Kematian Adib Umno Tuntut Exco 4 Menteri Didakwa


Dikemaskini 18 Dis 2018, 12:32 tengah hari

Pemuda Umno mendesak peguam negara mengambil tindakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau dan empat menteri kabinet iaitu P Waytha Moorthy, M Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar.

Ini susulan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim semalam selepas mengalami kecederaan parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi berkata mereka perlu didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dengan niat mengaibkan dan membangkitkan pecah keamanan.

"Demi keadilan buat Adib, Pemuda Umno mendesak agar pendakwaan segera dilakukan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas kematian anggota bomba yang hanya cuba menjalankan tugas pada malam kedua rusuhan berlaku," katanya dalam kenyataan.

Menurut Asyraf, serangan pada 26 November ke atas kuil berkenaan tiada kaitan agama mahupun kaum, sebaliknya pertelingkahan antara kumpulan samseng yang diupah pemaju dan penganut kuil berkenaan.
Bagaimanapun katanya, V Ganabitirau sehari selepas itu mendakwa serangan ke atas kuil itu dilakukan orang Islam dan kenyataan bertulis empat menteri diketuai P Waytha Moorthy turut menyalahkan polis kerana didakwa gagal menangani insiden rusuhan pada malam pertama.

"Ini telah membangkitkan kemarahan 10,000 kaum India yang keluar beramai-ramai pada malam kedua dengan melakukan rusuhan, mencedera dan seterusnya menyebabkan kematian anggota bomba yang tidak berdosa," kata Asyraf.

Baca: Menteri tegur cara polis tangani isu rusuhan di kuil

Desak Waytha Moorthy letak jawatan

Selain itu Pemuda Umno turut mendesak P Waytha Moorthy meletak jawatan selaku Menteri Perpaduan kerana menyalahkan polis sehingga tercetusnya rusuhan lebih dahsyat pada malam kedua di kuil berkenaan.

"Selaku anggota pentadbiran kerajaan, mereka seharusnya mengelak daripada menggunakan sentimen perkauman dalam mengeluarkan kenyataan," katanya yang turut merakamkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga Adib.
Dalam pada itu Pemuda Umno meminta orang ramai supaya bertenang dan mengelakkan diri daripada mencetuskan sentimen perkauman mahupun agama yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Semalam, Adib menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa selama hampir tiga minggu.

Anggota bomba berumur 24 tahun itu dikejarkan ke lokasi rusuhan pada 27 Nov lalu akibat pertikaian mengenai tanah kuil di USJ 25, Subang Jaya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi berhampiran, perusuh menyerang lori bomba dan van perubatan yang menyebabkan Adib dan rakannya yang lain terpaksa berundur.

Muhammad Adib dilaporkan diheret keluar dari kenderaan yang dinaikinya sebelum dipukul dan menyebabkan beberapa tulang rangkanya patah selain mengalami kecederaan dalaman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/kematian-adib-umno-tuntut-exco-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Adib Harus Di Bela Empat Menteri Dan Exco Kerajaan Selangor Perlu Didakwa

Kematian Adib Harus Di Bela Empat Menteri Dan Exco Kerajaan Selangor Perlu Didakwa

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 401 hits
SHAH ALAM Pemuda Umno mendesak Peguam Negara Tommy Thomas segera mengambil tindakan tegas terhadap empat menteri dan seorang Exco Kerajaan Selangor dengan mendakwa mereka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyra...
300 Berarak Tuntut Bela Kematian Adib

300 Berarak Tuntut Bela Kematian Adib

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 305 hits
Diterbitkan 21 Dis 2018 2 56 petangKira kira 300 penunjuk perasaan hadir menyertai Himpunan Suara Ummah Justice4Adib yang diadakan di hadapan Masjid Putra Putrajaya Himpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah itu diadakan bagi menun...
Lucut Jawatan Menteri Ph Ini Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib

Lucut Jawatan Menteri Ph Ini Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 365 hits
Petisyen lucut jawatan Waytha Moorty peroleh 199 046 tandatangan KUALA LUMPUR 18 Dis Petisyen menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator memperoleh 199 046 tandatangan setakat pukul 11...
Ipeguam Kes Bunuh Adib Menteri Perpaduan Patut Juga Didakwa Menghasut

Ipeguam Kes Bunuh Adib Menteri Perpaduan Patut Juga Didakwa Menghasut

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 363 hits
Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji un Sebagai mewakili iPeguam saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al Marhum di atas kembalinya Al Marhum ke rahmat Allah setelah berminggu minggu berjuang menyabung nyawa di Institut Jantung Ne...
Segerakan Pendakwaan Kes Kematian Adib Pemuda Umno

Segerakan Pendakwaan Kes Kematian Adib Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO merakamkan ucapan takziah atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akibat dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya 27 November lalu Ketua pergerakan itu Datuk Dr Asyraf Wajdi D...
Polis Klasifikasi Siasatan Kematian Muhammad Adib Sebagai Kes Bunuh

Polis Klasifikasi Siasatan Kematian Muhammad Adib Sebagai Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 374 hits
Polis klasifikasi siasatan kematian Muhammad Adib sebagai kes bunuh Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 18 D
Di Kongres Xii Iai Menteri Sri Mulyani Tuntut Sumbangsih Akuntan Untuk Pembangunan

Di Kongres Xii Iai Menteri Sri Mulyani Tuntut Sumbangsih Akuntan Untuk Pembangunan

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 251 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati menghadiri kongres XII Ikatan Akuntan Indonesia Dalam kesempatan tersebut Menteri Sri Mulyani tak lupa mengajak seluruh peserta kongres yang terdiri dari akuntan untuk terus memberikan sumbangsih bagi ...
Kes Kematian Adib Diklasifikasikan Sebagai Bunuh

Kes Kematian Adib Diklasifikasikan Sebagai Bunuh

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 542 hits
SHAH ALAM Polis mengklasifikasikan kes kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai kes bunuh Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata sebelum ini kes kecederaan dialami Allahyarham yang dilapor meninggal d...
Siasat Kematian Muhammad Adib Secara Telus Teliti

Siasat Kematian Muhammad Adib Secara Telus Teliti

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 360 hits
UMNO meminta kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh disiasat secara telus teliti dan segera Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihak yang bertanggungjawab dalam kes t...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa