Kematian Koperal Safwan Sangat Memilukan Kpn
Kematian Koperal Safwan sangat memilukan - KPNKETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan kemalangan maut membabitkan anggota polis di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), hari ini, sebagai insiden yang memilukan.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap Toyota Hilux dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.
Abdul Hamid berkata, beliau difahamkan arwah adalah seorang yang cukup baik dan tergolong dalam kalangan anggota polis yang berprestasi tinggi.
"Saya juga difahamkan arwah yang mempunyai sembilan adik-beradik adalah seorang pendiam. Malah, ada di antara ahli keluarga arwah bekerja sebagai polis iaitu bapanya yang juga bekas komander di S69 di Ulu Kinta, Perak dan sudah tiga tahun bersara.
"Kejadian ini yang berlaku pada bulan Ramadan amat memilukan hati. Saya rasa sedih apabila pada awal pagi tadi dikejutkan dengan berita berlaku kemalangan ini yang tidak sepatutnya berlaku dan anggap ini sebagai takdir," katanya ketika ditemui di luar Hospital Serdang, hari ini.
Beliau yang tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi tadi meluangkan masa hampir satu jam di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang bagi menziarah jenazah anggota polis berkenaan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada seorang pemandu yang cuai dan dipercayai memandu dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol.
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan dan saya berharap dia akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya ia tidak berulang lagi.
"Ada segelintir individu yang tidak menghiraukan langsung keselamatan pengguna dan petugas di jalan raya. Harus diketahui bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pergerakan dihadkan.
"Namun, ada lagi yang sempat mengambil minuman keras dan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut. Itu adalah jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab," katanya. - Hmetro
rePublish Berita Terkini MalaysiaKematian Koperal Safwan sangat memilukan - KPN Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/05/kematian-koperal-safwan-sangat.html