Skandal 1mdb Sejarah Atau Tidak Ini Kata Pakar


Anne MuhammadDiterbitkan 9 Dis 2018, 10:58 pagi

Pakar sejarah dilihat berbeza pandangan berhubung sama ada skandal 1MDB yang menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia.

Prof Dr Sumit K Mandal yang merupakan pensyarah Kajian Budaya dan Sejarah Sosial di University of Nottingham Malaysia menjangkakan sejarawan pada masa hadapan akan menganggap 1MDB sebagai sesuatu yang penting.

Jelas Sumit, hal itu kerana 1MDB memberi gambaran kepada situasi semasa negara ketika skandal berkenaan berlaku.

“1MDB bukan hanya penyalahgunaan wang negara tetapi ia berkaitan dengan krisis kepemimpinan politik yang berdampak kepada seluruh negara.

“Sejarawan masa depan tentu saja akan menganggap 1MDB sesuatu yang penting sebagai sebuah cerminan kepada kedudukan politik, ekonomi, dan masyarakat Malaysia dalam tempoh tertentu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Persoalan sama ada skandal yang kini sedang dalam siasatan itu boleh dianggap sejarah atau tidak timbul susulan kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszle Malik di Dewan Rakyat yang memberi jaminan skandal 1MDB dimasukkan dalam "sejarah Malaysia".

Untuk rekod, Maszlee tidak menyebut secara spesifik "sejarah" yang dimaksudkan adalah subjek atau silibus yang diajar di sekolah. Pegawainya pula mendakwa laporan media berhubung perkara itu "tidak tepat".
Perlu genap 30 tahun

Bagaimanapun, Maszlee membuat kenyataan itu ketika mewakili kementeriannya menjawab soalan yang ditimbulkan Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan berhubung subjek sejarah yang diajar di sekolah dan konteks sejarah secara umum.

Sementara itu, diminta pandangan sekiranya 1MDB dimasukkan dalam subjek Sejarah, Sumit menjelaskan bahawa kaitan skandal itu dengan perkembangan dunia merupakan faktor yang perlu diambil kira.

“Yang patut dimasukkan dalam bahagian mata pelajaran Sejarah bukan 1MDB dengan sendirinya tetapi semua proses berkaitan.

“Kita boleh bertanya apakah dapat kita memahami tentang kedudukan politik, ekonomi, dan masyarakat Malaysia melalui 1MDB?

"Apakah perkembangan pada tahap dunia yang telah membolehkan keadaan ini muncul,” kata Felo Peneliti di Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsa itu.
SSumit K MandalBagaimanapun, pengarang buku teks sejarah tingkatan tiga dan lima, Prof Ramlah Adam tidak bersetuju skandal 1MDB dimasukkan ke silibus pengajaran kerana ia "merupakan isu semasa".

Memberi contoh, Ramlah berkata pengharaman Umno pada 1988 antara peristiwa yang sudah genap 30 tahun dan boleh dianggap sejarah.

“Sejarah ada prosesnya, (ia perlulah merupakan) perkara berlaku waktu dulu, bukan isu semasa.

"Sejarah yang ditulis itu perkara yang dah berlaku 30 tahun lalu, ikut arkib negara punya prosedur.

"Kalau pada hari ini, cerita (pengharaman Umno pada) 1988 baru boleh buka fail di arkib negara, itu pun sama ada jabatan kerajaan, kementerian hantar fail-fail itu kepada arkib negara,” katanya kepada Malaysiakini.

Ramlah AdamSelain itu, Ramlah juga menyifatkan kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang membawa kepada pertukaran kerajaan buat kali pertama merupakan peristiwa yang boleh dianggap sejarah setelah genap 30 tahun.

Bekas profesor Universiti Malaya itu turut menegaskan agar kepentingan negara dan manfaat kepada pelajar perlu diambil kira.

“Apabila ia melibatkan kepentingan negara kita, maka kita kena jaga kepentingan negara kita. Kepentingan masyarakat dan orang muda. Kita kena bagi fakta yang menyatupadukan mereka (pelajar).

“Contohnya kita cerita dalam buku teks pasal kemerdekaan, pembentukan Malaysia, pembangunan Malaysia, jadi ia meliputi rakyat negara ini,” katanya yang juga merupakan bekas anggota pertubuhan pendesak hak Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Semai benci pada pemimpin

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Teo Kok Seong pula berharap agar isu 1MDB tidak diberi penekanan kepada pelajar.

Katanya, jika ia berlaku maka ia akan menyemai rasa benci kepada pemimpin negara.

“1MDB itu tak ada kepentingan sejarah, kalau kita nak angkat 1MDB, kita nak angkat rasuah, ada saluran lain yang boleh mengangkat topik rasuah dalam isu integriti.
Gambar fail“Sekiranya berlaku, kita nak sampaikan isyarat apa pada pelajar kita?

"Adakah kita nak pelajar kita benci kepada pemimpin negara yang pasti ada jasa kepada negara walaupun dalam keadaan tersungkur dengan kesilapan sendiri, (buat masa ini) mahkamah belum tentukannya,” katanya.

Skandal 1MDB yang kini dalam siasatan pelbagai penguat kuasa termasuk Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mencuri tumpuan dunia sejak dilaporkan media pada 2015.

Skandal yang melibatkan bekas perdana menteri dan bekas menteri kewangan Najib Razak itu sering dikaitkan sebagai antara faktor kekalahan BN pada PRU 9 Mei lalu.

September lalu, Najib mengaku tidak bersalah berhubung 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) melibatkan jumlah lebih RM4.3 bilion.

Anggota parlimen Pekan itu juga berdepan tuduhan membabitkan RM2.282 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

Selain Najib, bekas ketua setiausaha negara Irwan Serigar dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, serta empat individu lain turut berdepan pertuduhan mahkamah berhubung skandal berkenaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/skandal-1mdb-sejarah-atau-tidak-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Aniaya Budak Sekolah Najib Bantah Skandal 1mdb Dalam Buku Sejarah Sekolah

Jangan Aniaya Budak Sekolah Najib Bantah Skandal 1mdb Dalam Buku Sejarah Sekolah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 504 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang memberi jaminan memasukkan skandal 1MDB ke dalam silibus sejarah Malaysia yang baharu Ada masa dan tempatnya kita berpolitik bukan...
Skandal 1mdb Akan Dijadikan Silibus Pembelajaran Sejarah Di Sekolah

Skandal 1mdb Akan Dijadikan Silibus Pembelajaran Sejarah Di Sekolah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 329 hits
Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah Menterinya Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi ke...
Skandal 1mdb Di Dalam Pelajaran Sejarah Menimbulkan Prasangka Buruk

Skandal 1mdb Di Dalam Pelajaran Sejarah Menimbulkan Prasangka Buruk

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 378 hits
kredit Berita Harian Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik berkata di dalam akhbar Berita Harian skandal 1MDB akan sukatan pelajaran sejarah buku teks sekolah Agar generasi akan datang tidak mengulang kesilapan yang sama Ia satu keadah menanam...
Skandal 1mdb Akan Masuk Sukatan Pelajaran Sejarah Menteri Pendidikan

Skandal 1mdb Akan Masuk Sukatan Pelajaran Sejarah Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 270 hits
Isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah sebagai pengajaran Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kesilapan itu perlu dipelajari su...
Skandal 1mdb Dimasukkan Dalam Silibus Sejarah Maszlee

Skandal 1mdb Dimasukkan Dalam Silibus Sejarah Maszlee

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR 3 Dis Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah Menterinya Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan ...
Prof Pakar Sejarah 1mdb Tiada Kepentingan Sejarah Untuk Diabadi Dalam Buku Teks

Prof Pakar Sejarah 1mdb Tiada Kepentingan Sejarah Untuk Diabadi Dalam Buku Teks

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 285 hits
Kok Seong berpendirian 1MDB tiada kepentingan sejarah sekiranya dimasukkan dalam sukatan pelajaran sekolah Gambar failKUALA LUMPUR Skandal 1Malaysia Development Berhad tidak mempunyai kepentingan sejarah sekiranya dimasukkan sebagai sukatan...
Tak Peduli Apa Nak Kata Saya Rindu Atau Gila Talak Rita Rudaini

Tak Peduli Apa Nak Kata Saya Rindu Atau Gila Talak Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 698 hits
PELAKON Rita Rudaini tidak mengambil endah dengan kata kata negatif terhadapnya apabila dia memuat naik foto anak anaknya bersama bekas suami Aidil Zafuan di laman Instagram Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar 42 berkata Dia tida...
Laporan 1mdb Dipinda Tanya Najib Kata Zahid

Laporan 1mdb Dipinda Tanya Najib Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 408 hits
Foto The StarPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda Ahmad Zahid yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu...
Muhyiddin Tanya Maszlee Isu 1mdb Dalam Silibus Sejarah

Muhyiddin Tanya Maszlee Isu 1mdb Dalam Silibus Sejarah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 296 hits
Laporan media mungkin cedok sebahagian daripada kenyataan menteriBANGI Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menghubungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan beli...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik