Kemaskini Amaun I Sinar Cara Tukar Amaun I Sinar
KEMASKINI AMAUN i-SINAR:CARA TUKAR AMAUN i-SINAR( GUNA i-AKAUN KWSP)
Berdasarkan respon pemohon i-Sinar KWSP,ramai yang telah membuat kesilapan semasa mengisi permohonan i-Sinar secara online bagi kategori 1.
Contoh kesilapan yang dibuat adalah tersilap meletakan jumlah amaun pengeluaran i-Sinar, adakah ada cara untuk membuat kemaskini amaun i-Sinar?
Berikut dikongsikan cara untuk membuat kemaskini amaun pengeluaran i-Sinar.
Maklumat ini dikongsi oleh pemohon yang telah menghubungi KWSP, inilah cara yang diajarkan oleh pegawai KWSP untuk membuat pindaan atau tukar amaun iSinar yang tersilap ‘tarik’ pada bahagian slide tersebut.
CARA TUKAR AMAUN i-SINAR( GUNA i-AKAUN KWSP)
Untuk makluman,ppastikan setiap ruang diisi dengan betul sebab selepas hantar dah tak boleh dikemaskini .Berikut adalah cara untuk tukar amaun i-Sinar menggunakan i-Akaun KWSP:
Login i-Akaun KWSP
Klik ENQUIRY
Kemudian klik i-SINAR
Isikan semua butiran dengan lengkap.
Di bahagian DETAILS, masukkan alasan / sebab nak tukar amaun iSinar.
Pilih EMAIL atau PHONE CALL untuk mendapat maklumbalas.
Tekan SUBMIT setelah semua maklumat diisikan dan disemak.
TUTORIAL BERGAMBAR CARA TUKAR AMAUN i-SINAR( GUNA i-AKAUN KWSP)
Login i-Akaun KWSP macam biasa.Jika belum daftar,rujuk Register i-AKAUN KWSP
Bila dah login i-Akaun, pergi ke bahagian ENQUIRY.
Sila pilih i-Sinar.
Kemudian, isikan alasan kenapa nak tukar amaun iSinar tu dekat bahagian DETAILS.
Sila isikan maklumat anda.
Preview dan buat semak sebelum menghantar.
Lepas tu tekan butang SUBMIT.
Ok, lepas dah submit, boleh simpan atau print slip ini untuk rujukan.
Pastikan kita sentiasa alert dengan panggilan telefon atau email untuk mendapat maklumbalas dari KWSP.
Jika perlu ke Pejabat KWSP, pastikan buat JANJI TEMU KWSP ONLINE
MAKLUMAT LANUT & PERTAYAAN
Sila hubungi iSinar HOTLINE 03-8922 4848
Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
Talian dibuka 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.
The post KEMASKINI AMAUN i-SINAR:CARA TUKAR AMAUN i-SINAR( GUNA i-AKAUN KWSP) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/kemaskini-amaun-i-sinarcara-tukar-amaun-i-sinar-guna-i-akaun-kwsp.html