Kem Tengku Zainul Marah Mahathir Buat Video Sokong Mereka


“Sokongan Membawa Rebah” PEKAN – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat video rayuan supaya pengundi menyokong calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini hari ini disifatkan seumpama ‘sokongan membawa rebah’.
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, hasil kajiannya di lapangan mendapati Tengku Zainul Hisham yang menggunakan logo ‘rumah’ pada PRK kali ini sebenarnya bukan ditaja Pakatan Harapan (PH) dan Dr Mahathir sebagaimana didakwa banyak pihak.
Beliau sebaliknya menegaskan kem bekas Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Pekan itu didakwa marah apabila Dr Mahathir memuat naik klip video sokongan kepada Tengku Zainul Hisham.
“Ramai menjangka beliau (Tengku Zainul Hisham ) ditaja oleh PH, sebenar tidak begitu.
“Bahkan mereka sangat marah apabila Tun M membuat video menyokong Tengku Zainul Hisham, video itu menyebabkan sokongan pengundi sedikit merudum.
“(Parlimen) Pekan adalah tapak sokongan Datuk Seri Najib Tun Razak, perseteruan dengan Najib menyebabkan Tun M tidak disukai oleh orang Pekan. “Apabila beliau (Tun M) membuat rayuan supaya menyokong Tengku Zainul Hisham, video itu seperti sokong membawa rebah,” katanya melalui kenyataan di laman Facebooknya semalam.
Mohd Yusri berkata, Tengku Zainul Hisham dilihat mempunyai peluang lebih baik untuk mencabar calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zin berbanding seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali Cucu Mat Kilau.
Menurutnya, penilaian itu berasaskan jentera kempen pilihan raya Tengku Zainul Hisham yang dilihat lebih tersusun, mempunyai bilik gerakan sendiri serta ramai jentera belia terdiri kalangan anak muda lelaki dan perempuan.
Bagaimanapun kedua-dua calon Bebas disifatkan beliau sangat mustahil untuk menyaingi calon BN berdasarkan faktor DUN Chini dan Parlimen Pekan kubu kuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Walau bertanding sebagai calon Bebas beliau (Tengku Zainul Hisham) berjaya memberi sedikit impak pada PRK ini berbanding Cucu Mat Kilau yang dilihat kurang mendapat sambutan pengundi serta kelihatan sangat sukar untuk dapat semula wang pertaruhan.
“Walaupun sedikit sebanyak memberi impak dalam PRK ini namun mustahil untuk mereka menyaingi BN di DUN Chini sangat mustahil,” katanya.
PRK DUN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lepas akibat serangan jantung.
Abu Bakar merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) pada tahun 2004.
Pada PRU14, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan Mohd Fadhil Noor (Pas) yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari Parti Keadilan Rakyat sekadar memperoleh 1,065 undi.
PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.
PH memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada PRK DUN Chini atas alasan sukar memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pandemik koronavirus (Covid-19).
SH
The post ‘Kem Tengku Zainul’ Marah Mahathir Buat Video Sokong Mereka appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/04/kem-tengku-zainul-marah-mahathir-buat-video-sokong-mereka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kem-tengku-zainul-marah-mahathir-buat-video-sokong-mereka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Marah Tun M Buat Video Sokong Tengku Zainul

Mereka Marah Tun M Buat Video Sokong Tengku Zainul

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 354 hits
Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat video rayuan supaya pengundi menyokong calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini hari ini disifatkan seumpama soko...
Spotify Mungkin Akan Menyertakan Video Muzik Pada Platform Mereka

Spotify Mungkin Akan Menyertakan Video Muzik Pada Platform Mereka

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 327 hits
Spotify tidak dinafikan adalah perkhidmatan penstriman muzik yang popular Ramai yang menggunakan perkhidmatan ini banyak muzik dan podcast disertakan dan ia mesra pengguna tidak kira pada platform telefon pintar televisyen sistem inforia pa...
Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2 Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin

Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2 Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 553 hits
Sekarang ini sudah jelas lagi bersuluh Matlamat Dr Mahathir di penghujung karier politik dan mungkin juga di penghujung nyawa hanya 2 iaitu sekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri dan naikkan Mukhriz aka Boboi sebagai Perdana Mente...
Video Mereka Ditolak M Sia Nelayan Aceh Mengamuk Kerajaaan Tak Izin Selamatkan Pelarian Rohingya

Video Mereka Ditolak M Sia Nelayan Aceh Mengamuk Kerajaaan Tak Izin Selamatkan Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 277 hits
Isu pelarian Rohingya terus menjadi isu hangat Kali ini telah tular video menunjukkan pelarian Rohingya berlabuh di Acheh Penduduk Acheh dikatakan ingin membantu kapal pelarian Rohginya yang ditemui terumbang ambing di laut sejak beberapa h...
Video Terkini Tiada Lagi Perbincangan Dengan Mahathir Yeeeee Haaaa Berita Lama

Video Terkini Tiada Lagi Perbincangan Dengan Mahathir Yeeeee Haaaa Berita Lama

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 215 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menubuhkan kerajaan tidak lagi berbangkit Menurutnya beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Dr Mahathir PRESIDEN PKR ...
Viral Video Iqbaal Marah Marah Cek Faktanya Di Sini

Viral Video Iqbaal Marah Marah Cek Faktanya Di Sini

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 265 hits
Berawal dari unggahan video akun Lambe Turah warganet gempar dengan video Iqbaal Ramadhan yang sedang marah marah Ada apa sih sebenarnya
Sebulu Dengan Shafie Ph Plus Kini Tanpa Pkr Mahathir Video

Sebulu Dengan Shafie Ph Plus Kini Tanpa Pkr Mahathir Video

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 331 hits
PH Plus kini berdiri tanpa PKR ada bersama Ini kerana sikap Anwar dan PKR yang menolak Mahathir sebagai Perdana Menteri kali ke 3 walaupun hanya 6 bulan seperti yang diminta oleh Mahathir Artikel Berkaitan The post appeared first on
Kalau Dap Bertanding Dr Mahathir Akan Sokong

Kalau Dap Bertanding Dr Mahathir Akan Sokong

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 337 hits
Calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain bersama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan membuat teh tarik semasa sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N 23 Chini di Bandar Chini Pahang foto SYAFIQ AMBAK CHINI Tun Dr Mahathir Mo...
Kem Mahathir Umum Blok Bebas Bersama Warisan

Kem Mahathir Umum Blok Bebas Bersama Warisan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 392 hits
Enam anggota parlimen Bersatu yang setia kepada Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas Mereka juga memaklumkan bahawa tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai ol...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti