Permohonan Baharu I Sinar Cara Masukan Dokumen Sokongan I Sinar
PERMOHONAN BAHARU i-SINAR:CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2)
Kepada yang telah dan masih belum membuat permohonan i-Sinar,anda boleh membuat permohonan baharu i-Sinar.
Anda juga boleh belajar cara masukan dokumen sokongan bagi memastikan permohonan baharu i-Sinar anda diluluskan.
Sebelum itu, kami ingin jelaskan tentang jenis permohonan i-Sinar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 1
Jika anda telah membuat permohonan i-Sinar bagi kategori 1 bermula 21 Disember 2020, anda juga telah membuat semakan status permohonan i-Sinar pada 4 Januari 2021, hasil semakan status pula menyatakan permohonan anda SEDANG DIPROSES.
Maka,bermula 11 Januari 2021,anda boleh membuka portal i-Sinar, buat semakan status. Kemudian anda hanya perlu membuat muat turun dokumen sahaja.
PERMOHONAN BAHARU i-SINAR (KATEGORI 2)
Bagi yang belum membuat permohonan i-Sinar,bagaimana cara untuk buat permohonan baharu i-Sinar?
Layari isinar.kwsp.gov.my (mulai 11 Januari 2021)
Klik PERMOHONAN BAHARU
Isikan No IC dan No Tel Bimbit
Tekan TERUSKAN
Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
Tetapkan Amaun Pilihan
Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
Lampirkan Dokumen Sokongan
Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✓ sebelum tekan HANTAR
Permohonan telah diterima dan akan diproses
DOKUMEN PERMOHONAN BAHARU i-SINAR KATEGORI 2
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2)
Anda hanya perlu MUAT NAIK dokumen sokongan secara ONLINE sahaja bermula 11 Januari 2021 pada portal isinar.kwsp.gov.my
Ambil gambar pakai phone pun boleh,pastikan terang dan boleh dibaca
Posisikan kamera telefon anda betul-betul di atas dokumen yang hendak diimbas.
Pastikan anda mengambil gambar di tempat terang fan gunakan flash jika perlu untuk memastikan gambar dokumen yang diambil adalah jelas.
AMAUN i-SINAR KATEGORI 2
Amaun kelayakan i-SINAR KATEGORI 2 adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
CONTOH KESILAPAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN i-SINAR
Berikut adalah contoh kesilapan semasa membuat permohonan i-Sinar:
Tersalah isi no ic
Tersalah masuk no telefon ( berlaku masalah penghantaran OTP )
OTP dimasukan secara salah melebihi 2 kali
Keliru dengan pengeluaran
Tersalah pilih amaun yang sepatutnya
SOALAN LAZIM PERMOHONAN BAHARU i-SINAR(KATEGORI 2)
Bilakah tarikh permohonan baharu i-Sinar(Kategori 2)
Bermula 11 Januari 2021
Adakah i-Sinar buat semakan secara manual untuk permohonan i-Sinar kategori 2?
Semakan secara manual akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang diberikan.
Apakah syarat permohonan i-Sinar Kategori 2?
Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
Apa maksud PENDAPATAN KESELURUHAN?
Jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020.
Apakah CONTOH DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR?
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian pemotongan elaun dan tuntutan kerja lebih masa.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan iSinar Kategori 2, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848
Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.
The post PERMOHONAN BAHARU i-SINAR:CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/permohonan-baharu-i-sinar.html