Kem Mahathir Umum Blok Bebas Bersama Warisan

Enam anggota parlimen Bersatu yang setia kepada Dr Mahathir Mohamad  hari ini mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama Warisan sebagai  blok bebas.
Mereka juga memaklumkan bahawa tidak akan bergabung  dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar  Ibrahim mahupun bersama Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana  Menteri, Muhyiddin Yassin.
“Kami  membuat keputusan  untuk  kekal   bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen.  Kamitidak bergabung dengan mana-mana gabungan.
“Kami juga  menentangsebarangusaha  untuk  menggantikan Speaker dan akanmeneruskan   usul  undi  tidak  percaya  terhadap  Muhyiddin Yassin yang menubuh  Kerajaan yang tidak dipilih rakyat.
“Kami   masih  utama  perjuangan  asal  kami  iaitu  menolak  kembalinya  kerajaan kleptokrasi,” katan mereka dalam satu kenyataan bersama, hari  ini.
‘Langkah Sheraton’ pada Februari lalu menyaksikan kerajaan PH  tumbang dan susulan itu parti komponen utamanya - PKR, DAP dan Amanah -  cuba menghidupkan PH Plus bersama wakil rakyat yang setia kepada Dr  Mahathir dan Warisan.
Walau bagaimanapun sehingga hari ini, gabungan itu gagal menamakan calon perdana menteri mereka.
Sebelum  ini, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PH Plus bersetuju supaya Ketua  Menteri Sabah, Shafie Afdal dilantik sebagai calon perdana menteri.
Namun,  mesyuarat Majlis Presiden PH pada 6 Julai lalu memutuskan untuk tidak  menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri PH Plus. Mereka  sebaliknya  menamakan  Anwar  sebagai  calon perdana menteri kelapan.
“Bagi  pihak  kami,  mencalonkan  Shafie  sebagai perdana menteri adalah satu langkah positif yang perlu diambil. 
“Ia  bukan sahaja kerana kita percaya dia akan berkeupayaan untuk    mendapatkan sokongan  majoriti  tetapi juga satu langkah ke hadapan demi  mempertingkat hubungan Semenanjung dan Sabah dan Sarawak,” kata mereka.
Kenyataan  itu ditandatangani oleh Dr Mahathir selaku ahli parlimen Langkawi;  Mukhriz mahatir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr  Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr  Shahruddin Salleh (Sri Gading). 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/kem-mahathir-umum-blok-bebas-bersama.html