakar bedah akan mengalihkan usus melalui pembukaan sementara (stoma) yang dibuat di perut. Prosedur ini dipanggil pembentukan kolostomi.
Najis akan keluar terus daripada pembukaan tersebut ke dalam kantung yang dipakai pada badan anak anda sehingga mereka cukup sihat untuk menjalani prosedur lain untuk mengeluarkan bahagian usus yang terjejas, menutup pembukaan stoma, dan menyatukan kembali dengan bahagian usus yang sihat. Ini biasanya dilakukan pada usia tiga bulan.
Prosedur ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada:
pembedahan laparoskopi – ini melibatkan memasukkan alat pembedahan melalui pembukaan kecil pembedahan terbuka – di mana potongan lebih besar dibuat pada perut anak anda Bincang dengan pakar bedah anda tentang pilihan terbaik untuk anak anda.
Risiko pembedahan Tiada pembedahan yang bebas daripada risiko. Terdapat risiko kecil:
pendarahan semasa atau selepas pembedahan usus menjadi dijangkiti (enterocolitis) kandungan usus yang bocor ke dalam badan, yang boleh menyebabkan jangkitan serius (peritonitis) jika tidak dirawat dengan cepat usus menjadi sempit atau tersumbat sekali lagi, memerlukan pembedahan lanjut Pemulihan dari pembedahan Anak anda mungkin perlu tinggal di hospital selama beberapa hari selepas pembedahan. Mereka akan diberikan ubat-ubatan yang melegakan kesakitan untuk menjadikannya selesa dan cecair ke dalam saluran darah sehingga mereka dapat makan sendiri.
Tiada makanan khas yang diperlukan sebaik sahaja anda pulang ke rumah, tetapi penting untuk memastikan mereka minum banyak cecair sewaktu tempoh pemulihan.
Anak anda akan pulih dengan baik dan usus mereka akan berfungsi sebaik selepas pembedahan.
Pada mulanya mereka mungkin akan mempunyai rasa sakit di punggung ketika membuang air besar. Sebaiknya biarkan punggung mereka terdedah sekerap mungkin, dan gunakan minyak bayi untuk membersihkan bahagian punggung mereka serta nappy cream selepas setiap kali menukar lampin.
Hubungi doktor anda dengan segera jika anak anda mengalami masalah seperti perut bengkak, demam, atau cirit-birit yang busuk.
Sumber: Hello Doktor
The post Gagal Membuang Dalam Tempoh 48 Jam, Perut Membengkak Mungkin Tanda Bayi Anda Hidap Hirschsprung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gagal-membuang-dalam-tempoh-48-jam-perut-membengkak-mungkin-tanda-bayi-anda-hidap-hirschsprung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidap Penyakit Luar Biasa Wanita Tak Sedar Kandung Bayi Mengeras Dalam Perut Selama 15 Tahun

Hidap Penyakit Luar Biasa Wanita Tak Sedar Kandung Bayi Mengeras Dalam Perut Selama 15 Tahun

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 542 hits
Seorang wanita berumur 60 tahun di Sudan didapati telah hamil seorang bayi yang mengeras di dalam perutnya selama 15 tahun Menerusi posting di Twitter wanita berkenaan dikejarkan ke sebuah hospital di Khartoum selepas mengadu sakit dan beng...
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 542 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Kaki Muka Bengkak Dan Kencing Berbuih Mungkin Anak Anda Hidap Sakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

Kaki Muka Bengkak Dan Kencing Berbuih Mungkin Anak Anda Hidap Sakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 493 hits
Kebiasannya kita lihat penyakit yang melibatkan buah pinggang hanya melibatkan orang dewasa atau remaja akibat tidak menjaga pemakanan atau pun memang dilahirkan dengan masalah sakit buat pinggang Namun kanak kanak kini terdedah dengan sind...
Bergantung Pada Alat Bantuan Pernafasan Sejak Lahir Bayi Hidap Masalah Jantung Perlu Pembedahan Segera

Bergantung Pada Alat Bantuan Pernafasan Sejak Lahir Bayi Hidap Masalah Jantung Perlu Pembedahan Segera

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 323 hits
Baru sahaja berusia 22 hari bayi yang diberi nama Dzihni Keysha Humaira dikesan mengalami masalah jantung berlubang dan juga masalah saluran darah ke paru paru sehari selepas dilahirkan Dengan penyakit kronik yang dihidapi oleh bayi tersebu...
Anak Meninggal 3 Jam Selepas Dilahirkan Wanita Derma Susu Badan Dipam 63 Hari Untuk Bantu Bayi Lain

Anak Meninggal 3 Jam Selepas Dilahirkan Wanita Derma Susu Badan Dipam 63 Hari Untuk Bantu Bayi Lain

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 574 hits
Seorang ibu yang berasal dari Wisconsin telah memerah susu badannya selama 63 hari untuk didermakan selepas kematian anak lelakinya selepas 3 jam dilahirkan kedunia Strangfeld dari Neilsville Wisconsin mengetahui bahawa anak dalam kandungan...
Jangan Buat Main 12 Tanda Ini Mungkin Petanda Anda Ada Kanser Mulut

Jangan Buat Main 12 Tanda Ini Mungkin Petanda Anda Ada Kanser Mulut

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 365 hits
Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua orang Banyak kes yang melibatkan kematian berpunca daripada penyakit kanser ini Banyak perkara yang boleh menjadi punca kepada penyakit kanser ini Namun jarang kita dengar mengenai k...
Bayi Asyik Menangis Tak Sampai Hati Tengok Bila Periksa Rupanya Kembung Perut

Bayi Asyik Menangis Tak Sampai Hati Tengok Bila Periksa Rupanya Kembung Perut

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 623 hits
Biarpun lampin sudah ditukar dan bayi telah diberikan susu dia tetap menangis Sesetengah ibu ayah pasti buntu apakah punca yang menyebabkan si manja menangis tanpa henti Apabila ditepuk pada bahagian perut terasa seperti ada angin di dalamn...
Mengadu Sakit Dan Perut Bengkak Tak Sedar Bayi Dah 15 Tahun Tersorok Dalam Perut

Mengadu Sakit Dan Perut Bengkak Tak Sedar Bayi Dah 15 Tahun Tersorok Dalam Perut

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 538 hits
Seorang wanita dari Sudan dikatakan telah melakukan pembedahan selepas pihak hospital menemui bayi yang telah mengeras di dalam perutnya Apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa bayi berkenaan sudah pun tersimpan di dalam perut ...
Samsung Memfailkan Tanda Dagang Space Zoom Mungkin Untuk S11

Samsung Memfailkan Tanda Dagang Space Zoom Mungkin Untuk S11

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 247 hits
Kekurangan paling ketara peranti Samsung sejak dua tahun kebelakangan ini ialah sistem zum yang tidak sebaik yang mampu dinikmati pada peranti Huawei Peranti pesaing mereka boleh melakukan zum nirhilang sehingga 10X tanpa masalah berbanding...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus