Bantuan Rahmah 2023 Berita Inisiatif Belanjawan Bajet 2024


Senarai Bantuan Rahmah 2023 Berita Inisiatif Belanjawan Bajet 2024

Bantuan Rahmah merupakan bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan golongan bersasar yang layak menerima bantuan ini.
Bantuan-bantuan ini telah dibentangkan di dalam Bajet 2023 dan sejumlah dana telah diperuntukkan untuk menyalurkan bantuan ini.
Ianya adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi ketidakstabilan ekonomi dan taraf hidup yang semakin meningkat.
Oleh itu, bantuan bantuan Rahmah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia sebagai salah satu inisiatif untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
Senarai Bantuan Rahmah 2023 / Inisiatif Belanjawan Bajet 2024 Terdapat beberapa senarai bantuan Rahmah yang diwujudkan kepada golongan bersasar untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat.
BACA SINI >> Bantuan pekebun kecil risda BACA SINI >> bantuan tunai.hasil.gov.my Antara bantuan-bantuan Rahmah bagi tahun 2023 & 2024 adalah seperti berikut;
1. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan sumbangan ini sebagai bantuan tunai B40 yang diperuntukkan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi.
Bantuan ini dahulunya dikenali dengan BRIM, BSH, BPN, BPR, BKM dan kini dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 
Bantuan ini berkonsepkan pendekatan rahmah bertujuan membela nasib rakyat Malaysia yang rentan dan mudah terjejas.
Konsep “Payung Rahmah” ini adalah merupakan inisiatif bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang kurang berkemampuan.
Peruntukkan dana sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan kepada 9 juta penerima untuk menerima bantuan STR ini.
Permohonan dan check STR ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal https://bantuantunai.hasil.gov.my
2. Bantuan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah Terdapat lebih kurang 3,000 premis yang terdiri daripada restoran dan kedai makan yang menawarkan Menu Rahmah sebagai salah satu menu di premis mereka.
Oleh sebab itu, government telah menyediakan satu insentif berbentuk kad diskaun khas diberikan kepada peniaga dan pengusaha yang menyediakan Menu Rahmah di premis mereka.
Kad diskaun ini boleh dimohon oleh peniaga dan pengusaha premis kedai makan secara atas talian.
Tujuan insentif ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan kelangsungan Menu Rahmah ini disediakan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk makan di kedai makan. 
Perlaksanaan inisiatif Kad Diskaun Khas Menu Rahmah ini dilaksanakan dan boleh diguna pakai di enam (6) buah pasar raya yang terlibat iaitu AEON Big, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin dan NSK.
Diskaun sebanyak 40% akan diberikan kepada peniaga dan pengusaha untuk mereka mendapatkan barangan untuk menyediakan Menu Rahmah.
Oleh itu, peniaga dan pengusaha yang menyediakan Menu Rahmah sebagai salah satu menu premis mereka, mereka boleh membuat permohonan kad diskaun ini secara atas talian.
3. Ewallet RM100 Malaysia telah memperkenalkan satu inisiatif yang dikenali dengan eBeliaRahmah kepada golongan belia. Inisiatif ini dibentangkan dalam Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seramai 2 juta golongan belia akan menerima RM100 seorang yang bakal diagihkan menerusi aplikasi e-Wallet.
Pengagihan bantuan eBeliaRahmah ini adalah bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia sekaligus menggalakkan transaksi digital dalam kalangan golongan belia seperti bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Penebusan ini boleh mula ditebus menerusi aplikasi e-Wallet oleh semua pengguna. Penebusan eBeliaRahmah ini boleh dilakukan menerusi aplikasi Setel, Touch N Go dan Boost.
4. Pas Bulanan My50 My50 merupakan pas perjalanan bulanan yang disediakan kepada pengguna prasarana yang berstatus warganegara Malaysia.
Ianya merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira status pendapatan bertujuan untuk membolehkan mereka mengakses kepada perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia tanpa had seperti LRT, MRT, Monorel, & Bas Rapid.
Pas bulanan ini boleh digunakan unuk tempoh 30 hari secara tanpa had. Pembelian pas My50 boleh dibeli di mana-mana kiosk di stesen LRT & MRT yang terdapat di Maaysia. 
5. Bantuan Asas Rahmah (SARA) Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) ialah bantuan makanan asas yang diberikan secara khusus kepada golongan miskin tegar di Malaysia.
Sumbangan tambahan RM600 diberikan kepada penerima STR yang berdaftar sebagai penerima e-Kasih.
Ia merupakan program inisiatif yang diperkenalkan di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu meringankan beban kewangan masyarakat untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 210,000 penerima dan berjumlah RM130 juta.
Bantuan tunai ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat Malaysia membeli barangan keperluan harian di premis atau pasaraya yang terpilih sahaja.
Oleh itu, bantuan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia serta menggalakkan kehidupan yang lebih baik.
Permohonan dan check bantuan SARA ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang https://www.mykasih.com.my
6. Bantuan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan (IHTN) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memperkenalkan satu bantuan yang dikenali dengan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan (IHTN) yang berjumlah sehingga RM1000.
Insentif ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dan kos penyelenggaraan peralatan nelayan bagi mendapatkan hasil tangkapan nelayan.
Bantuan ini juga merupakan salah satu langkah untuk meringankan beban para nelayan dalam menghadapi ketidaktentuan hasil tangkapan mereka yang mana secara tidak langsung dapat menjejaskan pendapatan mereka.
Oleh sebab itu, IHTN ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk menyokong industri perikanan dalam Malaysia.
7. Bantuan Skim Takaful Padi Malaysia telah melancarkan bantuan berbentuk perlindungan insurans yang dikenali sebagai Skim Takaful Tanaman Padi kepada pengusaha tanaman padi.
Bantuan ini telah diperkenalkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertujuan untuk meringankan beban pengusaha sawah padi yang terjejas kewangan mereka akibat daripada faktor luar kawalan seperti banjir, kemarau, ribut, penyakit tumbuhan dan serangan makhluk perosak.
Skim ini dirangka untuk menangani isu-isu yang boleh menjejaskan pendapatan dan hasil pengusaha sawah padi dalam jangka masa yang panjang. 
Bukan itu sahaja, skim ini juga merupakan skim yang dinaiktaraf daripada Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) dengan jumlah pampasan yang boleh dituntut oleh pesawah sehingga RM3000.
Oleh itu, permohonan skim ini terbuka kepada semua pengusaha sawah padi untuk mendaftar dan dilindungi di bawah skim ini.
8. Bantuan Subsidi Padi Bukit Atau Padi Huma Setiap tahun, government memperuntukkan sejumlah subsidi untuk pengusahaan padi bukit dan padi huma.
Skim ini berjaya memanfaatkan 60,000 pesawah padi seluruh Malaysia.
Government telah memperuntukkan RM1.6 bilion bagi tahun 2023/2024 untuk menyalurkan subsidi padi bukit dan padi huma.
Subsidi ini diberikan untuk membantu para pengusaha padi mengurangkan kos penanaman padi.
Tuntasnya, ini bermaksud government sangat cakna terhadap keperluan pengusahaan padi di Malaysia dengan menyediakan subsidi ini.
9. Bantuan LKIM – Skim Subsidi Diesel & Petrol Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Jabatan Perikanan Malaysia memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi para nelayan di Malaysia.
Oleh yang demikian, government telah memperuntukkan sejumlah dana dalam bentuk bantuan skim subsidi diesel dan petrol nelayan.
Skim ini mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 2006.
Menerusi skim ini, para nelayan boleh mendapatkan diesel dan petrol bagi kegunaan pengangkutan untuk menangkap ikan dengan harga yang lebih murah.
Permohonan subsidi ini boleh didaftar secara atas talian menerusi eNelayan Management System.
10. Bantuan Bernas – Skim Subsidi Harga Padi (SSHHP) Subsidi sebanyak RM500 per tan diumumkan kepada para pesawah bertujuan untuk membantu meringankan kos pengurusan tanaman padi dan meningkatkan pendapatan pesawah.
Subsidi ini dikenali dengan Skim Subsidi Harga Padi (SSHHP). Pembayaran SSHHP ini akan diuruskan oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kepada para pesawah.
Bantuan rahmah 2023 ni dilihat dapat menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi bagi memastikan keterjaminan makanan asasi negara Malaysia iaitu beras sentiasa mencukupi.
Oleh itu, skim ini wajar diperkenalkan dan disalurkan kepada pengusaha sawah padi.
11. Bantuan Konflik Hidupan Liar Antara salah satu bantuan Rahmah ialah bantuan bagi menangani konflik hidupan liar.
Bantuan berbentuk tunai secara one-off akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang mengalami kerugian akibat konflik hidupan liar.
Bantuan ini telah diumumkan oleh Menteri Perlancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar yang akan disalurkan kepada individu yag terjejas akibat hidupan liar. Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk pampasan.
Dengan adanya bantuan ini kebajikan individu yang terjejas akan lebih terjamin dan jika berlaku konflik antara hidupan liar ini, bebanan kewangan yang perlu ditanggung oleh individu yang terjejas akan lebih ringan.
12. Rebat Bil Elektrik Isi Rumah Miskin Tegar Dalam pembentangan Belanjawan 2024, bantuan Rahmah seperti rebat bil eletrik kepada isi rumah golongan miskin tegar dilaksanakan dan diteruskan.
Rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan diberikan kepada golongan miskin tegar sedikit sebanyak dapat membantu mereka menampung kos sara hidup yang tinggi.
Pemberian rebat ini dilihat sebagai inisiatif dalam membantu membela nasib golongan miskin tegar di Malaysia di mana rakyat dapat menikmati kos bil elektrik yang rendah atau hampir percuma pada setiap bulan.
Oleh yang demikian, RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan bantuan Rahmah ini.
13. Bantuan Rahmah Program Jualan KPDN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah memperkenalkan satu program yang dikenali dengan Program Jualan Rahmah, di mana program jualan ini dijalankan di sesuatu kawasan dan penjual boleh menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yag lebih murah ketika program tersebut berlangsung.
Program ini adalah berkosepkan “Kedai Cari Rakyat”. Peruntukkan RM150 juta telah disediakan untuk menjalankan PJR ini untuk membantu rakyat mendapatkan harga barangan dengan harga yang lebih murah dengan kadar diskaun sebanyak 10 peratus sehingga 30 peratus serta menggalakkan penjualan barangan para penjual menerusi program tersebut.
14. Bantuan LKIM – Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) Bantuan Rahmah yang didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) dengan usaha sama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ialah Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) telah diperkenalkan kepada para nelayan.
Bantuan ESHN ini diberikan khusus kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja yang layak. 
Ianya aalah bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan dalam menghadapi kekangan ekonomi yang semakin meningkat disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup masa kini.
Permohonan ESHN ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal https://epengisytiharan.lkim.gov.my
15. Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) dari BSN / LHDN Bantuan kewangan tambahan sebanyak RM1,000 diberikan kepada penerima STR dalam bentuk Skim Khairat Kematian (SKK).
Program bantuan ini diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan penerima STR yang telah kehilangan ahli keluarga.
SKK ini juga menjadi salah satu sokongan kewangan dalam menampung memudahkan urusan kos pengurusan jenazah dan harta pusaka dalam kalangan waris.
Oleh itu, skim ini sangat penting untuk memastikan urusan pengebumian dan pengurusan jenazah dapat dipercepatkan dan dijalankan dengan baik.
16. LGM – Insentif Pengeluaran Getah Inisiatif dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memperkenalkan satu bantuan yang dikenali sebagai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk membantu para pekebun kecil getah di Malaysia.
Insentif ini diperkenalkan untuk menangani impak kejatuhan harga getah yang secara tidak langsung telah menjejaskan pendapaan pekebun ini.
Permohonan IPG ini hanya boleh dilakukan oleh pekebun kecil getah berwarganegara Malaysia yang mempunyai keluasan kebun getah kurang daripada 100 ekar dan memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang dikeluarkan oleh LGM.
Insentif sebanyak RM400 juta telah diperuntukkan kepada golongan yang layak bagi membantu individu-individu ini.
17. Jabatan Perikanan Malaysia: Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) sebanyak RM250 diberikan kepada golongan nelayan darat pada setiap bulan.
Ia merupakan salah satu bantuan Rahmah yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia.
Permohonan bantuan ini boleh dikemukan ke Pejabat Perikanan Daerah dan bantuan ini akan disalurkan menerusi perbankkan Agrobank kepada individu nelayan darat yang layak. 
18. Bantuan Pesawah Padi Dari LPP / MADA / KADA Rahmah Inisiatif bantuan Rahmah yang dikhususkan kepada para pesawah dalam bentuk sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga (3) bulan telah diperkenalkan.
Bantuan ini disalurkan untuk membantu meringankan beban kewangan para pesawah.
Tiga (3) agensi yang terlibat dan bertanggungjawab dalam menyalurkan bantuan ini iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Bantuan ini akan diberikan secara one-off menerusi agensi-agensi ini. 
Sumber Asal Yang Rasmi : Bantuan Rahmah 2023: Berita Inisiatif Belanjawan Bajet 2024
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/bantuan-rahmah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Ppim 14 11 2023

Sidang Media Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Ppim 14 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 154 hits
Lebih sebulan berlakunya kekejaman Israel yang berterusan di Palestin dan sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga menyebabkan bantuan terkandas di sempadan Mesir Sehubungan itu telah berlangsung satu sidang media secara langs...
Peruntukan Pembangunan Belanjawan 2024 Tinggi Pembangkang Keliru

Peruntukan Pembangunan Belanjawan 2024 Tinggi Pembangkang Keliru

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 131 hits
Oleh Abdullah Zaid Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar Ahli Parlimen pembangkang meneliti semula pembentangan Belanjawan 2024 yang disifatkan oleh mereka sebagai keliru Hal itu katanya kerana salah faham Ahli Parlimen Ahma...
Perlaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah Skpm 2023 2024

Perlaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah Skpm 2023 2024

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 295 hits
Mengikut surat edaran bertarikh 14 Ogos 2023 yang lalu Penilaian Kendiri Sekolah SKPM Kualiti Sekolah bagi sesi 2023 2024 akan mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2024 hingga 14 Julai 2024 Penilaian ini boleh dibuat melalui Sistem Bersepadu KPM ...
Waspada Pautan Palsu Berkenaan Bantuan Kanak Kanak Sesi 2023

Waspada Pautan Palsu Berkenaan Bantuan Kanak Kanak Sesi 2023

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 222 hits
Menurut Kementerian Kewangan MOF menegaskan bahawa maklumat mengenai Bantuan Kanak kanak Sesi 2023 adalah palsu Berhati hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita berita sebegini Dalam pada itu MyKasih Founatio
500 Trak Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Disekat Angkara Israel Toqqi Ppim 14 11 2023

500 Trak Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Disekat Angkara Israel Toqqi Ppim 14 11 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 205 hits
Putrajaya Semua negara Islam perlu bersatu hati untuk menyokong usaha menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin dan digesa untuk membuka sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia berk...
Kemaskini Str 2023 Online Update Sumbangan Tunai Rahmah

Kemaskini Str 2023 Online Update Sumbangan Tunai Rahmah

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 319 hits
Kemaskini Str 2023 Online Update Sumbangan Tunai Rahmah Bantuan ini merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Ianya merupakan sambungan bantuan kewangan daripada sebelum dengan nama bantuan jumlah bantuan d...
Kalendar Cuti Sekolah 2024 Tarikh Cuti Panjang Dari Bulan 11 2023 Hingga Bulan 3 2024

Kalendar Cuti Sekolah 2024 Tarikh Cuti Panjang Dari Bulan 11 2023 Hingga Bulan 3 2024

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 484 hits
Mesti ramai ingin tahu tarikh cuti sekolah 2024 dan tarikh cuti penggal sekolah kami kongsikan kalendar cuti sekolah 2024 ini supaya boleh dijadikan bahan rujukan untuk anda membuat perancangan atau sebarang program di peringkat sekolah kel...
Polri Tegaskan Netralitas Di Pemilu 2024 Harga Mati

Polri Tegaskan Netralitas Di Pemilu 2024 Harga Mati

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 128 hits
Polri mengajak seluruh pimpinan redaksi media untuk bersinergi memberikan edukasi dan literasi
Antisipasi Kecurangan Pemilu 2024 Partai Gelora Siapkan 70 Pengacara

Antisipasi Kecurangan Pemilu 2024 Partai Gelora Siapkan 70 Pengacara

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 108 hits
Partai Gelora mengerahkan tim yang besar untuk mengecek seluruh rekapitulasi di setiap level mulai dari TPS sampai KPUD bahkan sampai KPU pusat
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco