Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian


Kemalangan tayar lori tercabut bukanlah insiden baharu di jalan raya Malaysia, tetapi ia terus menjadi punca utama kemalangan maut yang membimbangkan.
Baru-baru ini, satu kemalangan tragis telah berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), menyebabkan tujuh orang terkorban. Insiden ini berpunca daripada tayar lori yang tercabut dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki oleh mangsa.
Artikel ini kami akan kongsikan kepada anda perincian berkenaan kemalangan tayar lori tercabut tersebut.
Baca juga:
SMART Lane – 25 Lokasi Sempena Krismas & Tahun Baru 2025 Apakah Maksud Garisan Zigzag Pada Jalan Raya? Aplikasi MYJalan KKR: Aduan Jalan Raya Berlubang / Rosak Latar Belakang Kemalangan Tayar Lori Tercabut Kemalangan Tayar Lori Tercabut ini berlaku pada 8.30 malam (23 Disember 2024) di KM 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.
Kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, sebuah treler jenis Nissan, lori jenis Foton, MPV jenis Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga, dan sebuah Perodua Bezza.
Ketika kejadian, lori dan bas dalam perjalanan dari utara ke selatan, sementara tiga lagi kenderaan berada di arah bertentangan.
Punca kemalangan adalah disebabkan kerana bas pelancong tersebut melanggar tayar lori yang berada di tengah jalan, menyebabkan bas itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain.
Kronologi Kemalangan Tayar Lori Tercabut 1. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, memaklumkan bahawa lori dan bas pelancong sedang dalam perjalanan dari arah utara menuju ke selatan, manakala tiga kenderaan lain, iaitu treler, Toyota Estima, dan Perodua Bezza, bergerak ke arah utara.
2. Apabila tiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 31 tahun tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.
3. Bas pelancongan yang tiba di lokasi kejadian melanggar tayar tersebut, menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke arah laluan bertentangan.
4. Ketika bas tersebut terbabas ke lorong bertentangan, ia bertembung dengan sebuah treler yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun, yang turut dinaiki oleh seorang kelindan berusia 16 tahun.
5. Impakan pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan, melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan dua kenderaan lain, iaitu Perodua Bezza dan Toyota Estima.
Kredit: FB Melaka Explorer Kredit: FB Melaka Explorer Kredit: FB Melaka Explorer Kredit: FB Melaka Explorer Video Dashcam Kemalangan @wan_5185 Takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa kemalangan…7 mangsa yang meninggal.#viral #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #lebuhrayautaraselatan
♬ bunyi asal – Mr Wan – Mr Wan Kredit: TikTok @wan_5185 Jumlah Kematian Seramai 7 orang mangsa yang terlibat dalam kemalangan tayar lori tercabut itu disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Berikut adalah senarai mangsa yang maut:
Noorisnien Khamid, 56, dari Skudai, Johor (pemandu bas) Khairul Ikhwan Mazupi (pemandu Toyota Estima) Fadzlenna Ramli, 32 (isteri Khairul) Muhammad Umar, dua tahun (anak bongsu Khairul) Ramli Ab Wahab, 66 (bapa Fadzlenna) Seorang penumpang bas Seorang lagi penumpang Toyota Estima (ibu Fadzlenna) Mangsa yang cedera*:
Muhammad Uwais Al-Qarni, 7 (anak Khairul) Nur Sofea Humaira, 4 (anak Khairul) *Dua beradik itu masing-masing dirawat di zon merah dan kuning di Hospital Melaka
Rekod Kes Kemalangan Maut Melibatkan Lori Hampir setiap hari, kemalangan melibatkan kenderaan berat berlaku di negara ini. Berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 825 lori dilaporkan terlibat dalam kemalangan maut sepanjang 10 bulan pertama tahun ini. Purata menunjukkan tiga lori terlibat dalam kemalangan setiap hari, yang menyumbang kepada 5,364 kematian, berbanding 6,024 kes kematian pada tahun 2023.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, kemalangan membabitkan kenderaan berat ini merupakan sebahagian daripada 17,905 kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut dari Januari hingga Oktober tahun ini.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15,402 melibatkan kereta, diikuti motosikal (1,040), pacuan empat roda (619), dan pejalan kaki (19),” jelas beliau kepada Sinar Harian.
Beliau juga menyatakan bahawa pihak berkuasa telah mengeluarkan sebanyak 38,367 saman terhadap kenderaan perdagangan atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga September tahun ini, melalui 4,822 operasi yang dijalankan di seluruh negara.
“Sebanyak 177 kenderaan perdagangan turut disita, dan kami melihat adanya peningkatan ketara dalam kemalangan yang melibatkan kenderaan berat sejak akhir-akhir ini,” tambah beliau.
Kredit: FB PDRM Kesimpulannya, kemalangan ini menjadi peringatan penting tentang kepentingan penyelenggaraan kenderaan yang menyeluruh, terutamanya bagi kenderaan berat yang berisiko tinggi.
Kami mendoakan, semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kemalangan-tayar-lori-tercabut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemalangan-tayar-lori-tercabut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemalangan Sebuah Lori Tangki Dan Tiga Buah Kenderaan Menyebabkan Kesesakan Lebih 5km Dari Ipoh Ke Terowong Menora

Kemalangan Sebuah Lori Tangki Dan Tiga Buah Kenderaan Menyebabkan Kesesakan Lebih 5km Dari Ipoh Ke Terowong Menora

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 215 hits
BernamaKemalangan melibatkan sebuah lori tangki dan tiga buah kenderaan di Kilometer 264 4 Lebuh Raya Utara Selatan dari Ipoh ke Terowong Menora menyebabkan aliran trafik sesak lebih lima kilometer hari ini PLUS Malaysia Berhad menerusi han...
Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 204 hits
Bila cakap pasal nak kurus benda pertama orang selalu fikir ialah kena cut karbohidrat Nasi tak boleh roti tak boleh makan mee pun rasa bersalah Tapi betul ke karbohidrat ni musuh utama kalau nak kurus Jom baca sampai habis Sebenarnya karbo...
Influenza Jenis Punca Simptom Cara Untuk Merawat

Influenza Jenis Punca Simptom Cara Untuk Merawat

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 284 hits
Influenza bukanlah penyakit biasa yang harus dipandang ringan kerana potensinya untuk menyebabkan wabak besar dan komplikasi serius Berbeza dengan selesema biasa penyakit ini cenderung lebih agresif dan mampu menyebabkan komplikasi yang ber...
Kayap Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Kayap Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 245 hits
Kayap atau herpes zoster merupakan penyakit yang sering menimbulkan ketidakselesaan dan kesakitan jangkitan virusl varicella zoster Virus ini adalah sama dengan yang menyebabkan cacar air di mana ia kekal tidak aktif dalam tubuh selepas jan...
Buang Puntung Rokok Ke Luar Tingkap Punca Trak Pikap Meletup

Buang Puntung Rokok Ke Luar Tingkap Punca Trak Pikap Meletup

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 180 hits
KOSMOKeadaan trak pikap tersebut ketika terbakar KhaosodBANGKOK Sebuah trak pikap meletup sebelum terbakar selepas pemandunya membuang puntung rokok ke luar tingkap ketika memandu lapor laman berita Thaiger semalam Kejadian berlaku di Ban K...
Kanser Prostat Tahap Kanser Punca Simptom Cara Rawatan

Kanser Prostat Tahap Kanser Punca Simptom Cara Rawatan

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 221 hits
Kanser prostat adalah salah satu daripada tiga kanser utama yang menyerang lelaki di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Data menunjukkakn peningkatan kadar insiden kanser ini terutama dalam kalangan lelaki berusia lebih 50 tahun Kesedara...
Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 222 hits
Tangkap layar yang tular menunjukkan beberapa lubang mencurigakan pada badan pesawat Azerbaijan Airlines mencetuskan spekulasi bahawa pesawat itu mungkin telah ditembak oleh Russia Laman berita Mail Online melaporkan bahawa pesawat tersebut...
Schizophrenia Punca Simptom Dan Rawatan Untuk Kehidupan Lebih Berkualiti

Schizophrenia Punca Simptom Dan Rawatan Untuk Kehidupan Lebih Berkualiti

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 154 hits
Schizophrenia ni adalah sejenis gangguan mental kronik yang mempengaruhi cara seseorang itu berfikir merasa dan berinteraksi dengan dunia sekeliling dia Penyakit ini selalu dikaitkan dengan perubahan tingkah laku susah nak bezakan antara re...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu