Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang




JERANTUT :"Kami dah dekat rumah mak ngah, tapi masuk simpang salah." Itu kata-kata terakhir didengar Norhayati Ismail, 60, dalam panggilan telefon dari anak saudaranya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, sebelum maut dalam kemalangan meragut lima nyawa termasuk empat beradik di sini tengah malam tadi.
Perbualan singkat itu berlaku kira-kira jam 12.45 pagi, hanya 500 meter dari rumah Norhayati di Kampung Paya Gunung yang juga tidak jauh dari lokasi kemalangan maut di Kilometer 7 Jalan Jerantut - Maran.
Menurut Norhayati, ketika panggilan itu Arfiqah memaklumkan mereka sekeluarga tersalah masuk simpang ke sebuah restoran berhampiran kawasan kejadian, dia kemudian memberi arahan supaya berpatah balik dan terus ke simpang seterusnya menghala ke Jerantut Feri.
"Kami bercakap dalam lima minit, tiba-tiba talian terdiam. Saya terdengar bunyi lampu isyarat kereta dan senyap... selepas itu hanya bunyi-bunyi tanpa suara yang jelas.
"Saya terdengar suara sebut 'pengsan' dan 'kemalangan'. Saya terus rasa tidak sedap hati dan menelefon anak saya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jerantut sebentar tadi.
Kebimbangan Norhayati terjawab apabila sekitar jam 12.50 pagi, anaknya yang juga sepupu kepada empat beradik berkenaan, Muhammad Azuwan Arif Shah, 34, menerima panggilan mengenai kemalangan itu dan bergegas ke lokasi kejadian.
Muhammad Azuwan berkata, dia nampak seorang sepupunya terbaring atas jalan, dua lagi tak sedarkan diri dalam kereta manakala dua lagi tercampak kira-kira 10 meter dari kereta.
"Suasana ketika itu sangat kelam-kabut, pemandu kereta tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.
Muhammad Azuwan berkata, semua jenazah akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Padang Kunchor, Bota, Perak.
"Mereka datang ke Jerantut bersama tiga kereta berasingan untuk menyambut Aidiladha dan tiba Khamis, manakala kereta yang terlibat dalam nahas itu adalah yang terakhir tiba," katanya. #HarianMetro
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/kemalangan-maut-empat-beradik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kepada Mangsa Kemalangan Maut Empat Beradik Dakwa Beliau Sudah Halang Anak Anaknya Ke Jerantut

Ibu Kepada Mangsa Kemalangan Maut Empat Beradik Dakwa Beliau Sudah Halang Anak Anaknya Ke Jerantut

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 159 hits
PARIT Ibu kepada empat beradik yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 7 Jalan Jerantut Feri Maran Pahang semalam tidak menyangka kesungguhan anak anaknya untuk menyambut Aidiladha di rumah bapa saudara mereka di Jerantut berakhir den...
Kemalangan Maut Empat Beradik Bapa Tak Sangka Terima Video Terakhir Lepas Itu Terus Senyap

Kemalangan Maut Empat Beradik Bapa Tak Sangka Terima Video Terakhir Lepas Itu Terus Senyap

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 276 hits
JERANTUT Semua anak tempat berkongsi suka duka Susah senang kami bincang bersama kini semua pergi serentak kata Aziz Jaafar 50 bapa kepada empat anak termasuk menantu yang maut dalam kemalangan di Kilometer 7 Jalan Jerantut Maran awal pagi ...
Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 300 hits
KUANTAN Seorang pemandu dan empat penumpang sebuah kereta maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Kilometer 7 Jalan Jerantut Maran Pahang awal pagi tadi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Jerantut berkata pihaknya menerima ...
Lima Sekeluarga Maut Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Jerantut Feri Tengah Malam Tadi

Lima Sekeluarga Maut Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Jerantut Feri Tengah Malam Tadi

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Lima sekeluarga maut dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Jerantut Feri Jerantut tengah malam tadi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Razam Taja Rahim berkata kejadian kira kira 12 tengah malam itu membabitkan Pero...
Hiburan 15 Maut Bas Bawa Pelajar Upsi Kemalangan Di Gerik

Hiburan 15 Maut Bas Bawa Pelajar Upsi Kemalangan Di Gerik

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 237 hits
Melalui laporan terdapat 15 individu telah dilaporkan maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas serta satu kenderaan MPV dan ia berlaku di Jalan Gerik Jeli berhampiran Tasik Banding pada awal pagi Isnin Difahamkan nahas tersebut berl...
Seramai 15 Pelajar Maut Kemalangan Bas Upsi Dengan Perodua Alza Di Jalan Raya Timur Barat Awal Pagi Tadi

Seramai 15 Pelajar Maut Kemalangan Bas Upsi Dengan Perodua Alza Di Jalan Raya Timur Barat Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 266 hits
GERIK Seramai 15 individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat di sini pagi tadi Difahamkan bas UPSI itu dalam p...
Kemaskini Kemalangan Maut

Kemaskini Kemalangan Maut

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 131 hits
Kemaskini terkini nahas kemalangan bas melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris 15 orang telah disahkan meninggal dunia 13 jenazah dibawa ke Hospital Ipoh untuk urusan post mortem 2 jenazah sedang urusan post mortem di Hospital G...
Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 189 hits
Polis telah menahan seorang wanita dan adik perempuannya iaitu ibu serta ibu saudara kepada seorang kanak kanak lelaki berumur empat tahun yang dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil sem...
Imam Muda Dan Anak Perempuan Maut Kemalangan 4wd Dinaiki Terbabas Dalam Gaung

Imam Muda Dan Anak Perempuan Maut Kemalangan 4wd Dinaiki Terbabas Dalam Gaung

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 205 hits
Imam muda dan anak perempuan maut kemalangan 4WD dinaiki terbabas dalam gaung Seorang imam muda bersama anak perempuannya maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki lima sekeluarga terbabas lalu terjunam ke dal...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital