Kemalangan Tragis Pelajar Upsi Gerak Menyeru Agar Satu Usaha Bersepadu Digerakkan
10 Jun 2025
Get Views
AI-GENERATED
IMAGE
Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.
Pergerakan Akademik Malaysia (Gerak)
merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan tragis kelmarin,
serta kepada seluruh warga UPSI.
Ingatan dan doa kami sentiasa mengiringi ahli
keluarga mangsa dalam menghadapi waktu yang amat mendukacitakan ini.
Gerak menggesa siasatan telus dan menyeluruh
terhadap tragedi bas yang mengorbankan 15 pelajar UPSI mesti dilancarkan
segera. Siasatan perlu merungkai keadaan lebuh raya dan keselamatan jalan raya
yang berbahaya, cabaran kesesakan kenderaan negara, serta sikap sambil lewa
dalam penguatkuasaan peraturan oleh pihak polis trafik dan pegawai keselamatan
jalan raya lain.
Sejak mutakhir ini, negara terlalu kerap dikejutkan
dengan insiden kemalangan jalan raya yang meragut nyawa dan menyebabkan
kecederaan parah, dengan statistik yang menunjukkan peningkatan yang
membimbangkan.
Statistik terkini menunjukkan bahawa di Malaysia,
setiap 1 jam 56 minit seorang nyawa terkorban dalam kemalangan jalan raya. Di
Malaysia, kemalangan jalan raya berlaku setiap 50 saat.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia
berada di kedudukan kedua tertinggi dalam indeks kematian jalan raya,
merekodkan 23.7 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, di belakang Thailand.
Peningkatan kecuaian manusia, kemarahan di jalan
raya, penguatkuasaan peraturan yang lemah, dan keadaan jalan yang buruk adalah
faktor penyumbang utama.
Support the
struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
·
Become an Aliran member
Tel: 04-658 5251
email:
[email protected]
Gerak percaya bahawa kemalangan maut dan kecederaan
parah sebegini boleh dicegah. Ia bukanlah sekadar nasib, tetapi sering kali
berpunca daripada kegagalan sistemik yang memerlukan penyelesaian menyeluruh.
Gerak menggesa agensi-agensi kerajaan yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan pengangkutan darat, baik persendirian
mahupun komersial, untuk mengambil tindakan segera dan komprehensif bagi
meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini.
Pada Disember 2024, jawatankuasa kabinet mengenai
keselamatan jalan dan kesesakan lalu lintas meluluskan peruntukan RM463 juta
untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam.
READ MORE: UPSI tragedy: Concerted effort to formulate road
safety action plan needed
Gerak mencadangkan agar sebahagian besar peruntukan
ini disalurkan kepada inisiatif keselamatan jalan raya. Pembuat dasar mesti
sedar bahawa jutaan ringgit yang telah diperuntukkan bukan sekadar untuk
membincangkan pelaksanaan caj kesesakan atau menaik taraf kualiti pengangkutan
awam.
Gerak percaya adalah penting kerajaan, termasuk
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan agensi
berkaitan lain, menggunakan dana sedia ada untuk menangani krisis peningkatan
kematian akibat kemalangan jalan raya.
Ketiadaan penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan yang
ketat, ujian dadah dalam kalangan pemandu komersial lori, bas dan kenderaan
berat lain, serta hukuman terhadap pesalah had laju turut menyumbang kepada
peningkatan kematian jalan raya di negara ini.
Beberapa pelajar UPSI yang terselamat mendakwa
pemandu bas bertindak cuai dan memecut laju. Keadaan jalan licin dan gelap di
laluan tersebut turut menyumbang kepada tahap keterukan kemalangan dan jumlah
korban yang tragik.
Gerak menuntut kerajaan memandang serius dan
bertindak segera untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di seluruh
negara.
Gerak mencadangkan pengembalian penggunaan kotak
had laju (pembatasi kelajuan) untuk memastikan kenderaan berat seperti lori dan
bas tidak melebihi 90 km/j. Pastikan peraturan ini dikuatkuasakan dengan ketat
dan pesalah had laju ditahan serta-merta serta digantung lesen memandu.
Bagi penguatkuasaan peraturan keselamatan jalan
raya berkesan, pegawai yang bertugas mesti bebas daripada unsur rasuah dan cuai
dalam menjalankan tugas. Pegawai yang korup mesti dikenakan hukuman berat, sama
ada denda mahal atau penjara atas kesalahan menerima suapan.
Gerak berpendapat “pegawai yang menerima suapan”
adalah penyumbang utama kepada peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia.
Amalan ini mesti dihentikan. Tanpa integriti dalam kalangan penguat kuasa,
bilangan pesalah jalan raya tidak akan berkurang dan lebih banyak kemalangan
maut akan berlaku.
READ MORE: Tragedies on our roads must end
Kerajaan tidak boleh lagi bersikap reaktif. Sudah
tiba masanya untuk kita beralih kepada pendekatan proaktif yang terbukti
berkesan di peringkat global.
Sebagai perbandingan, negara maju seperti Australia
berjaya mengurangkan kadar kematian jalan raya dengan ketara melalui pendekatan
“Sistem Selamat” (Safe System). Falsafah pendekatan ini ialah membina sistem
jalan raya yang mampu ‘mengampuni’ kesilapan pemandu. Prinsip terasnya ialah
tanggungjawab keselamatan bukan hanya terletak pada pengguna jalan, tetapi
dikongsi oleh semua pihak, termasuk perancang jalan, jurutera, pengeluar
kenderaan dan pihak berkuasa penguatkuasaan.
Pendekatan Sistem Selamat berteraskan empat tonggak
utama.
Pertama, jalan raya dan persekitaran yang selamat.
Pihak berkenaan perlu membina jalan raya yang boleh ‘memaafkan’ kesilapan
pemandu, seperti memasang penghadang jalan (road barriers) dan reka bentuk
persimpangan yang lebih selamat.
Kedua, kelajuan yang selamat. Pihak berkuasa perlu
memastikan had laju bersesuaian dengan keadaan jalan, persekitaran dan jenis pengguna
jalan raya.
Ketiga, kenderaan yang selamat. Menggalakkan
penggunaan kenderaan dengan ciri-ciri keselamatan moden dan memastikan
kenderaan komersial diselenggara dengan piawaian tertinggi.
Keempat, pengguna jalan raya yang selamat.
Pendidikan dan penguatkuasaan berterusan untuk membentuk tingkah laku pemanduan
yang berhemah.
Justeru, Gerak menyeru agar satu usaha bersepadu
digerakkan segera antara agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sivil
untuk merangka dan melaksanakan pelan tindakan keselamatan jalan raya nasional
yang berlandaskan prinsip Sistem Selamat ini.
Tragedi yang menimpa pelajar UPSI ini mesti menjadi
titik tolak kepada perubahan yang tuntas demi memastikan jalan raya kita
selamat untuk semua. – Gerak
The views expressed in Aliran's media statements
and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views
and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily
reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT -
Lima perkara utama
1.
Tegakkan maruah serta kualiti
kehidupan rakyat
2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani
krisis alam sekitar
3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran
undang-undang
5. Lawan rasuah dan kronisme
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/06/kemalangan-tragis-pelajar-upsi-gerak.html