Kemaskini Str 2023 Online Update Sumbangan Tunai Rahmah
Kemaskini Str 2023 Online: Update Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan ini merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya merupakan sambungan bantuan kewangan daripada sebelum dengan nama bantuan, jumlah bantuan dan syarat kelayakan yang berbeza.
Syarat kelayakannya ialah bantuan ini diberikan kepada golongan yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah, golongan berstatus B40 dan individu warganegara Malaysia yang berumur 21 sehingga 59 tahun.
Individu yang memenuhi syarat kelayakkan tersebut boleh membuat kemaskini di portal rasmi, menerusi kaunter LHDN dan di UTC.
Kemaskini data maklumat peribadi pemohon boleh dilakukan jika terdapat pembetulan pada butiran maklumat pemohon.
Cara Kemaskini Str 2023 Online
Antara salah satu cara untuk membuat kemaskini STR 2023 ini boleh dilakukan secara online. Ianya lebih mudah dan cepat.
BACA SINI >> Bantuan Rahmah 2023: Berita Inisiatif Belanjawan Bajet 2024
BACA SINI >> Semakan fly siswa Rahmah 2023
BACA SINI >> bantuan tunai one off
Berikut merupakan cara untuk membuat kemaskini maklumat pemohon STR 2023 secara atas online;
Pemohon perlu melayari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my
Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan yang tertera pada menu utama.
Klik pada butang “Log Masuk”.
Seterusnya, klik pada butang “Semak”.
Sahkan kata kunci keselamatan pemohon dengan klik pada butang “Ya”.
Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
Pada menu utama, klik pada bahagian “Kemaskini Permohonan”
Pemohon boleh kemaskini maklumat mereka jika terdapat perubahan maklumat dan klik pada butang “Teruskan”.
Sahkan maklumat yang dikemaskini.
Akhir sekali, hantar permohonan kemaskini sumbangan tunai rahmah dengan klik pada butang “Kemaskini”.
Cara Kemaskini Str di Kaunter LHDN
Selain itu, kemaskini maklumat STR pemohon juga boleh dilakukan di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Berikut merupakan cara untuk membuat kemaskini maklumat pemohon menerusi kaunter LHDN;
Pemohon perlu hadir ke kaunter LHDN di mana-mana cawangan LHDN yang berhampiran.
Isi borang untuk kemaskini maklumat seperti gambar di bawah ini
Kemudian, hantar borang tersebut kepada pegawai yang bertugas.
Akhir sekali, kemaskini berjaya.
Cara Kemaskini STR di UTC
Kemaskini maklumat STR juga boleh dilakukan di mana-mana UTC di negeri masing-masing di Pejabat LHDN.
Berikut merupakan cara cara untuk kemaskini maklumat STR di UTC LHDN;
Pemohon perlu hadir ke UTC di pejabat LHDN yang berdekatan dengan pemohon.
Isi borang untuk kemaskini maklumat pemohon sumbangan tunai rahmah
Kemudian, hantar borang tersebut kepada pegawai yang bertugas.
Akhir sekali, kemaskini berjaya.
Senarai Maklumat Yang Perlu Anda Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah
Kemaskini ini perlu dilakukan jika terdapat perubahan pada maklumat peribadi pemohon sebagai penerima.
Antara maklumat-maklumat yang boleh dikemaskini adalah seperti berikut;
Maklumat diri pemohon seperti nombor telefon bimbit, pekerjaan, pendapatan bulanan, status perkahwinan, alamat terkini, nama bank, nombor akaun bank dan alamat emel pemohon.
Maklumat pasangan (bagi yang sudah berkahwin).
Maklumat anak.
Maklumat wakil.
Siapa Layak Update Str
Kemaskini tidak perlu dilakukan oleh semua penerima.
Individu yang perlu membuat kemaskini maklumat adalah merupakan individu seperti berikut:
Individu tyang tidak membuat kemaskini maklumat pemohon STR dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut sepanjang perlaksanaan bantuan kewangan kerajaan ini.
Namun begitu, warga emas dan individu yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada berbuat demikian.
Kemaskini dilakukan bagi penerima yang sedia ada yang ingin membuat perubahan maklumat-maklumat yang boleh dikemaskini.
Tarikh Mula dan Tarikh Tutup Untuk Update Str
Pemohon boleh mula membuat kemaskini maklumat STR ini bermula pada 1 November 2023 menerusi tiga (3) kaedah kemaskini iaitu secara atas talian, di kaunter LHDN dan di UTC.
Tarikh tutup untuk tempoh kemaskini maklumat STR ini masih belum dinyatakan oleh LHDN dan tarikh tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat kepada pemohon sebelum bayaran STR bagi 2024 ini dikreditkan kepada penerima.
Sumber Asal Yang Rasmi : Kemaskini Str 2023 Online: Update Sumbangan Tunai Rahmah
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/kemaskini-str