Influenza Jenis Punca Simptom Cara Untuk Merawat


Influenza bukanlah penyakit biasa yang harus dipandang ringan kerana potensinya untuk menyebabkan wabak besar dan komplikasi serius.
Berbeza dengan selesema biasa, penyakit ini cenderung lebih agresif dan mampu menyebabkan komplikasi yang berbahaya, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil, warga emas, wanita hamil, serta individu dengan masalah kesihatan kronik.
Lebih membimbangkan, ia sering hadir dalam bentuk wabak bermusim dan, dalam beberapa kes tertentu, boleh mencetuskan pandemik global. Justeru, memahami influenza, punca, gejala, serta langkah pencegahan adalah penting untuk melindungi diri dan keluarga daripada risiko jangkitan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan mengenai influenza dan bagaimana ia boleh ditangani dengan langkah pencegahan dan rawatan yang betul.
Baca juga:
Bengkak Leher: Penyebab, Tanda, & Rawatan Tanda Buah Pinggang Rosak, Punca dan Cara Mencegah Tanda HIV, Cara Jangkitan, Ujian dan Kaedah Rawatan Apa itu Influenza ? Influenza, atau sering disebut sebagai flu, adalah penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Ia biasanya menyerang sistem pernafasan, termasuk hidung, tekak, dan paru-paru.
Penyakit ini berbeza dari selesema biasa kerana ia sering menyebabkan gejala yang lebih teruk dan boleh membawa kepada komplikasi serius, terutama dalam kalangan individu yang berisiko tinggi.
Ia merebak melalui titisan salur pernafasan pesakit khususnya yang terhasil apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan itu mungkin mencemari tangan pesakit atau permukaan yang terdapat di persekitarannya. Seterusnya seseorang yang dijangkiti sama ada melalui pernafasan (apabila) berada dalam jarak < 1 meter dari pesakit atau apabila bersentuhan dengan permukaan tercemar.
Punca & Sebab Penyakit ini disebabkan oleh virus influenza yang tergolong dalam tiga jenis utama:
Influenza A – Virus yang boleh menjangkiti manusia, burung, dan mamalia lain. Ia sering dikaitkan dengan wabak pandemik. Influenza B – Hanya menjangkiti manusia dan menyebabkan wabak bermusim. Influenza C – Menyebabkan jangkitan ringan dan jarang menyebabkan wabak besar. Cara Untuk Diagnosis Seseorang boleh didiagnosis dijangkiti influenza dengan melakukan salah satu daripada ujian berikut:
Ujian molekul: Ujian yang memberikan keputusan yang cepat dan lebih tepat untuk menentukan sama ada anda menghidap selesema. Sampel cecair hidung atau mulut akan diambil untuk dihantar ke makmal untuk ujian. Ujian antigen influenza pantas: Ujian ini untuk mendapatkan pengesahan diagnosis selesema dalam masa kurang daripada sejam. Ujian ini dikatakan kurang tepat berbanding ujian molekul. Simptom & Gejala Walaupun gejalanya hampir sama dengan demam selesema, tetapi simptom influenza lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa.
Demam: Tinggi melebihi 38˚C Letih lesu: Teruk dan boleh berlarutan hingga 2-3 minggu Sakit otot / sakit sendi: Sederhana ke teruk Batuk: Batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal Hidung berair / berhingus: Tiada / ringan Bersin: Kerap Sakit tekak: Sederhana ke teruk Sakit kepala: Sederhana ke teruk Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia Siapa Yang Berisiko Tinggi? Golongan tertentu lebih mudah mendapat komplikasi serius, seperti:
Warga emas (65 tahun ke atas) Kanak-kanak kecil, terutamanya bawah 5 tahun Wanita hamil Pesakit dengan penyakit kronik (contoh: diabetes, penyakit jantung, atau asma) Mereka yang mempunyai sistem imun lemah (contoh: pesakit kanser atau HIV) Tahap Keterukan Influenza Dikatakan virus influeza A adalah lebih berbahaya daripada influenza B kerana ia boleh menyebabkan penyakit yang teruk.
Apatah lagi jika virus dihantar dari burung ke manusia, ia akan menyebabkan wabak yang sangat dahsyat.
Influenza B pula hampir secara eksklusif menjangkiti manusia yang mana kurang biasa berbanding influenza A. Virus jenis ini juga bermutasi kira-kira 2-3 kali lebih perlahan dari influenza A.
Beza Influenza A dan B Influenza A dan B adalah dua dari tiga jenis virus influenza yang menyebabkan penyakit flu pada manusia.
Meskipun keduanya memiliki beberapa persamaan, terdapat perbezaan dalam karakteristik, kesan, dan sifat-sifatnya.
1. Virus Influenza A:
Variasi Genetik yang Lebih Besar: Virus influenza A memiliki variasi genetik yang lebih besar daripada B. Variasi ini memungkinkannya untuk mengalami perubahan secara signifikan, bahkan menyebabkan pandemik. Kitaran Penularan Antar-Spesies: Virus influenza A boleh menular dari haiwan ke manusia (dan sebaliknya), yang dapat menghasilkan jenis-jenis baru yang berpotensi lebih berbahaya dan menular. Misalnya, virus flu burung dan flu babi adalah subjenis influenza A yang dapat menjangkiti manusia. Berperanan dalam Pandemik: Beberapa pandemik flu terkenal, seperti pandemi 1918 (flu Spanyol) dan pandemi H1N1 tahun 2009, disebabkan oleh virus influenza A. Subjenis Berdasarkan Hemagglutinin (H) dan Neuraminidase (N): Virus influenza A diklasifikasikan berdasarkan dua protein permukaannya, iaitu hemagglutinin (H) dan neuraminidase (N), yang memiliki beberapa variasi. Contohnya, virus H1N1 atau H3N2, yang mengacu pada jenis hemagglutinin dan neuraminidase yang ada pada virus tersebut. 2. Virus Influenza B:
Variasi Genetik yang Lebih Terbatas: Virus influenza B memiliki variasi genetik yang lebih terbatas dibandingkan dengan A. Ini membuatnya cenderung kurang bervariasi dan lebih stabil dari segi genetik. Cenderung Tidak Terlibat dalam Pandemik: Virus influenza B cenderung menyebabkan wabah flu yang biasa atau terbatas dibandingkan dengan virus A. Tidak Mengalami Kitaran Penularan Antar-Spesies yang Luas: Virus influenza B umumnya hanya menular pada manusia dan tidak memiliki kecenderungan untuk menyebar dari haiwan ke manusia atau sebaliknya. Lebih Sedikit Subjenis: Virus influenza B memiliki sedikit subjenis dibandingkan dengan A. Misalnya, virus influenza B dibahagi menjadi dua kelompok utama yang dikenali sebagai Yamagata dan Victoria. Cara Untuk Merawat Rawatan untuk merawat penyakit ini bagi kes-kes ringan adalah dengan penjagaan diri. Anda boleh merawat dengan rawatan di rumah seperti:
Minum banyak air Banyakkan berehat Ambil ubat untuk menurunkan demam seperti acetaminophen atau ubat selsema Ambil ubat batuk atau semburan tekak untuk mengurangkan sakit tekak Selain itu, ubat antiviral juga membantu mengurangkan masa anda sakit dengan selesema. Ubat ini tidak diperlukan untuk semua kes selesema. 
Pembekal hanya boleh menetapkannya jika anda menjadi sangat sakit semasa anda menghidap selsema atau mempunyai risiko komplikasi berkaitan selsema yang lebih tinggi
Kredit: Info Sihat Langkah Pencegahan Tutup mulut dengan tisu/sapu tangan apabila batuk atau bersin: Buang tisu dalam tong sampah. Segera cuci tangan dengan air dan sabun. Gunakan penutup mulut dan hidung. Gunakan penutup mulut dan hidung jika anda sakit dan mengalami gejala selsema. Kerap cuci tangan. Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Dapatkan vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh fasiliti kesihatan swasta, khususnya bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung, dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik. Komplikasi Komplikasi utamanya adalah radang paru-paru. Selain itu pesakit mungkin juga boleh dijangkiti jangkitan otak, meningitis dan sawan.
Bahkan sesetengah orang juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi berkaitan selesema, termasuklah orang yang:
Mengandung lebih 3 bulan Berumur kurang dari 2 tahun atau 65 tahun ke atas Mempunyai penyakit jantung, buah pinggang atau paru-paru yang kronik Mempunyai diabetes atau sistem imun yang lemah Tinggal dalam pusat jagaan dalam jangka masa yang lama Kesimpulannya, influenza bukan sekadar selesema biasa; ia adalah penyakit berjangkit yang boleh mengancam kesihatan, terutama bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan individu dengan masalah kesihatan kronik.
Vaksinasi tahunan, amalan kebersihan yang baik, dan pengambilan langkah berjaga-jaga seperti mengelakkan kontak rapat dengan individu yang dijangkiti adalah kunci utama untuk mencegah penularan influenza.
Bagi mereka yang dijangkiti, rawatan segera dan pemantauan rapi sangat penting untuk mengelakkan komplikasi lanjut.
Sumber:
Type B Influenza Symptoms: Respiratory, Body, Stomach. Healthline How Are Influenza A and B Different? Healthline Understanding Influenza Viruses. Centers for Disease Control and Prevention

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/influenza/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=influenza

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kayap Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Kayap Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 148 hits
Kayap atau herpes zoster merupakan penyakit yang sering menimbulkan ketidakselesaan dan kesakitan jangkitan virusl varicella zoster Virus ini adalah sama dengan yang menyebabkan cacar air di mana ia kekal tidak aktif dalam tubuh selepas jan...
Kanser Prostat Tahap Kanser Punca Simptom Cara Rawatan

Kanser Prostat Tahap Kanser Punca Simptom Cara Rawatan

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 141 hits
Kanser prostat adalah salah satu daripada tiga kanser utama yang menyerang lelaki di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Data menunjukkakn peningkatan kadar insiden kanser ini terutama dalam kalangan lelaki berusia lebih 50 tahun Kesedara...
Schizophrenia Punca Simptom Dan Rawatan Untuk Kehidupan Lebih Berkualiti

Schizophrenia Punca Simptom Dan Rawatan Untuk Kehidupan Lebih Berkualiti

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 109 hits
Schizophrenia ni adalah sejenis gangguan mental kronik yang mempengaruhi cara seseorang itu berfikir merasa dan berinteraksi dengan dunia sekeliling dia Penyakit ini selalu dikaitkan dengan perubahan tingkah laku susah nak bezakan antara re...
Banjir Punca Dan Cara Mengelakkan

Banjir Punca Dan Cara Mengelakkan

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 211 hits
Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan terutama di kawasan rendah dan padat penduduk Kesan daripada banjir bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga mengancam nyawa dan kesihatan manusia Oleh itu me...
Kain Sutera Jenis Cara Penjagaan Hukum Memakainya

Kain Sutera Jenis Cara Penjagaan Hukum Memakainya

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 451 hits
Kain Sutera Jenis Cara Penjagaan Hukum Memakainya Kain sutera telah lama menjadi simbol kemewahan dan keanggunan dalam dunia tekstil Dengan kilauan semula jadi kelembutan luar biasa dan sejarahnya yang kaya kain sutera tetap menjadi pilihan...
Minres Ubah Cara Tinjauan Mount Marion Dengan Scanner Laser Maptek Dan Pointstudio

Minres Ubah Cara Tinjauan Mount Marion Dengan Scanner Laser Maptek Dan Pointstudio

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 158 hits
Penerapan pemindai laser Maptek dan perisian Maptek PointStudio telah mengubah cara pengukuran tradisional di lombong litium Mount Marion yang diuruskan oleh Mineral Resources Limited di Australia Barat kata Maptek Lombong ini menggabungkan...
5 Cara Baiki Sinki Tersumbat Di Yang Berkesan

5 Cara Baiki Sinki Tersumbat Di Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 102 hits
Memang stres kalau sinki tersumbat dan air tidak turun turun bila sedang basuh pinggan Namun anda tak perlu risau Di sini kami akan kongsikan beberapa cara mudah untuk atasi masalah sinki tersumbat di rumah anda Dengan kaedah yang betul and...
Cara Buat Belebat Ubi Kuih Tradisi Yang Lama Tak Jumpa

Cara Buat Belebat Ubi Kuih Tradisi Yang Lama Tak Jumpa

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 137 hits
Salah satu kuih tradisi daripada negeri Pantai Timur adalah belebat ubi Rasanya yang lemak manis memang enak Cuma sekarang kuih ini semakin jarang dijual atau dibuat Supaya tak hilang ditelan zaman elok kiranya kita belajar cara membuatnya ...
S Pay Global Fungsi Cara Daftar Pengguna Peniaga

S Pay Global Fungsi Cara Daftar Pengguna Peniaga

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 196 hits
S Pay Global adalah platform pembayaran digital yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempermudahkan transaksi tanpa tunai Menggantikan aplikasi Sarawak Pay S Pay Global mempelbagaikan fungsinya ke perkhidmatan kewangan yang l...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa