Kemajuan Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Terlalu Perlahan Kata Pakar


Ainaa AimanPakar ekonomi mencadangkan, sistem perbankan monopolistik dipecahkan dengan memberi lesen kepada bank swasta lebih bagi mewujudkan kemudahan pembiayaan perniagaan kecil lebih berkesan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Dua pakar ekonomi berkata, walaupun benar Malaysia bergerak ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, namun kemajuan ekonomi erlu bergerak lebih cepat dan ketaksaksamaan diatasi.

Ahli ekonomi dan presiden Institut Jeffrey Cheah, Prof Datuk Dr Woo Wing Thye berkata, walaupun terdapat perkembangan ekonomi yang menggalakan di Malaysia, namun kepantasannya agak terkebelakang berbanding negara membangun lain.

Woo berkata, desentralisasi merupakan tonggak utama bagi mengatasi masalah perkembangan ekonomi yang perlahan di negara ini.

“Desentralisasi – pemberdayaan unit-unit lebih rendah – perlu menjadi prinsip yang memandu strategi baru ekonomi.”

Kata beliau, kuasa kewangan dan pentadbiran hendaklah diagihkan daripada Putrajaya kepada kerajaan negeri dan majlis tempatan.

Beliau berkata, langkah ini perlu merangkumi pemindahan tanggungjawab kewangan lebih besar kepada kerajaan negeri.

Ia juga harus meliputi pemindahan tanggungjawab kewilayahan kementerian kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, kata beliau.

Woo berkata, sistem perbankan monopolistik juga perlu dipecahkan dengan memberi lesen kepada bank swasta bersaiz kecil dan sederhana, bagi mewujudkan kemudahan pembiayaan perniagaan kecil dan sederhana yang lebih berkesan – yang mewakili 90% perniagaan di negara ini.

Beliau juga mencadangkan penswastaan sebahagian besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menggunakan prosedur berasaskan pasaran yang telus bagi memindahkan kuasa ekonomi GLC kepada sektor swasta.

“Desentralisasi sistem pendidikan juga perlu dilakukan untuk mempelbagaikan sistem pendidikan monolitik sedia ada dan mengurangkan kuasa Kementerian Pendidikan dalam mengawal selia universiti awam dan swasta.”

Perkenalkan “upah sara hidup”

Sementara itu, Tan Sri Dr Ramon Navaratnam berkata, kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak wang kepada orang miskin dan memperkenalkan upah sara hidup yang lebih tinggi daripada upah minimum asas bagi mengatasi masalah ketaksaksamaan ekonomi yang membebankan negara.

“Paling tidak perkenalkan konsep upah sara hidup dan sediakan cadangan konkrit ke arah itu. Setelah itu kita boleh buat cadangan tentang upah sara hidup yang berbeza-beza berdasarkan kos sara hidup yang berlainan mengikut negeri,” katanya.

Kata beliau, usaha juga perlu dibuat bagi memperhaluskan takrif elemen yang membentuk upah sara hidup itu.

Kedua-dua mereka memberi respons terhadap kenyataan terbaru Bank Dunia mengenai status pendapatan semasa Malaysia sebagai sebuah negara.

“Kita memuji langkah Bank Dunia yang memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Malaysia di bawah kerajaan baru ini sedang membuka langkah ke arah menjadi sebuah negara maju.

“Langkah Bank Dunia menyebut bahawa hala tuju pertumbuhan Malaysia adalah meyakinkan adalah tepat, tetapi bank tersebut juga sepatutunya menyebut bahawa kadar kemajuan itu sebaliknya tidak menggalakan.”

Bank Dunia baru-baru ini menyebut bahawa Malaysia sedang mengorak langkah untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju.

Ekonomi yang pelbagai

Naib Presiden East Asia dan Pacific Victoria Kwakwa berkata, ekonomi Malaysia adalah pelbagai dan berdiri atas asas yang kukuh, dan bersedia membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita mengalu-alukan usaha kerajaan dalam proses pengukuhan imstitusi, membangunkan modal insan dan melindungi masyarakat. Kumpulan Bank Dunia sentiasa bersedia menyokong Malaysia dalam proses peralihan yang penting ini,” kata beliau.

Woo merujuk set data Angus Maddison 2018 yang membuat perbandingan rentas negara, yang merupakan projek diketuai oleh Pusat Pertumbuhan dan Pembangunan Groningen, di Universiti Groningen.

Projek tersebut mengutip statistik eknonomi lampau, seperti Keluaran Dalam Negara Kasar, pendapatan perkapita dan produktiviti tenaga kerja.

Berdasarkan data Woo berkata, dalam tempoh 20 tahun dari 1996 ke 2016, Malaysia berjaya mengurangkan jurang pembangunan dengan Amerika Syarikat pada kadar 0.34% setahun berbanding 0.74% bagi China, 1.1% Korea Selatan dan 1.35% bagi Taiwan.

Ini bermakna kemajuan Malaysia jelas lebih perlahan berbanding negara seperti Korea Selatan, apabila diukur dengan AS sebagai penanda aras.

“Kesedaran tentang kadar penambahbaikan ekonomi Malaysia yang perlahan ini boleh dilihat daripada peralihan fokus ekonomi kerajaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada Wawasan 2020 kepada Transformasi Nasional 2050,” kata Woo.

Beliau berkata, langkah itu menolak kebelakang “tarikh akhir” bagi mencapai status negara maju lebih 30 tahun berbanding tarikh asalnya.

“Ringkasnya, kerajaan ini mewarisi tugas sukar yang memerlukan strategi ekonomi baru denan kadar segera, selain sebuah pentadbiran yang bebas rasuah,” katanya.

Bank Dunia baru-baru ini melancarkan laporan tahunannya iaitu “Regional Flagship Report: A Resurgent Asia – Navigating a Changing World” bagi tahun 2018.

Laporan tersebut, yang disediakan bersama oleh ketua ekonomi Bank Dunia bagi rantau Asia Timur dan Pasifik, Sudhir Shetty, menyorot cabaran pembangunan yang dihadapi negara Asia Timur dan bagaimana mereka boleh mengemudi haluan masing-masing bagi menghadapinya pada masa depan.

Laporan itu menunjukkan bagaimana kadar pertumbuhan lebih perlahan dan perubahan corak perdagangan dunia, pembangunan teknologi dan perkembangan persekitaran ekonomi negara terbabit melahirkan cabaran unik bagi negara Asia Timur yang berpendapatan sederhana mempertahankan pertumbuhan serta produktiviti yang inklusif.

Laporan tersebut menyebut bahawa penggubal dasar di rantau itu, termasuk Malaysia perlu memberi tumpuan kepada “keutamaan dasar baru muncul” – pembaharuan yang menghendaki tumpuan khas sewaktu negara beralih ke status berpendapatan tinggi – dan juga “dasar teras” atau bidang pembaharuan yang sedia dilaksanakan negara terbabit.

Di bawah tajuk “keutamaan dasar baru muncul”, Bank Dunia menyebut negara terlibat perlu meningkatkan persaingan dan mengurangkan sekatan kemasukan bagi, antara lain, pasaran jalur lebar.

Dalam pada itu, “dasar teras” pula meliputi penambahbaikan iklim perniagaan dan memperbaharui peraturan pasaran yang ketat dalam industri yang berbeza-beza.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/kemajuan-ke-arah-negara-berpendapatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Ibu Menyusu Hadapi Risiko Tulang Rapuh Kalau Tak Ambil Lebih Kalsium Ini Kata Pakar Laktasi

Betul Ke Ibu Menyusu Hadapi Risiko Tulang Rapuh Kalau Tak Ambil Lebih Kalsium Ini Kata Pakar Laktasi

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 364 hits
Ibu yang menyusukan anak ada yang khuatir dan gusar kerana kurang pasti tentang fakta ini Risiko tulang rapuh pada masa hadapan setelah menyusukan anak bertahun tahun adalah antara mitos yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat Ada ibu yan...
Dulu Kata Najib Jual Negara Tapi Kini Diteruskan

Dulu Kata Najib Jual Negara Tapi Kini Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 332 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hairan melihat projek projek yang dilaksana semasa zaman pentadbirannya tetap diteruskan meskipun sebelumnya didakwa projek tersebut seolah olah menjual negara Mengambil contoh projek pelabuh...
Menko Darmin Soal Penerimaan Negara Lebih Tinggi Dari Target Apbn Bagus Dong

Menko Darmin Soal Penerimaan Negara Lebih Tinggi Dari Target Apbn Bagus Dong

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 207 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Darmin Nasution mengakui bahwa realisasi APBN tahun ini memang sangat bagus Hal ini didorong penerimaan yang relatif baik baik dari pajak dan non pajak
Skandal 1mdb Sejarah Atau Tidak Ini Kata Pakar

Skandal 1mdb Sejarah Atau Tidak Ini Kata Pakar

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 301 hits
Diterbitkan 9 Dis 2018 10 58 pagiPakar sejarah dilihat berbeza pandangan berhubung sama ada skandal 1MDB yang menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia Prof Dr Sumit K Mandal...
Kata Pakar Ini 5 Bahasa Tubuh Yang Sering Digunakan Pasangan Di Ambang Putus

Kata Pakar Ini 5 Bahasa Tubuh Yang Sering Digunakan Pasangan Di Ambang Putus

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 302 hits
5 Bahasa tubuh yang sering digunakan pasangan di ambang putus Saling memalingkan muka tak ada kontak mata kaki saling menjauh mengernyit saat memandang pasangan dan tidak pernah saling tersenyum lagi
Terlalu Subur Dan Tak Tahu Cara Guna Pil Perancang Pakar Jelaskan Cara Penggunaanya

Terlalu Subur Dan Tak Tahu Cara Guna Pil Perancang Pakar Jelaskan Cara Penggunaanya

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 501 hits
Masalah terlalu subur sememangnya berlaku menyebabkan ramai wanita hamil tanpa di rancang Sehebat mana pun cara perancangan keluarga tidak ada cara yang dapat menjanjikan keberkesanan 100 Pil perancang keluarga masih merupakan cara yang pal...
Perasaan Iri Hati Dan Benci Timbul Kerana Jurang Kekayaan Yang Terlalu Jauh Kata Tun M

Perasaan Iri Hati Dan Benci Timbul Kerana Jurang Kekayaan Yang Terlalu Jauh Kata Tun M

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 223 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mahu jurang kekayaan di antara kawasan bandar dan luar bandar dikurangkan dengan memberi tumpuan kepada dasar kerajaan sedia ada Jelasnya jika jurang terlalu besar keadaan itu akan menimbulkan perasa...
Kabinet Arah Kajian Terperinci Kaedah Bayaran Balik Ptptn Kata Wan Saiful

Kabinet Arah Kajian Terperinci Kaedah Bayaran Balik Ptptn Kata Wan Saiful

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 241 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan membuat kajian bagi mengenal pasti kaedah terbaik menangani isu pembayaran balik pinjaman pendidikan seperti diarahkan kabinet Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata kajian akan dilaksanaka...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti